AIDAN: BELONGING 26

29 7 0
                                    

             "MACAM mana keadaan Medina sekarang? Dah elok? Rasa selesa tak?" Soal gadis itu bersama dengan senyuman manisnya yang mampu membuatkan kaum adam bergetar tulang rusuknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

             "MACAM mana keadaan Medina sekarang? Dah elok? Rasa selesa tak?" Soal gadis itu bersama dengan senyuman manisnya yang mampu membuatkan kaum adam bergetar tulang rusuknya.

Ayat... Kemain.

Medina tidak membalas senyuman itu tetapi sebaliknya dia sekadar mengangguk tanda sudah berasa sedikit baik semenjak kejadian hitam itu berlaku.

Tania menghela nafas. Sekurang-kurangnya Medina memberikan respons. Pasti sukar untuk Medina memaafkan dirinya.

Ya la, mereka berdua berjumpa dalam keadaan yang begitu huru-hara. Terasa malu pula apabila dia mengingati kembali bagaimana dia menyimbah air pada Medina dahulu.

Walaupun sudah lapan tahun berlalu, tetapi adegan itu masih tidak dapat dia lupakan.

"Maaf sebab saya tak datang lebih awal. Kalau saya datang awal, mesti awak tak akan kena semua benda ni." Lemah Izz berkata lalu tangannya dibawa memicit pelipisnya. Pening dan buntu.

Dia ada cuba untuk menjejaki lelaki yang misteri itu dengan bantuan Umar tetapi mereka masih belum mendapat sebarang petunjuk.

Nampaknya lelaki ini memang cekap melakukan perkara ini. Huh.

"Bukan salah awak. Benda dah nak jadi dan kalau boleh saya tak mahu fikirkannya lagi. Macam mana awak tahu kafe saya ada di situ?" Soal Medina pelik.

"Kami datang ke rumah Tengku Muiz. Kami dapat berita dari Aidan yang you dah balik ke sini." Tania menjawab lembut. Medina mengangguk perlahan.

Malas mahu bertanya lebih-lebih. Biar la dia membuat keputusan untuk mendiamkan diri. Kepalanya memandang sekeliling. Aidan dan Bella entah menghilang ke mana.

Bagi warga tua pula mereka sibuk berbincang berkenaan bisnes. Medina tidak mahu masuk campur memandangkan dia tidak la begitu gemar akan kerjaya yang sebegitu.

"Medina..."

Suara lunak itu telah membuatkan Medina menoleh memandang wajah Tania yang keruh. Jemari Medina dipegangnya erat oleh Tania.

Medina pula sudah terkebil-kebil. Apa yang sudah terjadi?

"Maafkan I. I pernah buat jahat pada you. I rasa tak tenang kalau I tak minta maaf dengan you. Maafkan I Medina. I jahat sangat dengan you. I tuduh you ada hubungan dengan Izz. Forgive me."

Kedengaran sebak sekali nada yang digunakan oleh Tania. Medina tersenyum manis. Tania memang mempunyai sekeping hati yang lembut dan baik. Gadis itu memang begitu sesuai dengan Izz yang matang dan berkarisma.

"Tak ada apa la akak. Saya dah lama lupakan semua tu. Saya tak pernah simpan dendam pun pada Kak Tania."

Medina membahasakan Tania sebagai akak kerana jarak perbezaan umur mereka. Tania tersenyum lantas memeluk Medina.

MedinaWhere stories live. Discover now