Part 40

1.4K 31 0
                                    

"Lepaslah! I tak nak.. Lepas.." badannya yang digendong dibahu suaminya sudah kehilangan tenaga. Kepalanya semakin berputar. Bila-bila masa sahaja dia boleh muntah.

"Let's me go, AQil. Please.." rayu Iman Aulia. Suaranya sedikit serak kerana banyak menangis di dalam kereta.

AQil Darwisy terpaksa menggendong tubuh isterinya kerana isterinya mahu melarikan diri selepas keluar dari keretanya. Selamat bodyguardnya mengawal pintu pagar.

"Ken, open the door!" kata AQil Darwisy kuat.

Tanpa berlengah, bodyguardnya itu membuka pintu utama.

Dia membawa isterinya masuk ke dalam rumah besarnya itu. Lift dituju.

"AQil! Put me down!" jerit Iman Aulia. Namun hanya sia-sia.

Dia membuka pintu bilik mereka kemudian menurunkan tubuh isterinya.

"Now, rest," ujarnya tanpa nada.

Cecah sahaja kakinya ke lantai, Iman Aulia menolak tubuh suaminya lalu berlari ke arah tandas.

"Iman!" jerit AQil Darwisy. Dia mengikuti tubuh isterinya.

"Uwerkk!"

Hanya angin sahaja yang keluar kerana dia kurang makan dari kemarin. Pagi tadi pun dia tidak berselera.

AQil Darwisy menghela nafas. Timbul rasa kasihan melihat keadaan isterinya itu. Dia menghampiri tubuh isterinya. Belakang isterinya ditepuk perlahan.

Merasakan tepukan perlahan di belakang badannya, dia menepis. Dia tidak mahu dekat dengan suaminya itu. Dia takut, marah, sakit hati. Semua bergabung menjadi satu.

Tubuhnya terjatuh longlai di tepi mangkuk tandas.

"Sayang larat tak? Bie angkat?" ujar AQil Darwisy. Lengan isterinya ditarik.

"Don't touch me!" tangan suaminya ditepis.

"Sayang.. I'm really sorry, okay? Bie tak ada niat nak.."

"Stop! Leave me alone!" Jeritnya perlahan. Matanya sudah sembab kerana banyak menangis.

"Sayang, please.." pujuknya lagi.

"You tak dengar ke? Pekak?! Go!" dia tahu dia sudah banyak berdosa kepada suaminya itu. Namun dia tidak mahu dekat dengan suaminya itu ketika ini.

"Sayang.."

"I said, go!" Iman Aulia ketap bibir. Menahan esakannya dari keluar.

"I just nak tolong you kan?" AQil Darwisy mengetap bibirnya geram. Geram dengan penolakan isterinya itu.

"I can handle this. Just go!" halau Iman Aulia.

AQil Darwisy menghembus nafas kasar.

"Fine! Degil! You pandai-pandai la bangun sendiri!" ujar AQil Darwisy geram.

"I will. I didn't need your help anyway," kata Iman Aulia perlahan.

"You ni!" rahang isterinya dicengkam. Sabarnya semakin menipis. Melihatkan sikap isterinya dari semalam sehingga ke saat ini mencabar ego dan kesabarannya sebagai suami. Dia tahu isterinya terluka dengan kata-kata dan kekasarannya. Namun isterinya itu yang membuat dia berkasar. Isterinya itu yang degil, berfikiran negatif dan menuduh membuta tuli.

Iman Aulia memandang berani, tepat ke mata suaminya. Matanya jelas mengatakan, 'hurt me if you dare!'

AQil Darwisy membalas tatapan isterinya. Mata indah isterinya jelas kelihatan lelah, terluka, takut dan bermacam emosi. Seperti tersedar dia melepaskan rahang isterinya. Kemudian dia keluar dari tandas itu.

Encik Kasanova & Cik SweetheartWhere stories live. Discover now