Tengku Aidan Haiqarl | Tengku Medina Dilaila
[𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬 𝐀𝐢𝐝𝐚𝐧: 𝐁𝐞𝐥𝐨𝐧𝐠𝐢𝐧𝐠]
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
"Kata orang, senyumannya manis bak madu dan aku akui akan semua itu."- Tengku Aidan Haiqarl.
"Dia berkata aku sempurn...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TELEFON yang berada di tangan dipandang lama seakan-akan tidak mahu lepas. Jessica dan Dahlia entah hilang ke mana. Kata mereka, ada perlawanan bola sepak. Bukan Medina tidak tahu yang mereka sibuk mahu melihat lelaki-lelaki kacak di sana.
Nasib la Medina ini tidak tergolong dalam kalangan seorang gadis yang terleka dengan kekacakan lelaki.
Baginya dia tidak berminat. Lebih baik dia menghabiskan masa dengan membaca novel. Sekurang-kurangnya, dapat juga dia membayangkan wajah fictional characters terutamanya hero dan heroin.
"Excuse me?" Suara garau itu membuatkan Medina mengangkat pandangan memandang gerangan tersebut. Berkerut-kerut dahinya cuba mengingati gerangan ini.
Rasanya mereka pernah bertemu sebelum ini. Tetapi di mana?
"Awak ni Medina kan? Kawan Jes dan Dahlia." Katanya lalu dengan selambanya dia melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Medina. Medina mengangguk malas-malas.
Stranger.
"Thank God! Finally, saya jumpa juga awak. Nah." Medina memandang lama huluran itu. Lelaki itu menghulurkan sebotol air mineral kepadanya. Memang dia ada berpesan dengan Dahlia dan Jessica untuk membelinya air mineral tetapi...
Mengapa lelaki pelik ini pula yang beri?
"Jangan risau. Saya ni tak ada niat jahat pun. Dahlia suruh saya beri pada awak." Lembut balasan yang dia berikan. Kalau para gadis di sekolah ini dengar pasti mereka akan cair habis. Termasuk la dua ekor kucing itu.
Siapa mereka?
Siapa lagi kalau bukan Dahlia dan Jessica.
"Terima kasih." Rasa tidak sopan pula apabila menolak huluran itu. Medina dengan pantas merampasnya mahu mematikan adegan lelaki itu memandangnya lama. Pandang-pandang.
Mungkin dia nak matanya dicucuk dengan pen agaknya.
"Awak mesti tak ingat saya kan?" Medina mengangkat bahunya sahaja. Langsung dia tidak menunjukkan rasa berminat untuk berbual dengan lama bersama dia.
"Sombong betul."
"Boleh diam? Saya ni tak ada masa nak layan orang tak betul macam awak. Kenapa ada di sini lagi? Dah bagi air kan? Boleh pergi sekarang." Datar Medina membalas kata-kata biadap yang keluar daripada mulut lelaki itu.
Kenal kita pun tidak, suka hati sahaja dia melabel dirinya 'sombong'. Kita bukan sombong, kita cuma tak bercakap dengan orang asing.
"Chill girl. Saya tak nak apa-apakan awak pun. See? Ramai orang di sini."
Selamba lelaki itu berkata. Medina sudah melopong. Apakah? Semenjak bila pula dirinya berfikir benda-benda seperti ini? Huh, sah lelaki ini memang tak betul.
Mana si Dahlia dengan Jessica ni kutip dia?
"Such a pervert guy." Gumam Medina. Perlahan. Harap lelaki itu tidak mendengar la apa yang dia katakan.