Part 3

2.1K 62 1
                                    


Iman Aulia melangkah masuk ke dalam butik Muslimahnya yang serba mewah itu. Butiknya itu sentiasa dikunjungi ramai pelanggan. Manakan tidak, di ruang sebelah terdapat sebuah café. Nak kata café, macam restaurant pun ada, di sebelah pula menempatkan pakaian-pakaian butiknya. Lepas makan boleh shopping. 2 in 1 gitu. Pekerja-pekerja yang sedang mengemas disapa dengan senang hati. Kerana itulah dia disenangi oleh pekerja-pekerjanya.

            “Morning cik Iman. Cantik hari ni,” tegur Haris, ketua chef  di cafenya.

            “Morning. Amboi Haris, hari ni je ke saya cantik? Hari lain tak cantiklah?” Iman sengaja ingin bergurau dengan Haris. Sudah biasa dengan kata-kata manis Haris yang terlebih gula itu.

            “Hehehe. Hari-hari cik cantik. Tapi hari ni terlebih cantik pula. Ada apa-apa ke?” balas Haris sambil tersengih.

            “Haha. Ada-ada jelah awak ni Haris. Saya masuk dulu,” Iman lantas berlalu ke officenya. Tidak betah bercakap panjang lebar dengan Haris. Bukan dia tidak tahu, jejaka itu sudah lama syok padanya.

“HEI, I nak jumpa boss you sekarang! Macam mana dia ada pekerja macam kau orang ni?!”

            Suara bising dari luar mengganggu Iman Aulia yang sedang membuat kerja di dalam office. ‘Hisy, mengganggu betullah. Aku nak buat kerja pun susah,’ omel Iman lantas keluar.

“Kenapa ni Sara, Fatin?” tanya Iman setelah melihat pekerjanya-pekerjanya tunduk menekur lantai di hadapan seorang wanita ‘miskin’ yang sedang bercekak pinggang.

‘Huih, spesis yang aku paling anti,’ monolog Iman.

“Cik Iman, cik ni..”

“Hah, you ni ke bos dia orang ni?” belum sempat Fatin ingin menjawab pertanyaan Iman, perempuan itu sudah memotong.

“Ye saya, kenapa ye cik?” jawab Iman sopan. Customer kan, kenalah layan baik-baik.

“Ni, I nak dress yang sesuai dengan I untuk ke majlis malam ni. But, guess what? Pekerja-pekerja you ni bagi I apa? Dia orang bagi I jubah yang macam ustazah-ustazah and orang-orang tua selalu pakai tu. Hei, apa class! Ingat I ni orang tua ke?! I tak pandanglah baju-baju yang besar gedabak plus tertutup-tutup macam tu,” tengking perempuan itu.

“What?” Iman melopong. Dia pandang Sara dan Fatin silih berganti. Mereka hanya angkat bahu dan menunduk. Dia tidak marahkan pekerjanya, tapi tangannya terasa mahu menghempuk dahi pelanggan mulut celupar itu. Dadanya diusap perlahan. Sabar.

“And I rasa fesyen baju-baju dalam butik you ni ketinggalan zamanlah. Siapalah yang reka ni? Macam manalah you nak berjaya kalau jual baju yang macam ni. Tak ada class,” sambung perempuan itu tanpa bertapis.

‘Perrgghh. Mulut memang tak ada insurans perempuan ni. Kau pernah tak makan kasut saiz 6? Pantang nenek moyang aku ada orang cakap macam ni. Baju ni aku yang design lah!’ monolog Iman.

Iman berdehem.  “Cik, I rasa cik dah salah kedai. Cik tak baca ke nama butik ni sebelum masuk tadi? IA Boutique Muslimah kan?Atau mata cik pun buta macam hati cik ni?” Hah, hamek kau! Keluar dah I, you dia.

“Ha?” Giliran perempuan itu pula yang melopong.

“Untuk pengetahuan cik, butik ni butik Muslimah. Dan untuk pengetahuan cik lagi, baju yang besar gedabak dan tertutup tu lah yang akan menyelamatkan badan kita dari dijilat api neraka di Akhirat kelak. Tapi kalau badan cik ni dah kebal sangat dari api, tak tahulah,” tambah Iman.

Zappp!! Sentap enggak? Sentap enggak? Sentaplah, masa enggak. Hahaha

“You..!” Perempuan itu sudah menuding jari ke muka Iman. Tangan kiri menekan smartphone.

“You what cik?” kata Iman selamba.

“Kau tunggu jap! Nanti boyfriend aku sampai siaplah kau. Dengan butik-butik ni dia beli,” kata perempuan itu.

