AIDAN: BELONGING 21

44 14 2
                                    

Flashback

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Flashback

Izz dan Tania memandang lama kafe yang berdiri gah ini. Tania membaca alamat yang tertera pada skrin telefon. Tidak lain tidak bukan, memang benar ini la cafe yang dinyatakan.

"Betul la ni sayang." Tania menunjukkan telefonnya kepada Izz yang mengusap dagu. Berkerut-kerut dahi Izz apabila melihat keadaan cafe itu sedikit suram. Malah, lampu juga tidak terpasang. Tak akan Medina membuat kerja dalam keadaan yang gelap pula?

"Kenapa you?" Tania menyoal. Izz menggeleng sahaja. Entah kenapa dia berasa tidak enak. Firasatnya kuat mengatakan bahawa ada sesuatu perkara yang menimpa Medina sekarang

"You tak nak masuk?"

"You masuk dulu Tania. I nak call Aidan sekejap." Tania mengangguk sahaja lalu tangannya dibawa ke pemegang pintu untuk menolak pintu tersebut.

Bagaimana dia tahu lokasi cafe tersebut?

Sudah pasti mereka berdua menemui Tengku Muiz untuk mengetahui lokasi kafe ini. Di dalam ig story Medina turut memberitahu bahawa dia berada di kafe beberapa minit yang lalu. Beberapa minit juga mereka berdua cuba memujuk Tengku Muiz untuk memberikan alamat cafe tersebut tetapi setelah dipujuk oleh isterinya, akhirnya Tengku Muiz mengalah.

Alamat diberi, dan sekarang Izz dan Tania berada di sini untuk melihat keadaan Medina.

"Medina?" Tania memanggil nama Medina bernada ceria. Sunyi. Tidak ada sebarang sahutan langsung daripada mulut ceria gadis itu.

"Medi-"

"Izz!" Tania menjerit kuat sehingga Izz yang baru sahaja mahu menelefon Aidan tersentak. Telefonnya ditutup lantas dimasukkan ke dalam kocek seluar jeans. Tania menangis lalu dia memangku kepala Medina. Dia meletakkan kepala Medina pada ribanya.

"What happen Tania?" Izz memusingkan tubuh ke belakang. Dia tidak mahu melihat keadaan Medina sebegitu. Dalam diam Izz mengetap bibirnya kuat. Siapa? Siapa yang lakukan semua ini?

"Sayang, I rasa dia kena rog-"

"No! You pakai baju dia sekarang! I tunggu, hurry up!" Tania dengan pantas menyarungkan semua pakaian Medina. Luluh hatinya tatkala melihat kesan merah dan lebam-lebam yang terdapat pada leher dan dada Medina.

"Kau memang nak main-main dengan aku ya sial? Tunggu kau." Cukup la hanya Izz sahaja yang dapat mendengar semua itu. Dia tidak mahu menambahkan lagi kekusutan.

"Sayang, I risaukan keadaan Medina. Dia memang tak bermaya time I pakai kan baju untuk dia tadi. I... Takut." Tania menangis di dalam dakapan Izz. Izz hanya memberikan keluhan berat. Sejujurnya, dia sudah menganggap Medina sebagai adik kandungnya.

Jadi, kesedihan yang Tania rasa turut Izz rasakan juga. Siapa sahaja yang tidak bersedih? Lelagi Medina ini merupakan seorang yang penceria dan peramah orangnya.

MedinaWhere stories live. Discover now