AIDAN: BELONGING 3

96 11 0
                                    

"𝗔𝗞𝗨 risau kan kau aje, sebab tu aku telefon ni ha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"𝗔𝗞𝗨 risau kan kau aje, sebab tu aku telefon ni ha. Kau okay kan kat sana?'' Suara rakan Medina, Dahlia bertanya. Ya, Dahlia la satu-satunya rakan baik yang dia ada. Rakan semenjak daripada berumur 3 tahun. Tetapi, Dahlia terpaksa berpindah kerana ayahnya mendapat pekerjaan baharu di negara United Kingdom.

Kali terakhir mereka berjumpa pun 5 bulan yang lalu. Itupun mereka berjumpa sekejap sahaja. Tidak sampai 2 jam. Bila la agaknya aku dapat jumpa Dahlia ya? Desis kecil hati Medina.

"Medina? Are you still there?" Sekali lagi Dahlia bertanya. Kalau tidak sampai berjawab, itu bererti pasti gadis itu mengelamun panjang. Medina yang baru sahaja tersedar dari lamunannya yang panjang tersentak dengan sergahan itu. Dia berdehem sebentar cuba menutup malu.

''Yes, I am." Balas Medina lembut. Rindu sungguh dirinya akan Dahlia. Dahlia la rakan terbaik yang dia pernah ada dan rakan yang sering berada ketika dia berasa susah atau senang. Sungguh kasih sayang pada Dahlia sama taraf dengan mama dan papanya. Tetapi, Aidan?

Why must Aidan?

"I'm asking you Medina. You okay right?" Tanya Dahlia sekali lagi.

"Yes, kau busy ke sekarang?" Sambil berborak bersama Dahlia, Medina mengambil kesempatan untuk meletakkan krim muka pada jerawat kecil yang baru sahaja tumbuh pada dahi.

"Kalau aku busy, tak ada maknanya kau dapat dengar suara aku sekarang." Balas Dahlia dalam nada sindiran. Medina menepuk sekilas dahinya. Ini pasti tempias daripada terfikirkan Aidan.

"Medina, how's your parents? And kau punya boyfriend tu?" Tanya Dahlia lebih kepada dalam nada mengusik. Medina dalam diam mencarut di dalam hati. Semenjak bila pula dia ada boyfriend? Pelajar lelaki di sekolah pun akan membuli dan mengata dirinya, entah mana celah datangnya boyfriend itu?

"Alhamdulillah mama dan papa sihat. And excuse me Miss Dahlia, saya tak ada boyfriend okay?" Terang Medina tegas.Dahlia ketawa kecil di talian.

"I mean Aidan."

Kecut perut Medina dibuatnya tatkala nama Aidan menyapa gegendang telinganya. Aidan again? Kenapa tiada nama lain?

"He's not my boyfriend. Dia abang tiri aku. Nak aku ulang semula? Abang tiri. He's already with Bella." Nada suaranya semakin mengendur tatkala nama kekasih Aidan meniti di bibirnya sendiri.

"Heh, Bella? Si cina opera tu? Aku fikir dia dah berambus dah dekat situ semenjak dia buat benda bodoh tu pada kau!" Dengus Dahlia di dalam talian. Sesekali terdengar hembusan nafas kasar.

"Tak. Kau tahu kan dia tu macam mana?Malas nak bercakap pasal ni lagi. Aku dah lama lupakan kejadian tu." Tenang Medina menjawab walhal hatinya, hanya Allah sahaja yang tahu sebanyak manakah penderitaan yang dialaminya suatu ketika dahulu.

MedinaWhere stories live. Discover now