Final Part 2

566 24 4
                                        

Eify POV

Pemergian Mama sangat memberi kesan dalam hidupku. Aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang walaupun Mama bukan orang tua kandungku. Kali terakhir aku bertemu Mama sebelum dihospital Mama memberikan sepenuh tanggungjawab 'Rumah Kita' (rumah anak yatim tempatku membesar) kepadaku.

Marta! Ini semua kerja Marta!

Aku meminta Que untuk menjaga Mel semasa aku tidak bersamanya. Aku tahu Mel juga berasa sedih dengan pemergian Mama tapi ada yang perlu aku selesaikan. Sebelum semua orang yang aku sayang dapat nasib yang sama macam Mama. Terutamanya isteriku, Mel.

Pada malam selepas Mama meninggal, aku mengambil keputusan untuk berjumpa sendiri dengan Marta.

"Kau nak ke mana bro?" Kata Fin yang sudah berada di atas motor.

"Ada hal." Aku menjawab

"Aku ikut!" Kata Fin serius.

"Not this time bro." - aku

"Kau nak pergi sorang-sorang jumpa Marta?" - Fin

Aku terhenti seketika. Susah berahsia dengan Que dan Fin. Mereka seperti tahu semua rancanganku. Fin tidak akan membiarkan aku pergi berseorangan.

"Not this time bro, sorry!" Sambung Fin

Lama aku merenung Fin dan mengangguk setuju.

"Aku bawa motor sendiri, kalau jadi apa-apa nanti aku nak kau lari! Faham?" - kataku tegas.

Fin tidak menjawab soalanku malah terus memakai topi keledarnya.

"Jom baby!" Kata Fin sambil tersengeh.

----------------------------------------------------------------

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

----------------------------------------------------------------

Kawasan Marta

Aku dan Fin berhenti di hadapan kawasan rumah Marta. Rumahnya dikawal ketat oleh orang-orang Marta. Kami turun dari motor dan menuju ke arah pagar rumahnya.

"Nanti." Salah seorang orang Marta menahan kami.

Fin mengeluarkan pistol sambil memandangku. Dia seperti memberi isyarat kepadaku untuk masuk. Orang-orang Marta juga mengeluarkan senjata mereka dan mengacu kearah Fin.

Gila Fin! Langsung tak takut. Aku terus mendekati Fin dan merenung sorang demi sorang orang Marta yang berada disitu.

"Aku nak jumpa Marta." Kataku serius

"Kau siapa?" Salah seorang bersuara.

"Kau ni mesti budak baru kan? Bos tua kau pun kenal ketua Gunners" Kata Fin sambil tersengeh.

MY SILENT PROTECTORTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang