Part 1

3.9K 77 1
                                    


Iman Aulia senyum sampai ke telinga. Aiskrim Baskin Robbin ditangan kanannya dipandang sekilas. Gembira sungguh hatinya. Sudah sebulan lebih dia tidak merasa aiskrim kegemarannya itu. Maklumlah, sebulan berpuasa. Terpaksa juga dia berpuasa dari makan aiskrim kegemarannya itu. Sedang dia berjalan untuk keluar dari shopping mall, badannya yang kecil molek itu dilanggar seseorang.

            “Ya Allah. Woi, tak nampak orang ke ha?! Badan aku punya besar ni tak nampak. Jalan pakai lutut ke? Habis baju aku kotor!” Aqil Darwisy mengibas baju kemejanya yang kotor kerana terkena aiskrim gadis di hadapannya. Geram sungguh hatinya. Dahlah geram dengan ex-girlfriendnya, Elina yang tak habis-habis mengejarnya. Sekarang bajunya pula kotor terkena aiskrim. Dia sudah lambat untuk ke pejabat. Nak balik rumah tukar baju lagi sudah satu hal. Dia mengambil sapu tangan dari poket seluar slacknya dan mengelap bajunya tanpa melihat gadis yang melanggarnya.

            “Hish, semak betul. Satu-satu masalah datang. Bla.. bla.. bla..” Aqil membebel sendirian.

            Iman terasa mahu menangis. Bukan kerana dijerkah di hadapan orang ramai tapi kerana aiskrim kegemarannya sudah jatuh ke lantai. Matanya yang bergenang dengan air mata memandang sayu aiskrimnya itu.

‘Aiskrim aku wehh..’ lirihnya. Tsk tsk tsk.. Hailaa macam ni lah kalau anak manja. Sikit-sikit menangis.

            Aqil hairan. Mengapa gadis di hadapannya itu diam sahaja, sedangkan kalau orang lain mesti sudah membalas. Yelah, aiskrimnya jatuh menyembah bumi, takkan tak marah kan? Aqil mengangkat kepala.

‘Allahu, bidadari ke ni?’ Aqil terpana dengan kecantikan gadis bertudung di hadapannya itu. Kecil molek, wajah putih melepak, kening yang sedikit lebat terukir cantik, hidung kecil yang mancung, bibir mungil dan merah tanpa secalit gincu. Comel.  Mata gadis itu memandang sepi aiskrimnya yang jatuh itu. Timbul rasa bersalah dalam hati Aqil kerana menjerkah gadis comel itu di hadapan orang ramai.

           “A.. awak. Sa.. Saya minta maaf. Saya tak bermaksud nak marah awak,” Aqil teragak-agak mendekati gadis itu. Wajah gadis itu ditatap. Dia terpaksa menundukkan badannya sedikit kerana gadis itu hanya paras dadanya sahaja. Alahai, mesti comel kan. Allahu. Aqil serba salah. Dia dapat lihat mata gadis itu sudah bergenang dengan air mata.

           “Aw.. Awak, saya minta maaf. Saya yang salah, jalan tak pandang depan. Saya nak cepat tadi. Ada meeting,” haa sudah.. Aqil terpaksa mengaku kesalahannya. Memang salah dia pun kerana jalan tergesa-gesa. Ni sebab nak lari dari Elina lah tadi. Haisy. Aqil mengeluh dalam hati.

Iman mengangkat wajahnya memandang lelaki yang melanggarnya. Dia sedaya upaya menahan air matanya dari mengalir. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia menangis bergolek-golek di situ. Manakan tidak, aiskrim kegemarannya sudah jatuh ke lantai. Dah tak rupa aiskrim dah pun. Huuu.. Sebak hatinya.

Aqil terpana lagi. Subhanallah. Ini anak patung ke manusia? Nampak macam kucing pun ada. Matanya tajam memandang mata cantik kepunyaan gadis itu. Mata yang bulat, bulu mata yang hitam lebat dan.. Dan yang paling cantik, mata gadis itu berwarna biru. ‘Contact lense ke?’ fikirnya. Mereka berpandangan.

           “Hei, kau ni sape?” tiba-tiba tubuh Iman ditolak seseorang. Mujur badannya tidak jatuh menyembah lantai dingin shopping mall itu.

Aqil kaget melihat Elina di sebelahnya yang telah menolak gadis comel itu.

           “Elina, apa you buat ni?!” Aqil menolak sedikit badan Elina. Dia dapat melihat gadis comel yang dilanggarnya tadi turut kaget.

Encik Kasanova & Cik SweetheartWhere stories live. Discover now