AIDAN: BELONGING 27

34 5 0
                                    

BERKERUT-KERUT dahi Medina apabila merasakan ada sepasang tangan yang melingkar di pinggangnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BERKERUT-KERUT dahi Medina apabila merasakan ada sepasang tangan yang melingkar di pinggangnya. Medina juga berasa seolah-olah tilamnya tenggelam di sebelah menandakan ada seseorang yang berbaring di sisinya.

Tetapi siapa?

Jam loceng yang berada di atas meja kecil diambil. Mata digosok beberapa kali sebelum dia melihat lama jam itu. Belum lagi masuk waktu subuh.

Medina meletakkan kembali jam tersebut di tempat asalnya. Terbuntang matanya tatkala melihat wajah Aidan yang mendekat dengan lehernya yang masih berlapik dengan tudung sarung.

Gila! Semua ini memang gila!

Serasanya dia sudah menghalau Aidan semalam. Tetapi bagaimana lelaki ini boleh masuk ke sini? Kau lupa ke Medina? Aidan tu bijak dan tidak bodoh.

Sudah pasti dia menggunakan kunci pendua. Medina mengeluh perlahan. Dia tidak mahu menganggu lena Aidan. Ya Allah. Apa yang aku dah buat? Aku tidur sekatil dengan lelaki ini?

Medina beristighfar di dalam hati. Aidan memang tidak memikirkan soal hukum hakam. Main langgar sahaja. Nak buat macam mana. Aidan sudah terbiasa sebegini.

Medina menolak perlahan lengan Aidan yang melingkar di pinggangnya. Erat sekali. Susah Medina mahu meleraikannya. Nanti kalau buat dengan kasar, terjaga pula Aidan ni.

"Erm..."

Aidan menggumam manja. Medina tiada rasa mahu ketawa atau mengukirkan senyuman. Apa yang penting sekarang, dia nak membersihkan diri dan bersiap-sedia untuk menunaikan solat subuh.

Baru sahaja kakinya mahu mencecah ke lantai, jemari Aidan mengenggam erat lengannya. Medina sudah menahan debarnya yang semakin menjadi-jadi.

"Kau nak pergi mana? Nak tinggalkan aku?" Pada pendengaran Medina, suara Aidan amat la seksi. Medina menggelengkan kepalanya. Muhasabah la Medina. Ini semua salah!

"Macam mana abang boleh masuk ke sini? Medina nak abang keluar sekarang. Nanti mama syak sesuatu."

Namun, Aidan masih tidak mahu berganjak. Dia lebih suka. Mengapa? Boleh kahwin free. Dengan pujaan hatinya pula tu. Siapa je yang tak mahu kan?

"You know? I'm hungry and I can eat you now. So, you better shut your mouth before I kiss your lips." Bisik Aidan seolah-olah sedang menggoda dirinya.

Medina sudah geli-gelemen. Dasar lelaki tidak ada adab! Bercakap ikut sedap mulut sahaja.

"Medina! Medina! Buka pintu ni!" Pintu biliknya diketuk bertalu-talu. Medina menelan liurnya. Itu suara Tengku Muiz. Dia tahu kerana tidak mungkin suara mama garau sebegitu.

Ya Allah, apa yang harus dia buat sekarang?

"Abang! Sorok cepat. Nanti papa nampak." Bisik Medina tidak mahu Tengku Muiz mendengar apa yang dia katakan. Aidan tersenyum penuh makna. Sorok? Apa tu?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 07, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MedinaWhere stories live. Discover now