AIDAN: BELONGING 17

50 12 2
                                    

11/7/2021

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

11/7/2021

𝗕𝗔𝗚𝗔𝗦𝗜 ditarik perlahan oleh Medina. Senyuman kecil dia ukirkan. Sudah hampir lapan tahun dia tidak menjejakkan kakinya di bumi Malaysia ini. Dan di sini, pada waktu ini akhirnya dia sampai jua. Dengan izin-Nya, segala urusan Medina dipermudahkan.

Keluarga?

Pasti sekarang mereka semua bahagia dengan kehidupan tanpa dirinya. Lelagi Aidan. Apa khabar lelaki itu agaknya? Masih kacak seperti dahulu kah? Ataupun dia sudah berkahwin bersama dengan pasangan yang dia cintai?

Medina ketawa sendiri apabila dia kembali mengingati segala kejadian yang pernah berlaku pada dirinya dahulu. Dia tidak akan mengingati semua itu. Dia perlu belajar untuk move on dan memulakan hidup baharu.

Dahlia pula? Dia bakal pulang ke sini semula pada hujung bulan tujuh. Katanya, ada perkara yang perlu dia selesaikan terlebih dahulu. Jessica pula masih lagi berada di London memandangkan dia tiada keluarga di sini. Jessica tinggal bersama-sama dengan atuk dan neneknya. Berita yang mengejutkan, dia akan berkahwin dalam masa terdekat sekiranya tiada sebarang halangan.

Medina tumpang gembira akan berita itu. Tidak sabar rasanya dia mahu melihat senyuman manis yang diukirkan oleh Jessica nanti.

Medina?

Dia masih sama. Sendiri dan tiada peneman. Mungkin begini la pengakhiran hidupnya. Bukannya seperti Cinderella. Kehidupan Cinderella bermula dengan teruk tetapi pengakhirannya pula berakhir dengan kebahagiaan yang tidak terkira.

Rasanya, lambat lagi kehidupannya akan bertukar seperti Cinderella. Sibuk dia memikirkan tentang dirinya sehingga...

BUK

Medina masih terpinga-pinga memikirkan apa yang berlaku ketika ini. Sudah la dia dapat merasakan rasa berbahang di bahagian hadapan tudungnya. Tampak seperti dia telah melanggar seseorang yang membawa minuman panas.

Medina mengutip semula beg bajunya lalu menahan nafasnya daripada terlihat gugup.

"Maafkan saya encik, saya tak perasan." Medina memulakan tutur kata lalu badannya dibongkokkan beberapa kali tanda memohon maaf.

"Kau ni buta ke? Punya la besar aku kat sini, sesedap bapak kau je kata tak perasan! Mata tu letak kat lutut ke?" jerkah gerangan itu lalu matanya dijegilkan pada Medina. Medina masih lagi menekur ke lantai. Dia tidak berani mahu bertentang mata dengan orang itu.

Pasti ramai yang sedang menyaksikan adegan tidak berbayar ini.

"Kau ni memang tak ada adab kan? Dah la langgar orang, bila aku bercakap kau pula tak menyahut. Adab memang tak belajar ke daripada kecil? Aku tanya ni jawab la!"

Bahu Medina ditolak sehingga hilang sabar Medina dibuatnya. Dia menarik nafas lalu dihembuskan. Matanya menikam wajah yang berada di hadapannya ketika ini.

MedinaWhere stories live. Discover now