Tengku Aidan Haiqarl | Tengku Medina Dilaila
[𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬 𝐀𝐢𝐝𝐚𝐧: 𝐁𝐞𝐥𝐨𝐧𝐠𝐢𝐧𝐠]
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
"Kata orang, senyumannya manis bak madu dan aku akui akan semua itu."- Tengku Aidan Haiqarl.
"Dia berkata aku sempurn...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡𝗬𝗔 cuba mencari meja makan yang kosong untuk diduduki bersama dengan Dahlia dan Jessica. Suasana yang bising menganggu Medina yang sedang sibuk memerhatikan keadaan sekelililing. Terdapat ramai pelajar tidak kira daripada negara dan agama yang mana.
Semuanya berlaku secara bebas. Ada yang membuat adegan yang sama sekali umat islam dilarang untuk lakukan, ada juga yang sedang sibuk berborak sakan sehingga tersembur air liur. Dan ada juga yang sedang makan dengan penuh berselera.
Terasa dirinya seperti tunggul kayu pula apabila dia berdiri di sini. Medina yang berasa kekok akan perbuatannya itu lantas bergerak untuk mencari tempat yang kosong. Mungkin di sana terdapat tempat yang tidak sempit dan selesa?
Medina terkocoh-kocoh mahu membuka langkah daripada situ.
BUK
Buku dan failnya yang berterabur dikutip dengan tangkas. Pasti wajahnya sedang memerah ketika ini memandangkan semua yang berada di situ sedang memberikan seratus peratus perhatian buat dirinya dan gerangan yang berada di hadapannya ketika ini.
"Oh, shit. I'm sorry."
Dia cuba membantu Medina untuk mengutip semua barangan itu, tetapi Medina lebih pantas mengambil terlebih dahulu. Mengapa? Kerana Medina sudah dapat mengagak bahawa gerangan itu adalah seorang lelaki.
Pertama, suaranya garau. Kedua, ketika lelaki itu ingin menghulurkan bantuan untuk membantu, Medina dapat melihat cincin berwarna hitam yang tersarung pada jari runcingnya. Ala, gaya orang hipsters gitu.
"Tak apa, saya nak cepat sangat tadi sampai tak perasan pula awak nak lalu." Beg sandangnya ditarik merapat sehingga ke dada. Kepala didongakkan lalu matanya terkebil-kebil apabila melihat gerangan itu.
Kacak memang kacak tetapi, masih tidak mampu menandingi Aidan. Erk, Medina?
"Angel."
Medina mencebik kegeraman. Dia tidak kisah langsung akan panggilan yang lelaki itu mahu gunakan tetapi sekarang, lelaki itu telah menyekat laluannya.
"Excuse me, back off please?''
"Ah, yes. Sorry again miss..."
Matanya cuba membaca tag nama yang tersangkut pada batang leher Medina yang berlapikkan tudung bawal berwarna putih. Dia mengukir senyuman yang mampu membuatkan gadis di seluruh cafeteria itu cair.
"MissMedina. You have a nice name.'' Katanya secara tiba-tiba. Medina sekadar tersenyum sahaja. Dia malas mahu berbual dengan lebih lama memandangkan rakan-rakannya masih lagi menunggu.
Medina tanpa banyak kata terus meninggalkan lelaki itu keseorangan. Pasti Dahlia dan Jessica sudah menjumpai meja yang mereka mencari selama ini.