AIDAN: BELONGING 22

30 10 2
                                    

KOSONG

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


KOSONG. Sebaik sahaja matanya terbuka luas, adegan beberapa minggu lepas sering kali dimainkan di pemikirannya. Wajah diraupkan kasar lalu tangannya dibawa ke hatinya. Hancur. Sakit.

Sudah puas dia cuba mengusir segala itu tetapi dia tidak bisa. Setiap kali dia memejamkan mata, lelaki itu akan datang. Malah, dia dapat merasakan bahawa lelaki itu akan mencarinya lagi.

Sekarang dirinya hanya mampu berdoa agar segala urusannya dipermudahkan. Medina masih lagi sama. Lemah dan terlantar di hospital. Sunyi? Memang benar dia kesunyian memandangkan dia mengambil keputusan untuk menjauhkan dirinya daripada semua orang.

Dia perlukan masa dan ruang untuk menstabilkan dirinya kembali. Lagipun dia terlalu trauma dan tidak mahu bersemuka dengan mana-mana lelaki meskipun orang itu pernah mempunyai hubungan yang agak rapat dengan dirinya.

Pintu dikuak dari luar lalu tersembul wajah seorang doktor wanita. Senyuman dia ukirkan buat Medina. Tidak salah rasanya dia mahu mengambil hati gadis muda ini.

Semenjak kes hitam itu berlaku, tiada lagi senyuman. Tiada lagi seorang Medina yang periang. Tiada lagi seorang gadis yang mulutnya berceloteh tidak kira masa dan tempat. Yang tinggal sekarang cuma la roh yang bila-bila masa sahaja akan ditarik keluar.

"Medina dah makan ubat?"

Diam.

Medina melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Tiada sebarang respon yang diberikan. Dia tidak mahu menjawab sebarang pertanyaan doktor itu.

Keluhan dilepaskan. Nampaknya dia perlu memaksa gadis itu lagi untuk menelan ubat. Bukan mudah. Kadang kala habis meja diterbalikkan oleh Medina kerana dia berkeras tidak mahu mengikut kata-kata doktor itu.

"Kalau tak makan, macam mana nak sembuh?"

"Bukan urusan awak," datar dia menjawab. Langsung dia tidak memikirkan perasaan wanita itu. Apa dia peduli?

"Medina, saya cuma-"

"Tolong keluar sekarang. Saya akan makan tapi dengan syarat awak keluar dari sini," balas Medina lalu matanya dipejamkan lama. Kelihatan wanita itu mengangguk bersetuju. Sekurang-kurangnya dia makan juga kan?

Daripada tidak.

Sebaik sahaja kelibat doktor itu menghilang, Medina terus berdecit. Sepeket ubat diambil lalu dibukanya. Setelah beberapa minit dia mengambil masa untuk menyiapkan semua itu, dia terbaring lagi.

Mungkin ada orang yang akan menganggap dirinya mengada-ngada. Tetapi mereka tiada di tempat Medina. Bahkan ramai yang ambil mudah akan kes ini.

"Aku kuat."

"Tapi aku lemah jugak."




  KLAK

Pintu ditutup perlahan-lahan tidak mahu orang di dalam rumah itu terjaga. Bella ketawa riang sebelum dia menekan suis untuk mencerahkan ruang tamu rumah itu.

MedinaWhere stories live. Discover now