“Oh, yeah! Kalau I pula dengan boyfriend you pun I boleh beli,” balas Iman sambil memeluk tubuh. Sara dan Fatin sudah ketawa geli hati.

Tiba-tiba seorang lelaki datang dari arah belakang perempuan itu.

“Min, asal ni? I tengah makan kat sebelah. You dah habis shopping belum ni?” ujar lelaki itu.

“Cicak kobeng!” Iman sudah melopong. Lelaki itu juga kaget melihat Iman.

“Who’s cicak kobeng? You, tengok ni. Dia orang buli I! I nak you beli butik ni sekarang jugak, biar padan muka dengan dia orang ni!” bentak perempuan yang dipanggil Min itu.

Iman kaget. Berapa ramai teman wanita lelaki yang bernama Aqil Darwisy ini. Baru sebulan dia sudah ada pengganti ex-girlfriendnya yang sebelum ini. Hebat!

‘Dasar buaya darat! Hampir saja aku jatuh hati dengan kau, cicak kobeng! Kalau cicak kobeng ni, bagi free pun aku tak nak!’ Dia teringat kata-kata abangnya, Afiq. ‘Baik ye bang, inilah wajah sahabat baik kau bang. Baikkk sangat! Huh!’ bentak Iman di dalam hati.

Iman berdehem.

“E’eh, suka suki je nak beli butik orang. You ingat, butik I ni boleh dibeli dengan duit? You bagilah bermillion dolar pun I tak kan jual butik ni! Kalau nak, langkah mayat I dulu,” Iman sudah hilang sabar.

“Well, Encik Aqil Darwisy. I rasa girlfriend baru you ni tersalah masuk kedai,” perkataan ‘girlfriend baru’ itu sengaja ditekan geram. Aduhh sakitnya tu di sini. Tak jadilah aku nak jadikan kau bakal suami aku. Huhuhu menyempat kau Iman. Hahaha

“Girlfriend you ni lebih prefer baju ahli neraka dari ahli syurga.”

And then? Masing-masing melopong. Hambek kau!

"Iman, okay look. I'm so sorry on behalf my friend here, okay?" ujar Aqil merenung gadis comel itu.

Sebenarnya sengaja dia datang ke cafe itu semata-mata ingin berjumpa Iman. Rindunya terhadap gadis bermata biru itu membuak-buak. Kebetulan malam ini anniversary syarikatnya, papanya ingin membuat doa selamat. Min a.k.a Shazmin pula merupakan anak kepada rakan papanya. Dia terpaksa membawa gadis itu sekali atas desakan papanya. Menurutnya, gadis itu mahu membeli pakaian untuk doa selamat malam ini. Aqil terpaksa bersetuju walaupun rimas dengan gadis itu. Dia tahu gadis itu menaruh hati kepadanya, no, paling tepat, hartanya. Namun Aqil hanya bo layan.

"What?? Friend? Apa you ni? I girlfriend you lah!" tengking Min. Haila minah ni, boleh pekak orang dengar pekikan kau la.

"Shazmin! Can you shut up?! Your voice makes me sick!" Aqil geram.

"Wha.. what??" Shazmin terkejut. Sampai hati Aqil menjerkahnya.

"Majlis malam ni doa selamat! Bukan club! Sebab tu I bawa you ke butik muslimah!" jerkahnya. Bukan dia tidak tahu kehidupan gadis itu bagaimana. Tiap malam clubbing, mabuk dan bertukar-tukar pasangan. "Go! Now!!" sambungnya.

"You.. You, I bagitahu papa you! Huuu," kaki dihentak sebelum berlari keluar. Aqil hanya membiarkan.

Iman Aulia yang memerhati babak itu hanya diam. Drama sungguh. Tak sempat grab popcorn. Hihihi

"Iman, I'm so sorry for that?" panggil Aqil.

Iman memandang wajah kacak lelaki itu. Dia menghela nafas.

"Hmm sokay, I guess," Iman angkat bahu. Dia malas mahu memanjangkan cerita.

"Hmm.. maybe I have to go now," ujar Aqil menggaru belakang kepala yang tidak gatal. Dia keberatan untuk keluar dari butik itu, untuk meninggalkan gadis itu. Dia mahu menatap wajah gadis itu dengan lama lagi.

"Hmm okay ," Iman memandang lantai. Malu dengan renungan mata jejaka itu.

"Oh, by the way, that's not my girlfriend. See you soon, babe," ujar Aqil sambil mengenyit mata sebelum menghilang disebalik pintu butik itu.

Iman hanya melopong. Pipi memerah. Malulah tu Iman. Hell no!

Encik Kasanova & Cik SweetheartWhere stories live. Discover now