AIDAN: BELONGING 19

38 13 3
                                    

𝗠𝗔𝗧𝗔 Medina merenung lama pemandangan yang terhias di hadapan matanya ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


𝗠𝗔𝗧𝗔 Medina merenung lama pemandangan yang terhias di hadapan matanya ini. Cantik dan masih sama seperti dahulu. Cuma terdapat pokok bunga yang semakin galak memunculkan diri.

Keluhan dilepaskan. Medina menyandarkan badan ke seat kereta. Sesekali ingatannya terimbas mengingati kembali kejadian lampau yang pernah dia alami.

Apa tujuan kau hadir ke sini Medina? Masih mahu mengingati kenangan pahit yang akan memakan diri kau?

Medina menggelengkan kepalanya beberapa kali sebelum mengesat sedikit air mata yang hampir menitis membasahi pipi. Semua itu hanya untuk seketika apabila matanya sekali lagi dihiasi dengan perkara yang dia tidak jangkakan.

Membulat matanya apabila dia melihat adegan hangat itu. Ya, hangat seperti hangatnya dan berbahangnya api neraka.

Kelihatan si gadis mengucup bibir dan pipi si jejaka dengan senang sekali. Si jejaka tidak menolak tetapi wajahnya jelas menunjukkan riak tidak suka akan perbuatan haram itu. Beberapa minit Medina melihat adegan itu, dia menahan tangisannya daripada pecah.

Sungguh hatinya sakit.

Sakit seperti lapan tahun yang lalu. Rasa ini sama. Rasa kemarahan. Rasa menyampah dan tidak suka.

Medina kembali memandang ke tempat tadi lalu tidak semena-mena, matanya bertembung dengan lelaki itu.

Serasa dunia berhenti berputar sahaja. Cermin keretanya tidak gelap jadi, dengan mudah sahaja orang akan dapat melihat apa yang dia lakukan. Sama seperti sekarang.

Tidak mahu berlengah, Medina terus menekan pedal minyak kereta dan berlalu daripada situ dengan air mata yang masih tersisa membasahi pipinya.




   "𝗦𝗜A-" Medina pantas cuba menutup pagar apartment apabila wajah tegang Aidan menyapa kornea matanya. Tetapi, apakan daya sekiranya hendak membandingkan tenaga lelaki dan tenaga perempuan. Lihat sahaja la perbezaan mereka berdua.

Medina terundur ke belakang apabila Aidan berjalan semakin mendekat. Dia berlari mahu memasuki rumah.

Baru sahaja dia mahu menutup pintu, tersentak dia tatkala ada satu tangan kekar yang menghalang terlebih dahulu.

"Lepas la! Apa abang nak?"

Jerit Medina. Tidak dia hiraukan dengan jiran-jirannya yang mungkin masih melelapkan mata.

BUK

Spontan Medina terduduk di atas lantai. Pintu ditutup lalu dikunci dengan sepantas kilat oleh Aidan.

"Shit, Medina...maafkan aku, aku tak sengaja." Aidan melutut di hadapan Medina lalu cuba memeriksa Medina yang terjatuh akibat daripada perbuatannya sendiri. Medina menghalang dengan menolak dada bidang Aidan.

"Abang buat apa kat sini? Keluar sekarang! Abang tak layak nak jejakkan kaki kat sini tau tak?" ujar Medina sambil dadanya naik turun menahan marah. Aidan menolak lidahnya ke isi pipi. Dia tersenyum sinis.

MedinaWhere stories live. Discover now