Tengku Aidan Haiqarl | Tengku Medina Dilaila
[𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬 𝐀𝐢𝐝𝐚𝐧: 𝐁𝐞𝐥𝐨𝐧𝐠𝐢𝐧𝐠]
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
"Kata orang, senyumannya manis bak madu dan aku akui akan semua itu."- Tengku Aidan Haiqarl.
"Dia berkata aku sempurn...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"𝗔𝗨𝗖𝗛." Medina menggigit bibirnya tatkala rasa pedih mencengkam dirinya. Dia menyapu minyak gamat yang mampu untuk menyembuhkan luka. Pulang sahaja daripada sekolah, dia tidak petah menunggu lama, dia terus sahaja masuk ke dalam bilik lalu dikuncinya pintu daripada dalam.
Bimbang sekiranya Aidan akan memecah masuk biliknya seperti sebelum ini. Hidupnya menjadi kucar-kacir dan tidak tenang semenjak daripada dahulu lagi.
"Medina! Kenapa berkunci pintu ni? Buka sayang." Laung Tengku Maira lalu mengetuk bertalu-talu pintu kayu itu. Serasa mahu meletup sahaja pintu itu ketika ini. Medina menutup laju botol minyak gamat itu lalu disimpan semula ke dalam laci.
"Medina! I'm asking you!" Sekali lagi laungan itu bertandang di telinga kecil Medina.
"Wait!" Medina tergopoh-gapah membuka pintu biliknya dalam keadaan yang sedikit kusut dan comot. Terpinga-pinga Tengku Maira dibuatnya. Apa sudah terjadi kepada anak tirinya itu? Something fishy.
"Are you okay?" Tanya Tengku Maira cuba menghilangkan rasa sunyi dan kekok di antara mereka berdua. Medina lebih gemar mendiamkan diri memandangkan dia kurang meluangkan masa dengan Tengku Maira.
"I'm okay. Mama nak apa?" Tanya Medina kembali.bTengku Maira menggeleng perlahan. Risau pula dirinya sekiranya Medina memikirkan yang bukan-bukan. Tetapi, entah kenapa firasatnya kuat mengatakan bahawa Medina sedang dilanda masalah ketika ini.
"Nothing. Mama risau kalau ada apa-apa jadi pada Medina. Lagi pun, Medina kunci pintu tadi kan?"
Medina mengangguk malas. Baru sahaja dia mahu menutup pintu, pantas Tengku Maira menahan dengan tangannya. Terjongket sedikit kening Medina tatkala melihat kelakuan Tengku Maira itu.
"In case, Medina perlukan someone untuk bercakap, I'm here for you. Anggap sahaja yang hubungan kita ni macam anak kandung dan ibu kandung ya?" Pujuk Tengku Maira dalam nada teruja cuba menggembirakan keadaan.
"Insyaallah. Medina masuk dulu." Pintu ditutup lalu dia bersandar di belakang pintu tersebut. Tubuh badannya berasa agak lemah ketika ini. Masalah di sekolah, masalah bersama Aidan dan sekarang, masalah di rumah. Argh!
Medina menahan dadanya yang hampir sahaja mahu meletup ketika ini. Dia mengusutkan rambutnya sedikit sebelum menolak rambutnya yang terjuntai ke belakang telinga.
"Macam mana aku boleh tersesat masuk ke sini?"
𝗧𝗘𝗞𝗔𝗞 yang sakit dan kekeringan itu cuba diabaikan oleh Medina tetapi dia mengalah akhirnya. Sudah la dia berkurung di dalam bilik, makan pun tidak apatah lagi minum air. Haih, dah kenapa sampai nak begini sekali Medina Dilaila?
Tudung sarung berwarna hitam diambil lalu disarungkan pada kepalanya. Usai menyiapkan diri sekadar ala kadar, dia terus menapak ke bawah untuk melangsaikan hutang. Hutang makan dan minum.