AIDAN: BELONGING 8

92 15 0
                                    

    TIUPAN angin menyapa lembut pipi putih mulus milik Medina

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

    TIUPAN angin menyapa lembut pipi putih mulus milik Medina. Matanya memandang sekumpulan rakan sekelas lelakinya yang bermain bola sepak. Manakala yang perempuan pula bermain bola jaring.

Dia?

Duduk di sini menghadap pemandangan yang sangat indah. Mampu menenangkan hati. Medina bukan tidak suka bersukan cuma dia kurang gemar bergaul dengan yang lain.

Dia seorang yang introvert.

Sedang asyik mengelamun, tanpa dia sedari sepakan bola oleh seseorang telah membuatkan dia tergamam.

Seolah-olah dunianya bagaikan sudah berhenti berputar. Malah, kakinya juga seakan-akan telah digam kuat.

"Medina!"

BUK

Kepala yang berasa berpinar cuba dia endahkan. Pandangan gadis itu semakin lama semakin kabur. Jangan pengsan Medina. Nanti mana ada prince charming nak selamat kan kau. Bisik kecil hatinya lalu dia sempat tertawa sendirian.

"Kau okay?" Soal Alya lalu dia membantu Medina untuk duduk seperti sedia kala. Rakan sekelas yang lain membuat bulatan mengelilingi Medina dan Alya.

"Kau ni lain kali sepak la betul-betul Faris!" Marah Damia. Faris hanya menayangkan giginya yang putih bersih itu. Rasa bersalah terhadap Medina kini semakin menggunung tatkala dia melihat keadaan gadis itu yang sedang memegang kepalanya menahan kesakitan.

"Kau ni buta agaknya, tiang gol kat sana, jauh betul melencong!" Tambah Alya pula lalu mereka semua yang mendengar ketawa sahaja. Bukan mereka tidak tahu bahawa Alya sangat bersikap protective terhadap Medina.

"Aku baik-baik je. Tak payah risau. Sambung je la aktiviti kau orang tadi." Pujuk Medina cuba menghentikan perbalahan mereka. Yang lain mengangguk sahaja lalu mereka mengambil posisi masing-masing. Medina sudah berasa sedikit baik meskipun dia tidak menerima sebarang rawatan.

"Medina, nak aku teman kau?"

"Tak, pergi la main. Bukan selalu pun." Kata Medina. Alya sekadar mengangguk lalu dia berlari-lari anak menghampiri mereka yang lain. Medina mengeluh sahaja memandang mereka semua.

Alangkah bagusnya sekiranya terdapat Dahlia sama.

Medina memandang jam tangannya.
Masih belum menunjukkan waktu pendidikan jasmani mereka akan tamat. Dia mengambil keputusan untuk berjalan mengelilingi padang yang luas ini. Lagipun, terdapat banyak bunga yang ditanam.

Belum sempat dia mahu melangkah, satu susuk tubuh berdiri tegak di hadapannya. Terkebil-kebil Medina memandang gerangan tersebut. Fuh, matanya mampu membuatkan para gadis di luar sana cair.

"Ya?" Medina bertanya sedikit kuat memandangkan rakan sekelasnya yang lain menjerit-jerit. Normal la kan?

"Kau... Dengan Dahlia masih berhubung?" Soal lelaki tersebut lalu punggung dilabuhkan di atas rumput padang. Medina tersengih kecil lantas mengikut tingkah laku lelaki misteri yang bernama Furqan itu.

MedinaWhere stories live. Discover now