Final-Part 1

654 32 3
                                        

~Hospital~

Mel POV ~

"Dannnn.." Aku memanggil Dania yang sedang bercakap dengan beberapa jururawat.

"Babe .." - Wajah Dania kelihatan sedih. Aku mula rasa tak sedap hati.

"Mama Eify okay ke?"- Mel

Dania hanya diam lalu menggeleng perlahan kepalanya. Air mata yang aku tahan dari tadi jatuh ke pipi.

"Mel.. " Suara Que tenang cuba menenangkanku.

"I nak jumpa Mama Dan.." - Mel

"Boleh dear. Eify dengan seorang perempuan dekat dalam" - Dania

Aku hanya mengangguk.

Mereka membiarkan aku untuk masuk ke dalam bilik yang ditempatkan untuk Mama. Aku membuka pintu perlahan ingin masuk.

"Eify janji dengan Mama jaga Rina dan adik adik." - perlahan suara Mama. Walaupun satu satu perkataan keluar, tapi Mama berusaha menghabiskan ayatnya.

Eify hanya senyap sambil menggenggam tangan Mama.

"Mama.. jangan tinggalkan Rinaaa"- Rina menangis teresak-esak sambil tunduk dilengan Mama. Perlahan Eify mengusap kepala Rina.

Niatku tadi untuk menjenguk Mama terhenti. Kenapa aku muncul? Ini semua salah kau Mel. Kalau kau tak lari dari Marta semua ni takkan jadi. Kalau kau tak kahwin dengan Eify Mama tak akan jadi macam ni. Aku menutup semula pintu dan melangkah keluar.

"Mel.." - Que mendekatiku.

"Que ..." - Aku pandang wajah Que lama.

"It's okay, masuk bila Mel dah ready okay" kata Que tenang.

Dania memeluk aku sebelum masuk ke dalam bilik tadi.

Tiba-tiba pintu terbuka. Eify keluar dari bilik dan melihat aku didepan pintu. Mesti Eify marah sebab aku tidak dengar arahannya untuk tunggu dia balik.
Tapi sangkaanku salah, Eify terus menuju ke arahku dan memelukku erat.

 Tapi sangkaanku salah, Eify terus menuju ke arahku dan memelukku erat

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Terima kasih datang sayang, I need you .." - kata Eify dengan suara yang sedih.

"I'm here Eify." - Mel

Rina keluar dari bilik dan melihat aku dengan Eify.

"Puas hati kau Mel?" - Rina

Eify melepaskan pelukannya dan berpaling ke arah Rina.

"Rin, tolong hormat Mel macam mana Rin hormat Eify"- kata Eify tegas.

Aku rasa terharu bila suamiku cuba mempertahankanku. Tapi dalam masa yang sama aku faham perasaan Rina dan dia berhak berkata begitu terhadapku.

MY SILENT PROTECTORTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang