AIDAN: BELONGING 4

90 13 0
                                    

"𝗝𝗘𝗠𝗣𝗨𝗧 masuk dulu!" Kata Tengku Muiz lalu bersalaman dengan rakan baiknya, Dato Rafiq

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"𝗝𝗘𝗠𝗣𝗨𝗧 masuk dulu!" Kata Tengku Muiz lalu bersalaman dengan rakan baiknya, Dato Rafiq. Isterinya turut berada di situ memandangkan mereka merupakan rakan baik semenjak dari bangku sekolah rendah lagi. Medina memerhatikan mereka semua yang berborak sakan sahaja.

Tetapi, semuanya berubah setelah dia ternampak wajah yang cukup dia kenali. Matanya dikecilkan bagi melihat dengan lebih jelas. Dia mempunyai masalah mata kah?

Tidak bukan asing lagi. Orang itu...

Bella.

Apa yang dia buat di sini?Jangan kata bahawa Bella merupakan anak kepada Dato Rafiq dan Datin Mia. Oh, tidak, tidak. Pasti hari ini akan menjadi hari yang sukar buat dirinya. Medina melihat lelaki yang berdiri di sebelah Bella. Abang dia? Atau adik dia?

Kenapa kau perlu ambil tahu tentang pembuli tegar kau Medina? Desis hati Medina sebelum ketawa kecil.

"Kau tercegat apa lagi? Tak reti salam orang dah? Ke, kau dah cacat?" Sampuk Aidan lalu tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar tracksuit. Fikir macho ke enche abang?

Medina memandang Aidan atas bawah. Gaya pemakaiannya cukup santai. Ah, patut la Bella mudah jatuh hati dengan Aidan. Pandai bergaya rupanya.

"Aku tahu kau nak terkam aku. Tapi, lepas ni la. Kita kan ada tetamu ni." Sindir Aidan lalu tersenyum. Memerah wajah Medina dibuatnya. Mungkin malu dengan pernyataan itu. Aidan menjeling sekilas Medina yang termenung jauh itu.

"Aidan, Medina mari ke sini!" Tegur Tengku Maira bersama dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir. Aidan dan Medina berpandangan seketika sebelum masing-masing membawa haluan tersendiri. Tidak mahu menimbulkan tanda tanya. Atau lebih tepat, tidak mahu kekasih Aidan cemburu.

"Ha, ini la anak tiri aku, Medina." Kata Tengku Maira lalu menepuk sekilas bahunya. Medina terpegun sedikit dengan lelaki yang berdiri bersebelahan Bella. Agak kacak. Matanya masih menatap telefon bimbit tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

''Ha mari la kita ke dapur. Banyak makanan sedap-sedap!" Kata Tengku Maira lalu mula menarik tangan Datin Mia dan Bella. Nampak seperti mama sudah berkenan aje dengan kekasih Aidan itu? Medina cuba mengusir perasan pelik yang datang di dalam hati.

"Medina, mari la." Kelihatan mereka semua sudah duduk di meja makan sambil menunggu kedatangan Medina yang masih terkebil-kebil. Medina dengan rasa malu yang menggunung cuba menggagahkan dirinya untuk ke sana jua.

Dapat dia lihat hidangan yang tersusun cantik. Sangat mengiurkan. Namun, matanya lebih tertarik untuk melihat pasangan 'love bird' iaitu Bella dan Aidan. Masing-masing rancak berborak dan mereka...

Berpegangan tangan.

Tetapi, kenapa tiada sesiapa pun yang menegur perbuatan itu? Bukankah mereka haram bersentuhan kerana belum mempunyai ikatan yang sah?

MedinaWhere stories live. Discover now