Part 22

1.8K 53 2
                                    

Pejam celik pejam celik, dengan satu lafaz sahaja Iman Aulia telah sah menjadi isteri kepada Aqil Darwish.

Pintu bilik yang telah dihuninya sejak 2 minggu lepas dibuka perlahan. Dia mengambil nafas dalam. Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik yang sudah dihias indah itu. Bilik Aqil Darwisy atau lebih tepatnya bilik Aqil Darwisy dan biliknya. Punggungnya dihempas di hujung katil. Tangannya naik memicit bahunya yang terasa sengal. Badannya terasa lenguh dan penat kerana berhempas pulas mempersiapkan pernikahannya yang dirasakan terburu-buru itu. Yalah, 2 minggu sahaja masa yang ada untuk dia melakukan persiapan. Selamatlah keluarga mertuanya banyak menolong, begitu juga dengan ibunya, Puan Sarimah. Suaminya, Aqil Darwisy pula menjadi bank bergerak. Beritahu sahaja apa yang kurang, senang sahaja tangannya menghulur duit. Mengingat suaminya itu, dia tersenyum. Suami? Tidak sangka dia akan berkahwin dengan cinta pertamanya. Pernikahannya dilangsungkan sederhana di rumah keluarga Aqil Darwisy, sesuai dengan kehendaknya. Hanya ahli keluarga dan sahabat terdekat sahaja yang dijemput. Dipihak Iman Aulia pula, hanya ibunya dan pekerja-pekerjanya sahaja. Afiq Afwan? Tidak dijemput. Dilarang keras oleh Iman Aulia untuk menjemput abangnya itu walaupun mendapat bantahan dari Aqil Darwisy dan ibunya. Keras betul hatinya untuk memaafkan abangnya itu.

Dia mengeluh panjang. Teringat kejadian selepas dia hampir dilanggar. Ingin meminta maaf? Entah, dia tidak tahu bagaimana. Selepas peristiwa itu lelaki itu selalu dingin dengannya. Nak bercakap dengannya pun hanya melalui aplikasi Whatsapp. Fitting baju nikah pun asing-asing. Selamat ada kakak iparnya yang sering menemaninya. AQil Darwisy? Busy dengan kerja dipejabat. Katanyalah. Iman Aulia hanya pasrah. Ibu mertuanya pula menyuruhnya bersabar. Entahlah dia mahu bersabar macam mana lagi. Serupa dia seorang sahaja yang beriye melakukan persiapan nikahnya.

Selepas akad nikah siang tadi pun suaminya itu dingin dengannya. Ditinggal dirinya makan sendirian kerana suaminya itu sibuk melayan saudara maranya yang datang. Sedih tu sedih la juga. Malu dirinya apabila saudara mara suaminya itu memandangnya dengan pandangan pelik. Yalah, orang lepas nikah makan dengan suami tapi dia? Makan dengan kerusi kosong kat sebelah. Sumpah tak lawak okay! Namun segera ditepis perasaan itu. Malas mahu melayan perasaan, dia bangun menuju ke bilik pakaian yang menempatkan pakaiannya dan pakaian suaminya. Diambil baju tidurnya seraya melangkah masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

Selepas beberapa minit, pintu bilik air terbuka. Matanya memandang AQil Darwisy yang sibuk dengan ipadnya di atas katil. Pakaian suaminya itu sudah ditukar. Mungkin dia mandi di bilik sebelah. Dia tahu suaminya sedar akan kehadirannya di situ namun lelaki itu tidak mengendahkannya. Merah mukanya menahan geram. Tuala disidai diampaian. Kakinya melangkah ke meja solek untuk melakukan aktiviti skincarenya yang menjadi rutin setiap malam sebelum tidur.

Selesai memakai skincare dan lotion, dia berura-ura mahu melangkah ke katil. Dia mengetap bibir. Di mana dia mahu tidur malam ini? Ingin tidur di sebelah suaminya itu namun dia takut. Teringat sikap dingin suaminya itu. Lagi pun dia sakit hati. Tak ingin dia berhadapan dengan lelaki yang kejap okay kejap tak okay itu. Sekarang ni pun dia seperti tidak wujud di dalam bilik itu. Ingat dia tunggul agaknya. Sampai hati suaminya itu.

'Hmm sofalah,' monolognya. Langkahnya diberanikan menuju ke sisi katil. Bantal diambil dan mahu dibawa ke sofa.

"What are you doing, Iman Aulia?" tiba-tiba suara suaminya kedengaran kuat.

Iman Aulia menelan air liur kesat.

" T.. tidur," jawabnya takut-takut.

"Where?!" tanya suaminya lagi.

"Sofa," Perutnya sudah kecut.

"What? Don't you dare! Come here!" suara AQil Darwisy melengking kuat.

"T.. tak nak," ujar Iman Aulia perlahan.

Encik Kasanova & Cik SweetheartWhere stories live. Discover now