Part 10

1.8K 42 0
                                    

“BABY.”

“Hm?” kertas lakaran bersepah di atas meja kerjanya di dalam biliknya. Tangannya laju melukis lakaran kasar.

“Baby buat apa tu?” tanya abangnya, Afiq Afwan.

“Tengah bergolek atas katil. Tak Nampak ke?” sinis.

“Baby busy ke?”

“Tak busy pun, adik tengah joget-joget bergembira ni ha,” ujarnya sinis. Sudah nampak dia buat kerja, tanya lagi.

Abangnya itu terkekeh ketawa. Sudah lama dia tidak mengusik adiknya itu. Manakan tidak, dia sibuk di pejabat, adiknya pula sibuk di butik dan cafenya. Dia juga tahu konflik yang melanda adiknya dan sahabat baiknya, Aqil Darwisy. Pening dia ingin melayan sahabatnya yang sering mengunjunginya di pejabat kerana hanya ingin bertanyakan perihal Iman Aulia. Iman Aulia pula pantang jika nama Aqil Darwisy disebut. Anti betul adiknya dengan sahabatnya itu.

“Abang nak apa? Kalau just nak kacau adik baik tak payah,” ujarnya malas. Dah la kerjanya banyak sehingga terpaksa membawanya ke rumah. Ni abangnya pula mahu mengacaunya. Aku cepuk kang jap lagi.

“Ala, baby ni. Time weekend pun busy buat kerja ke? Jomlah keluar jalan-jalan. Abang bosan la duduk dalam rumah ni tak buat apa,” ujar Afiq Afwan memujuk.

“Kalau bosan abang buat la apa-apa, main game ke, baca buku ke. Tak pun tolong ibu dengan Bik Santi tu kat dapur ke,” jawabnya malas. Abangnya itu time dia busy baru nak mengajaknya keluar. Selalu abangnya itu yang busy memanjang.

“Adehh bosan la babyyy. Jomlah keluar. Dah lama baby tak keluar dengan abang. Sekali sekala jomlah kita keluar. Tengok wayang ke, jalan-jalan cari makan ke,” pujuknya lagi.

Iman Aulia julingkan mata. ‘Selalu aku ajak dia je yang tak nak. Busy memanjang. Hari ni mengada nak pujuk-pujuk dia pulak. Ada jugak yang makan tapak kaki jap lagi,’ monolog Iman Aulia.

“Adik, jomlahhhh~”

‘Hisy, orang tua ni. Aku cepuk jap lagi kang,’bisik Iman rimas.

“Hisy yela, bagi adik tukar baju dulu,” Iman Aulia terpaksa mengalah. Kang tak pasal-pasal sampai esok abangnya itu mengacaunya. Keluar sesekali hilangkan stress apa salahnya kan?

“Yahooo.. Ok cun! Nanti abang tunggu kat bawah. Hihihi,” tangannya laju menyerabutkan rambut adiknya kemudian terus berlari keluar dari bilik itu.

“Eiii bencilah abang ni! Haihh tak padan dengan tua. Mengada-ngada. Siapa tah yang nak kat kau ni bang. Kesian bakal kakak ipar aku nanti,” omel Iman Aulia sendiri. Eleh kau Iman, cakap orang. Kau sama je 2x5 mengada. Huhuhu


“Kita nak tengok cerita apa abang?”

“Emm entah, abang main ambik je tiket yang kawan abang bagi. Kawan abang belanja,” Afiq Afwan sengih.

“Aik? Abang biar betul. Bak sini tiket tu,” ujarnya. Tiket bertukar tangan.

“Air Force The Movie? Woww, ok jom. Kita beli popcorn dulu,” tangannya menarik tangan Afiq Afwan.

Afiq Afwan sengih. Adiknya itu memang suka cerita aksi-aksi begini. Lagi-lagi cerita zombie. Entah apa yang menariknya cerita orang makan orang itu. Ngeri ada la. Dia melihat adiknya yang tersenyum suka itu. Tidak mengapalah janji adiknya gembira. Thanks to ‘someone’ yang dan sponsor tiket wayang itu. Hehehe


“Ha, suka? Best?” tanya Afiq Afwan setelah movie itu habis.

“Suka, best tu boleh la,” jawab Iman Aulia lantas memberi komen tentang cerita itu.

“Abang, laparrr,” adu Iman Aulia. Tangannya menyentuh perut yang sudah berbunyi dangdut itu. Comel. Dengan mata yang bulat, bibir mungil yang cemberut itu. Pasti ramai yang tertawan. Lihat sajalah mata-mata lelaki gatal yang memandang adiknya sejak mereka menjejakkan kaki ke mall itu. Dasar! Mana la sahabatnya, Aqil Darwisy tidak cemburu. Kadang dia pun pusing dengan sikap posesif sahabatnya itu.

Sebenarnya Aqil Darwisy sudah menceritakan dan meluahkan rasa hatinya tentang Iman Aulia kepada Afiq Afwan. Dan juga niat hatinya untuk menghalalkan Iman Aulia. Dengan kata lain, ingin memperisterikan Iman Aulia. Sekarang ini hanya perlu persetujuan Iman Aulia sahaja. Dia tahu sahabatnya itu tulus mencintai Iman Aulia dan dia percaya, jejaka itu mampu membahagiakan adiknya yang manja tapi keras kepala itu. Tapi yang menjadi masalah sekarang ini bagaimana ingin membuat Iman Aulia setuju dengan lamaran sahabatnya itu. Afiq Afwan buntu.

“Ok jom, kita makan,” mereka berjalan beriringan menuju ke restoran terdekat.


“Assalamu’alaikum, bro,” sedang menjamu selera, mereka disapa satu suara.

Dup dap dup dap.. Siapa yang datang tu gaiss???? Aqil Darwisy kah? Hihihi


OK, pendek je chapter ni. Sengaja. Hohoho



Encik Kasanova & Cik SweetheartWhere stories live. Discover now