Part 4

2.1K 57 1
                                    


“BABY..”

            “Hmm..” Jawab Iman acuh tak acuh. Dia baru sahaja selesai berenang. Sekarang dia sedang bersantai di atas kerusi berhampiran kolam renang sambil membaca novel.

            “Adikkk” panggil Afiq lagi sambil mencuit-cuit bahu adiknya.

            “Hisy, apaan sih? Rimas tau enggak,” ha, keluar kau bahasa indon.

            “Isk, baby ni. Sampai keluar bahasa indon. Ni, Aqil nak jumpa.”

            “Hmm.. So, kenapa pun?” Iman buat endah tak endah.

            “Baby dengar tak ni?”

            “Dengarlah,” jawab Iman tanpa mengalihkan mukanya dari novel di hadapannya.

            “Oh yeah? So apa abang cakap tadi?” Afiq bertanya.

            “Aqil nak jumpa.”

            Sesaat, dua saat, tiga saat.

            “What?!” Mata Iman yang sedia bulat bertambah bulat kerana terkejut.

            “Ha, tulah. Abang cakap tadi buat dono. Tu, dia dah tunggu kat luar. Cepat tukar baju sana,” ujar Afiq.

            “Hapa?!” suara Iman naik lagi seoktaf. Afiq di sebelah menutup telinga. Adiknya ni memanglah. Haisy.. Tanpa menunggu lama, Iman berlari mencari pintu dapur.

‘Hisy, cicak kobeng ni mimpi apa datang sini? Mengacau aku tengah bersantai time cuti je lah. Adoii..’ rungut Iman.

           

WAJAH lelaki di sebelahnya dijeling. Kalau diikutkan hati mahu saja dia terjun dari kereta lelaki itu. Iman mengeluh.

‘Ni abang punya pasal. Entah mimpi apa bagi mamat cicak kobeng ni keluar berdua je dengan aku. Selalu keluar bertiga. Mana taknya, cicak kobeng ni ada je menempel bila keluar dengan abang aku tu. And tak habis-habis nak mengacau and akhirnya bertikam lidah. Kali ni entah mimpi apa abang aku tu. Memang tak sayang adik betullah. Ibu pun satu, asyik ikut je cakap abang. Huh! Dia orang tak tahu ke mamat ni buaya? Tahu tak buaya?? Diulang semula, buaya! Kalau buaya sungai tak apa, ini buaya darat tau tak? Bahaya! Eh, kalau buaya sungai lagi naya, mati jugak aku dalam kereta ni. Aik, buaya sungai mana boleh drive. Bengong gak aku ni. Wakaka,’ Iman senyum senget. Heh, sempat lagi dia merapu.

Aqil di sebelah memandang Iman dari ekor mata. Entah apalah gadis comel itu fikirkan.

           “Nak ke mana ni?” tanya Iman malas. Tidak betah dengan situasi yang krikk krikk dari tadi.

Aqil angkat bahu. Bibir ditarik senget. Sengaja mahu mengusik gadis comel di sebelahnya.

Bibir Iman sudah muncung. Kalau di sebelah ini abangnya, sudah dicubit habis-habisan. Dia mengeluh untuk sekian kali.

‘Ahh, biarlah. Malas nak layan. Baik aku tidur,’ monolog Iman. ‘Eh, tak boleh. Kang cicak kobeng ni buat apa-apa kat aku nanti, naya je. Hisy, kau ni Iman. Merepek bukan-bukan. Nauzubillah,’ kepala digeleng-geleng.

Aqil yang seperti mengerti fikiran Iman itu tergelak dalam hati. ‘Comel betul budak ni,’ ujar Aqil dalam hati.

           “Awak tidur jelah. Saya tak buat apa-apa pun. Jangan takut. Kalau jadi apa-apa pun, saya akan bertanggungjawab. Jangan risau,” kata Aqil sekadar ingin mengusik.

Zupp! Iman pandang sebelah. ‘Macam mana dia tahu apa yang aku fikir? Dia bela hantu raya ke apa?’ Iman menoleh kiri dan kanan. ‘Hii simpang malaikat 44! Lagilah aku tak nak tidur wehh.’ Iman sudah membuat muka. Aqil di sebelah ketawa geli hati.

Encik Kasanova & Cik SweetheartWhere stories live. Discover now