"DAH dekat seminggu Medina masuk hospital and sampai sekarang Aidan tak beritahu mama?" Tegas suara Tengku Maira bertanya. Bagaikan mahu tercabut sahaja jantungnya tatkala dia menerima berita yang mengejutkan itu.
Aidan menundukkan kepalanya memandang ke lantai. Bukan dia tidak berani mahu bersuara tetapi dia menyimpan amarahnya yang menggunung.
Siapa lagi kalau bukan Bella yang beritahu? Gadis itu memang layak dipanggil sebagai geng makcik bawang. Sangat sepadan.
"I'm asking you. Kenapa diam? Ya, mama tahu mama bukannya ibu sebenar Medina tapi Aidan kena beritahu mama! Bukan berdiam diri sahaja." Luah Tengku Maira sedikit kecewa dengan tindakan anaknya itu.
Aidan daripada dahulu sehingga sekarang langsung tidak pernah berubah. Mahu membuat keputusan tidak berbincang terlebih dahulu dan kemudian, perkara sebegini la yang terjadi.
Aidan mengeluh lantas mendekati mamanya yang memicit pelipisnya. Aidan duduk bersimpuh lalu dia mengenggam erat jemari yang sedikit berkedut milik Tengku Maira.
"Maafkan Aidan. Aidan bukan tak nak beritahu tapi, Aidan tak nak mama sakit. Aidan tahu mama sayangkan Medina sangat. Sebab tu Aidan tak cakap." Balas Aidan lemah dan lesu.
"Mama faham. Bila mama boleh jumpa Medina? Mama risaukan dia Aidan. Mama tak nak dia berubah. Mama nak dia gembira. Kenapa semua ni berlaku pada dia?" Tengku Maira menangis lalu dia menekup mukanya pantas tidak mahu Aidan melihat.
Dia memang sangat sensitif berkenaan dengan anak-anaknya lelagi Medina. Aidan turut merasakan kesedihan yang mamanya alami. Tidak mahu membuang masa, dia mengusap lembut bahu mamanya.
"Medina kuat. Dia cuba pertahankan diri dia. Aidan bangga dengan dia." Aidan tersenyum kelat lalu wajahnya diletakkan pada bahu Tengku Maira.
"Kalau la mama ada dengan dia, mesti semua ni tak akan terjadi. Cari dia Aidan. Jangan lepaskan orang yang dah buat adik kamu macam tu." Datar mamanya mengeluarkan arahan.
Adik.
Malang sekali dia tidak menganggap Medina sebagai adiknya. Dia mengharapkan yang lebih daripada itu. Dia sanggup menggantikan nyawanya agar Medina bisa hidup.
Kalau la semua orang tahu bahawa cinta Aidan pada Medina sungguh luas. Seluas lautan.
Tidak mengapa. Apa yang dia harus lakukan adalah bersabar. Hari di mana dia bakal melafazkan akad buat Medina akan tiba jua. Itu janjinya.
"MALAYSIA saya sayang kamu!" Jerit Dahlia kuat sebaik sahaja dia tiba di balai pelepasan. Cermin mata hitamnya dibuka lalu disimpan di dalam beg tangannya yang mahal. Sudah tentu mahal!
"Mana ni?" Dahlia merengus tatkala dia masih belum menjumpai kelibat orang yang dicari. Telefon dibuka. Dia masih belum menerima apa-apa pesanan daripada abi. Jadi apa yang dia patut lakukan sekarang?
YOU ARE READING
Medina
RomanceTengku Aidan Haiqarl | Tengku Medina Dilaila [𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬 𝐀𝐢𝐝𝐚𝐧: 𝐁𝐞𝐥𝐨𝐧𝐠𝐢𝐧𝐠] بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم "Kata orang, senyumannya manis bak madu dan aku akui akan semua itu."- Tengku Aidan Haiqarl. "Dia berkata aku sempurn...