Part 34

1.3K 30 4
                                    

"Abang?"

"Ye sayang?"

"Ye baby?"

Panggilan Iman Aulia dijawab serentak.

Erk? Iman Aulia memandang kedua lelaki di hadapannya yang sedang memandang antara satu sama lain bersama kerutan di dahi. Seorang suami, seorang abang. Ah sudahh. Panggil abang dua-dua menyahut payah juga. Tapi selepas beberapa saat, Iman Aulia tersenyum jahat. Revenge time!

Iman Aulia melangkah menghampiri sofa yang diduduki kedua lelaki itu. Suaminya duduk di sofa berkembar manakala abangnya di sofa single.

"Sayang?" AQil Darwisy mengangkat tangan menggamit isterinya itu untuk duduk bersamanya. Namun Iman Aulia melintasinya dan menapak ke arah Afiq Afwan.

"Abang, teman adik makan mangga lagi boleh?" ujar Iman Aulia dengan muka comelnya.

Afiq Afwan memandang sekilas ke arah adik iparnya a.k.a sahabatnya. Jelas kerutan terkejut dan hampa di wajah sahabatnya itu. Ada jadi something lah ni. Sebab itu adiknya tidak melayan sahabatnya itu. Afiq Afwan terkekeh dalam hati.

"La, tadikan baru je lepas dinner. Ni nak sambung makan pelam tu lagi? Tak kenyang lagi ke baby? Nanti sakit perut baru tahu," ujar Afiq Afwan.

"Alaa tadi pun adik makan dinner tu sikit je lah. Muat lagi perut ni nak masuk mangga tu," jawab adiknya itu sambil mengusap perutnya.

"Sambung esok tak boleh ke sayang? Meh sini kat abang tengok movie ni," sampuk AQil Darwisy pula.

"Abang, cepatlahhh.." Iman Aulia menarik tangan abangnya untuk berdiri. Kata-kata suaminya tidak dihiraukan seperti angin lalu. Huh menyampah! Bukan Iman tidak perasan suaminya itu sibuk dengan phonenya. Tengok movie konon! Entah-entah movie yang tengok dia. Werkk!

"Ha ye ye, sabar kejap," ujar Afiq Afwan berdiri. Wajah sahabatnya dijeling sekilas. Sumpah kelat. Kahkah!

"Yeah! Sayang abang! Thanks abang sebab dah tolong ambikkan mangga petang tadi. Lepas tu tolong potongkan lagi. Bukan macam someone tu, mintak tolong sikit pun tak nak. Busy je dengan kerja. Baik kahwin je dengan kerja tu kan? Betul tak abang?" perli Iman Aulia dengan senyuman sinisnya. Afiq Afwan hanya tersengih cuma mendengar perlian adiknya. Nasiblah kau, AQil.

Dush!

Seperti terkena tumbukan padu di wajah AQil Darwisy ketika itu. Jelaslah isterinya itu memerlinya dan isterinya mahu membalas penolakannya petang tadi. Akhirnya dia tersedar, isterinya itu tidak melayannya sejak makan malam bersama keluarganya selepas solat Maghrib tadi. Isterinya itu hanya berbual mesra dengan ahli keluarga yang lain. Selepas makan malam dia tidak melihat batang hidung isterinya. Lepas solat Isya' ni baru nampak batang hidung comel isterinya itu. Manalah nak sedar AQil oii kalau kau duk tatang telefon pintar tu je.

AQil Darwisy mengeluh. Tangannya naik mengusap belakang kepalanya sambil melihat kepergian adik-beradik itu dari ruang tamu. Memang salahnya kerana terlalu leka membuat kerja pejabat padahal dia sudah berjanji kepada isterinya untuk tidak membawa hal kerja ke kampungnya itu. Namun dia terpaksa. Syarikatnya memerlukannya.

AQil Darwisy menuju ke pintu utama. Iphone ditangannya sebentar tadi entah hilang ke mana. Badan tegapnya disandar di pintu sambil memeluk tubuh. Terasa angin malam bertiup membuatkan tubuhnya sedikit kesejukan. Dilihat Iman Aulia tertawa bahagia mendengar celoteh Afiq Afwan. Walaupun hatinya sedikit cemburu namun dia bersyukur kerana hubungan adik-beradik itu sudah membaik seperti dulu.

Hmm terpaksalah dia memujuk isterinya itu selepas ini. Kang tak pasal-pasal ada yang tidur luar. Haila isteri.

"Ha, habis dah mangga tu?" tegur opah melihat Iman Aulia dan Afiq Afwan di muka pintu. Kelihatan keluarga itu sedang berkumpul di ruang tamu. Hanya budak Aiman tu je yang tiada. Mungkin sudah tidur.

Encik Kasanova & Cik SweetheartWhere stories live. Discover now