Tengku Aidan Haiqarl | Tengku Medina Dilaila
[𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬 𝐀𝐢𝐝𝐚𝐧: 𝐁𝐞𝐥𝐨𝐧𝐠𝐢𝐧𝐠]
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
"Kata orang, senyumannya manis bak madu dan aku akui akan semua itu."- Tengku Aidan Haiqarl.
"Dia berkata aku sempurn...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"KENAPA kau tak beritahu aku huh Medina? Why? Kau tahu tak aku risau sangat dengan kau." Luah Dahlia lalu tangannya dibawa menuju ke belakang Medina cuba menenangkan gadis itu. Ya. Dia sudah tahu segala apa yang terjadi pada rakannya itu.
Dan dia tidak akan memaafkan orang yang membuat perkara terkutuk itu pada Medina. Tidak akan.
"Aku tak nak kau terasa benda ni beban. Biar la. Pihak polis pun masih dalam proses sedang mencari suspek. Aku harap cepat la semuanya selesai." Balas Medina. Dahlia tersenyum kelat sahaja apabila mendengar balasan yang sememangnya tidak dapat memuaskan hatinya.
Dasar lelaki binatang.
Kalau la dia ada bersama Medina pada hari itu. Kalau la dia temani Medina ketika itu. Kalau la dia pulang bersama-sama dengan Medina semua ini tak akan terjadi sama sekali.
"Kenapa kau menangis? Kan aku dah kata, aku okay." Dahlia mengusap butiran jernih yang mengalir di pipi. Nasib baik dia tidak memakai sebarang alat solek pada hari ini.
Buat malu sahaja. Sudah la lelaki kacak dan Aidan berada di sini. Berbual-bual mengalahkan mereka yang gadis ini.
"Kau duduk mana lepas keluar ni?" Tanya Dahlia cuba menukar topik. Dia tidak mahu Medina berasa sedih lagi. Perkara yang sudah terjadi, biarkan sahaja berlalu. Apa yang penting dia harus menitik berat akan keselamatan rakannya ini.
Dia tahu, pasti akan ada orang yang menyerang lagi dan dia harus bersiap sedia untuk melindungi Medina tidak kira apa jua sekali pun.
"I don't know. Aidan cakap duduk di rumah papa. Tapi kau tahu-tahu saja la. Dia tak suka aku duduk di sana."
Dahlia mengangguk sahaja. Eh orang tua tu masih belum dapat bukti yang sahih lagi ke? Sampai bila dia mahu menyimpan rasa dendam dan menyampah itu?
Kubur pun sudah memanggil-manggil masih lagi Tengku Muiz itu tidak mahu berubah.
"Aku tak faham dengan papa kau ni. Apa tujuan dia buat semua ni? Entah-entah semua ni rancangan dia. Dia upah orang untuk rape kau." Tuduh Dahlia melulu lalu tidak semena-mena semua mata melekat ke arahnya.
Dahlia mengangkat bahunya. Tidak mustahil kan? Boleh jadi juga. Tengku Muiz itu nampak sahaja baik, alim tetapi hakikatnya jauh panggang dari api. Sangat.
"Kau jangan nak menuduh. Dia tu masih papa aku." Datar Aidan berkata lalu matanya melekat pada perlakuan Dahlia yang sudah mendengus. Kenapa semua orang masih lagi mahu membela orang tua itu?
Bukan kah dia telah menghalau Medina? Tidak cukup dengan itu, dia memisahkan pula Medina dengan ibu tirinya. Sudah la Tengku Maira amat menyayangi Medina lagak seperti anaknya sendiri.
Jadi sekarang bagaimana? Masih lagi mahu membela Tengku Muiz yang wayar otaknya sudah putus? Huh.
"Aku cuma agak je. Yang kau orang pandang serious sangat apahal?" Dahlia memeluk tubuhnya. Geram. Nanti apabila sudah mendapat berita sahih baru la sibuk nak meminta maaf seperti hari raya.
"Dah la tu. Kau dah makan ke belum ni? Muram je muka." Usik Medina. Tangannya dibawa menyentuh pipi mulus milik Dahlia. Dahlia mengelak tanda tidak suka akan sentuhan spontan itu.
"Belum. Nanti pandai la aku makan. Aku nak balik naik apa nanti?" Medina menjuihkan bibirnya pada Umar yang sibuk memandang telefon. Dahlia membuat muka tidak percaya. Benarkah?
Lelaki kacak itu lagi?
"Dia tu single lagi tak? Kalau ya, aku nak cucuk jarum la." Medina ketawa sahaja. Dahlia ini macam-macam karenahnya. Dan itu la yang membuatkan tali persahabatan mereka masih utuh.
Dahlia memang seorang yang baik. Tetapi baik kah aku?
