The End

2.4K 44 6
                                    

"Emirr... Sini sayang, mama suap," panggil Iman Aulia.

Emir Althaf yang sudah setahun 3 bulan itu berjalan terkedek-kedek berpusing ke belakang sebelum berpusing semula menjauhi mamanya. Biasalah, budak dah dapat kaki.

 Biasalah, budak dah dapat kaki

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Emir Althafff.. mama panggil ni.." panggil Iman Aulia lagi. Sudah penat dia memanggil anak lelakinya itu namun anaknya itu masih tidak mendengar panggilannya. Dia menggeleng kepala melihat badan montel itu berjalan ke arah pintu utama.

Klakk

"Assalamu'alaikum.."

"Wa'alaikumussalam.." jawab Iman Aulia. Hmm patutlah anak lelakinya itu tidak melayannya. Rupanya suaminya balik untuk makan tengahari. Pandai anaknya itu menyambut kepulangan papanya.

"Pappaa.." tangan gebu itu tergawang-gawang di udara.

"Hey, my boy.." AQil Darwisy mengangkat dan mendukung anaknya itu. Pipi montel anaknya dicium bertalu-talu. Geram melihat pipi merah itu. Anaknya itu mengekek kegelian.

"Sayanggg.." kaki panjangnya melangkah mendekati isterinya di meja makan. Anak lelakinya diturunkan. Tubuh isterinya dipeluk dan dahi isterinya dikecup.

"Hari ni macam mana? Sayang penat tak? Emir ada buat hal ke?" tanya suaminya. Soalan yang tidak jemu ditanya oleh suaminya setiap hari. Suaminya itu tidak mahu dia penat kerana menjaga anak mereka. Baginya, walaupun berasa agak penat namun dia lebih selesa menjaga anaknya sendiri tanpa mengupah pengasuh. Lagi pula, orang gaji mereka boleh melihat-lihat anaknya jika dia sibuk di dapur.

"Anak Bie ni la, tak nak dengar mama dia panggil. Sayang nak suap dia pergi lari pula," adu Iman Aulia.

"Mammam.." anaknya itu menunjuk makanannya di atas meja.

"Ha tengok, Bie sampai baru ingat dengan makanan dia. Takut kena bebel dengan Bie lah tu. Pandai eh?" Iman Aulia memuncung.

AQil Darwisy tergelak kecil.

"Anak papa ni kenapa tak dengar cakap Queen papa ni? Nak kena ke em?" AQil Darwisy memandang ke bawah, pura-pura marah.

"No no no," telunjuk kecil itu tergawang-gawang di udara.

"Mamamama.." tangannya tergawang-gawang meminta Iman Aulia mengambilnya.

"Tak nak, mama merajuk," Iman Aulia memeluk tubuh.

"Ha, ayokkk.. Mama merajuk dah tu. Siapa nak pujuk ni?" ujar AQil Darwisy mengusik anaknya.

"Ma..ma.. chup.. chup.."

"Eh, tak boleh. Papa je boleh kiss mama. Mmuahhh!" AQil Darwisy mengucup pipi isterinya. Pandai eh budak kecil itu mahu membodek isterinya itu. Buat salah baru nak kiss bagai. Amboiii dia...

"Pappa.. chup chup.." anaknya itu menarik-narik seluar slacknya.

"Tak boleh.. Emir tak boleh chup chup mama. Mama papa punyaa.." usik AQil Darwisy memeluk isterinya pula. Sengaja menjauhkan isterinya itu dari anaknya. Emir Althaf pula terkedek-kedek mengejar mama dan papanya.

Encik Kasanova & Cik SweetheartWhere stories live. Discover now