"𝗦𝗔𝗞𝗜𝗧 la Aidan! You ni dah kenapa ha?" Bella menarik kasar lengannya yang dicengkam kuat oleh Aidan. Wajah Aidan sedikit tegang dan serabut tika ini menambahkan lagi kegerunan. Bella sudah menahan dadanya yang seakan-akan mahu pecah.
Terketar-ketar lututnya apabila berhadapan dengan sisi Aidan yang satu itu.
"I nak tanya you. That's all then, you boleh sambung semula aktiviti you." Kata Aidan lalu memeluk tubuhnya sendiri.
Wajah Bella semakin tenang. "Okay, cakap la apa dia?" Soal Bella lalu bermain dengan kukunya yang baru sahaja dikilatkan.
"You taburkan fitnah pada Medina."
Sebaik sahaja ayat itu meluncur keluar daripada mulut Aidan, terus Bella memasamkan mukanya. Dia memandang wajah Aidan yang selamba bertanya akan soalan kurang senang itu.
"Ulang balik apa yang you cakap tadi Aidan?" Sengaja Bella mahu bertanya meskipun dia dapat menangkap bait-bait kata itu.
"I rasa you belum pekak. So, what's your answer?" Aidan membawa tubuhnya berpusing-pusing di halaman belakang rumah Bella.
Indah sekali.
"Hell no! Mesti perempuan busuk tu tuduh I yang bukan-bukan kan? Nak kena la dia ni! Berani dia hina I!" Bella berura-ura mahu mengambil telefonnya yang berada di atas meja kayu kecil bersebelahannya tetapi sempat Aidan menegah terlebih dahulu.
"Lepas la Aidan. I nak ajar perempuan berlagak alim tu cukup-cukup!" Terjah Bella lalu cuba menolak tubuh tegap Aidan yang setia berdiri di hadapannya. Namun jawapannya masih sama, Aidan tidak memberikan sebarang tindakan refleks.
"I cuma tanya you. Yang nak gabra sangat dah kenapa? Kalau orang tak buat salah, kenapa nak takut kan?" Ujar Aidan membuatkan Bella tergamam. Ayat itu penuh dengan kelicikan seorang Aidan. Dia harus berhati-hati ketika bermain dengan si api.
"So, you nak tuduh I fitnah dia ke? How dare you. I am your girlfriend Aidan. You lebih percayakan si Medina tu?" Bella mengusutkan rambutnya sekilas sebelum mencekak pinggangnya sendiri. Wajah Aidan yang masih tersenyum smirk dipandang lama. Tampak seperti Aidan dapat menghidu muslihatnya.
"Of course I will. She's my sister. So what?" Aidan membidas kata-kata Bella tanpa rasa gentar. Makin naik hantu Bella dibuatnya. Adakah Aidan cuba membuat dirinya gila?
"Adik? Excuse me Mr.Aidan, selama ni pernah ke you anggap dia adik you? No right? So, buat apa you nak kisah dengan dia. Let her be okay!" Tegas Bella berkata lalu menghempas kasar punggungnya pada pondok kayu.
"You know, people change. So, kalau I secara tiba-tiba nak suka dia pun tak apa."
"Aidan!"
YOU ARE READING
Medina
RomanceTengku Aidan Haiqarl | Tengku Medina Dilaila [𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬 𝐀𝐢𝐝𝐚𝐧: 𝐁𝐞𝐥𝐨𝐧𝐠𝐢𝐧𝐠] بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم "Kata orang, senyumannya manis bak madu dan aku akui akan semua itu."- Tengku Aidan Haiqarl. "Dia berkata aku sempurn...