SETELAH tiga hari berlalu semenjak Dahlia melawat dirinya, akhirnya kini dia tiba juga di rumah agam yang penuh dengan kisah silam ini. Kalau diikutkan hati, dia tidak mahu berada di sini. Tetapi di atas desakan Tengku Maira dia terpaksa bersetuju.
Dia bukannya apa.
Dia tidak sanggup mahu melihat Tengku Maira memberikan wajah yang agak kecewa. Lagi pun Tengku Maira sudah berjanji akan menjaganya dengan baik dalam masa yang sama dia juga berjanji akan membantunya untuk melembutkan kembali hati keras milik Tengku Muiz.
Dan sekarang, dia sedang menunggu kehadiran Tengku Muiz. Di mana lelaki itu? Lambat benar mengambil masa untuk menyiapkan diri.
Deheman seseorang telah menyebabkan lamunan Medina terhenti. Kelihatan Tengku Muiz menghampiri dirinya, Tengku Maira dan Aidan.
Tengku Muiz mendengus seraya memeluk tubuh sendiri. Dari dulu sehingga sekarang masih sama. Tidak pernah berubah. Sifat dengusan dan egonya masih belum runtuh.
Tengku Muiz akhirnya mengambil keputusan untuk melabuhkan punggungnya di sebelah Aidan. Dapat Medina lihat kaki Aidan yang disilangkan gaya bossy.
Jari-jemari di peha dimainkan sesama sendiri. Mati kutu Medina tatkala mata tajam Tengku Muiz memerhatikannya bagaikan seekor burung helang. Bahu Medina diusap perlahan oleh Tengku Maira cuba menyalurkan kekuatan.
"Ada apa kau datang sini? Bukan aku dah pernah berpesan ke sebelum ni? Atau kau memang ada masalah pendengaran? Tak apa biar aku ingatkan balik."
Medina memejamkan matanya bersedia mahu mendengar cacian yang dilontarkan Tengku Muiz kepadanya. Dia datang ke sini pun kerana pujuk rayu daripada Tengku Maira.
"Aku haramkan kau pijak kaki ke rumah ni. Apa yang susah sangat kau nak faham? Kau tu dah langgar semua kata-kata aku. Berambus sekarang sebelum mata kau lebam." Tengku Muiz berkata angkuh lalu dia mendengus.
Tipu la sekiranya dia tidak merindui akan Medina. Sudah lapan tahun mereka tidak bersua muka. Ingin sahaja dia melontarkan kata maaf tetapi kerana ego, semua itu terpaksa dilupakan sahaja.
"Abang, Medina datang ke sini secara baik. Tetamu ni bang. Kita kena bagi layanan yang baik, bukannya layanan buruk macam ni." Tegah Tengku Maira. Hatinya sakit tatkala melihat wajah Medina sudah bertukar keruh.
"Awak tak perlu nak membela sangat budak ni. Lama-lama nanti, awak akan sedar yang dia ni hanya pembawa malang. Dah, sekarang aku nak kau keluar daripada sini." Halau Tengku Muiz lalu dia mahu berjalan melepasi Medina tetapi Medina menahan dengan berdiri di hadapan Tengku Muiz.
"Kau dah kenapa? Tepi!"
Namun, Medina masih tidak berganjak. Dia mahu menghabiskan semuanya pada hari ini juga. Dia tidak mahu Tengku Muiz bermasam muka dengannya dan memasang dendam di dalam hati.
"Medina tak akan benarkan papa pergi. Kita kena berbincang." Pujuk Medina tetapi apakan daya, kalau dah namanya Tengku Muiz, memang tidak la jawapannya.
"Siapa papa kau? Aku tak ada anak yang memalukan. Huh, berbincang apanya lagi? Semua tu kita dah habiskan lapan tahun yang lepas. Apa yang kau tak puas hati lagi?" Jerkah Tengku Muiz betul-betul di hadapan wajah Medina yang suram.
Aidan sudah berdiri lalu dia menghampiri mereka yang bila-bila sahaja akan berlaku ketegangan.
"Papa, bincang elok-elok." Tambah Aidan lagi.
"Ah, kau diam la Aidan. Yang kau dengan mama kau tu sibuk sangat nak bela budak ni dah kenapa? Apa kau orang dah kena guna-guna ke? Hei Medina. Kau ingat benda ni sampai mati, kau bukan anak aku. Kau tu anak yang aku tak iktiraf. Anak aku cuma seorang, Aidan. Dah dengar kan? Get lost!"
Tubuh Medina ditolak kasar lalu Tengku Muiz berjalan keluar daripada rumah agam itu dengan perasaan hiba. Air mata yang sudah bertakung cuba ditahan daripada jatuh.
"Maafkan abang Rai. Setiap kali abang tengok muka dia, abang teringatkan Rai. Maafkan abang kerana telah membencikan anak kau."
TO BE CONTINUED
Apa kata anda? Makin lama makin bosan story ni. Thank you for all the sweet vote and comments! Love you guys infinity!! 🤩