AIDAN: BELONGING 25

31 9 1
                                    

CAHAYA matahari yang terang-benderang telah menghentikan lena Medina yang sedang berbaring di atas katil dengan mata yang terpejam rapat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

CAHAYA matahari yang terang-benderang telah menghentikan lena Medina yang sedang berbaring di atas katil dengan mata yang terpejam rapat. Seolah-olah tidak mahu bangun. Bahkan dia berasa hidupnya sudah tiada gunanya lagi.

Walaupun dia berasa sedikit letih, dia menggagahkan dirinya jua untuk bangun seperti sedia kala. Hari pertama dia berada di sini.

Dan dia sudah menyusun strategi untuk mengambil hati Tengku Muiz kembali. Dia tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini.

Setelah katil dikemas, Medina terus memboloskan diri di dalam bilik air. Mahu mandi dan bersiap-siap.

Setelah beberapa minit dia mengambil masa untuk membersihkan diri, Medina terus menapak turun ke bawah. Tidak lupa juga dia menutup suis lampu dan kipas. Elakkan pembaziran.

"Sunyinya rumah." Gumamnya sendirian. Pasti awal pagi lagi Mak Timah dan Tengku Maira sudah pergi ke pasar. Mahu membeli segala kelengkapan yang harus digunakan nanti.

Kakinya dibawa pula menuju ke laman belakang di mana terletaknya kolam renang dan juga pondok kayu yang masih kukuh. Sliding door ditolak perlahan.

Matanya tertancap pada satu figura yang sedang memetik gitar sambil mulutnya mengeluarkan suara yang begitu merdu. Medina memeluk tubuh sendiri. Dia suka apabila Aidan menyanyi sebegitu.

Kalau para gadis di luar sana dengar, boleh cair tahi telinga dibuatnya. Nasib baik la iman si Medina ni boleh tahan kuat juga.

"Kau buat apa tercegat kat situ? Nak duduk, duduk aje la. Aku makan nasi." Sempat lagi Aidan memberikan sindiran yang boleh tahan pedasnya. Medina memutarkan bebola matanya ke atas.

Menyampah.

Sehari tak menyindir orang bukan Aidan la namanya. Ada sahaja perkataan yang menyakitkan hatinya.

"Mama mana? Biasa memasak kat dapur." Kepalanya ditoleh beberapa kali memandang sekeliling halaman ini. Cantik dan tidak berubah.

"Kau ingat aku tahu? Aku ni baru balik dari jogging. Bukan macam kau. Asyik buat taik mata je. Berat badan naik mendadak tahu pula nak meroyan."

See!

Aidan memang suka mencari fasal. Tak guna punya abang. Eh abang ke?

"Suka hati saya. Jangan nak menyibuk hal orang boleh tak? Nampak macam orang tak ada life je." Ha kau. Sekali Medina bagi memang tersentap habis la.

Aidan seolah-olah tidak terkesan dengan apa yang dikatakan. Ketawa dia lepaskan. Medina cuba nak menyindirnya kah? Maaf. Tak jadi.

"Whatever. Kau bila nak balik huh? Menyemak la tengok muka kau kat sini."

Medina menjuihkan bibirnya tidak suka. Bukankah Aidan juga yang merayu-rayu agar menyuruhnya duduk kembali di rumah besar ini? Tiba-tiba dah berubah fikiran apahal?

MedinaWhere stories live. Discover now