AIDAN: BELONGING 6

113 16 0
                                    

"BELLA ada bagi tahu aku yang kau dengan dia berjumpa kelmarin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"BELLA ada bagi tahu aku yang kau dengan dia berjumpa kelmarin. Ada apa hal kau jumpa dia?" Aidan menyoal sambil mengangkat kening. Wajah Mikhail yang tidak menayangkan satu senyuman dipandang. Beku sahaja.

"Mengadu je kerja si Bella tu. Kalau aku jumpa dia pun, bukan ada kena mengena dengan kau." Pendek sahaja balasan yang Mikhail berikan. Dia tidak mahu Aidan membuat fitnah bahawa dirinya menyukai Bella. Haram jaddah namanya!

"Ya ke? Bella cakap kat aku yang kau suka adik aku. Betul ke?"

Tercengang Mikhail. Apakah? Bella ni memang betul-betul nak makan kaki. Desis kecil hatinya. Duduknya dibetulkan.

"Kalau aku suka dia pun kenapa? Bukan ke Medina tu cuma adik tiri?" Sindir Mikhail pedas lalu dia menyilangkan kakinya sesama sendiri. Seluruh rumah agam itu dipandang bagaikan tidak lepas. Mungkin dia sedang mencari dan menantikan kelibat gerangan yang dicari? Mungkin sahaja.

"Kau jangan nak buat gila la Mikhail. Kalau betul pun kau ada hati dengan Medina, aku tak akan benarkan dia keluar dengan kau. Macam la aku tak tahu yang kau ni cuma nak permainkan hati dia." Aidan menjeling lalu kembali menatap televisyen yang masih terpasang.

"Macam kau la Aidan. Kau dengan aku sama. Permainkan hati Bella. Betul tak? Kau gunakan Bella tu untuk kepuasan kau aje. Bukan sebab cinta. Betul kan?"

"Kau ni ada juga yang lebam mata kejap lagi nanti. Aku ni kawan baik kau, sanggup kau ya buat fitnah macam ni? Tampar punggung baru tahu." Aidan ketawa berdekah cuba menutup rasa kelirunya setelah mendengar penjelasan daripada Mikhail tadi.

Betulkah dirinya tidak mencintai Bella? Entah la, dia pun masih keliru atas sebab apa dia memulakan hubungan bersama Bella.

"Dasar Aidan bodoh! Ada hati nak tampar orang punya." Kutuk Mikhail.

"Macam mana keadaan papa kau? Dia dah okay ke?" Mikhail memulakan perbicaraan tentang Tengku Muiz. Dia mendapat berita daripada Aidan bahawa lelaki tua itu mendapat heart attack selepas sahaja berjumpa dengan seorang wanita yang masih belum diketahui identitinya.

"Macam tu la. Masih ada di hospital. Mama aku bermalam kat sana. Senang nak jaga papa." Balas Aidan.

"Maknanya, ada kau dengan Medina aje la dalam rumah ni?"

Aidan menggeleng laju. Mikhail ni bebal agaknya. Dah beberapa kali datang di rumah ini pun masih mempunyai amnesia.

"Ada Mak Timah la. Kau ingat mama aku nak biarkan je aku dengan Medina tu serumah? Hm, dalam mimpi je la." Aidan berkata malas-malas.

Mikhail mengangguk sahaja. Dia malas nak membalas dan bertanya dengan lebih panjang.

"Yang kau duk tengok-tengok ni kenapa? Nak ke tandas? Pergi je la. Macam tak biasa."

"Bukan, aku tengok sunyi je rumah ni. Mana Medina? Kau kata dia ada kat rumah tadi. Ni tak ada pun." Aidan mengerutkan dahinya. Lain macam aje cara si Mikhail ni berkata. Betulkah apa yang Bella katakan selama ini? Mikhail ada hati pada Medina?

MedinaWhere stories live. Discover now