Part 26

1.7K 33 2
                                    

"Tuan Muda," panggil Sam, PAnya.

"Hm?" fail ditangan ditutup. Matanya naik menatap wajah PAnya.

Sam menghulur sebiji pendrive kepada majikannya.

"Sure semua complete dalam ni?" AQil Darwisy memusing-musing pendrive tersebut.

"Jack kata complete, Tuan Muda," jawab Sam.

"Okay good. Macam biasa, kau transfer duit kat dia," arah AQil Darwisy tanpa melihat kandungan pendrive tersebut kerana dia yakin dengan hasil kerja anak buahnya yang satu itu. Pendrive tersebut disimpan dipoket seluarnya.

Bunyi interkom mengejutkan mereka berdua.

"Yes Ad?" AQil Darwisy menekan interkom dari Addy, setiausahanya di luar. Dia lebih gemar bekerja dengan lelaki berbanding kaum hawa kerana sebelum ini telah ramai wanita yang bekerja sebagai setiausahanya dipecat. Sebab? Dah datang office mestilah nak kerja, yang mereka pula datang office nak menggoda boss pula. Haa mana tak kena pecat? AQil Darwisy bersikap profesional bila di officenya. Dia akan bersikap tegas dan dingin apabila bekerja dan berubah ramah apabila bersama family dan rakan-rakannya. Dan berubah gatal bila dengan isterinya. Ha tibehh

"Tuan muda? Ada orang nak jumpa," kemudian terdengar kekecohan di talian.

AQil Darwisy memandang Sam sebelum mengangkat kening sebelah.

"Hari ni Tuan muda tak ada appointment dengan siapa-siapa," Sam faham dengan pandangan itu.

"Hmm let's see siapa yang berani sangat datang tanpa diundang," ujar AQil Darwisy. Tubuhnya disandarkan di kerusi empuknya. Kaki disilang dan tangan kekarnya menyilang memeluk tubuh.

"Suruh dia masuk," dia memberi kebenaran.

Sam memandang wajah Tuan mudanya. 'Haihh siapalah yang datang tak diundang ni? Cari pasal!' fikirnya.

Klak

Tanpa salam atau ketukan dipintu, tetamu yang tidak diundang itu terus melangkah masuk ke dalam office besar milik AQil Darwisy. Wajahnya bengis.

Melihat tetamu itu AQil Darwisy mendecit. 'Ceit! Tikus ni rupanya. Entah macam mana boleh lepas dari receptionist kat bawah. Ada yang kena pecat jap lagi ni,' monolognya.

" Yoww, hello Zafran Qaider. Long time no see. Ada apa datang sini tanpa diundang?" sapa AQil Darwisy dengan senyuman sinisnya.

Zafran Qaider mendengus.

"Kau jangan buat-buat tak tahu la bangsat! Kalau kau tak kacau aku tak ada aku nak datang sini!" Jerit Zafran Qaider. Langkahnya mendekati meja AQil Darwisy. Jelas urat-urat hijau di dahi dan tangannya.

Sam yang melihat cuba menghalang lelaki itu dari mendekati majikannya. Risau lelaki itu menyerang Tuan mudanya.

AQil Darwisy mengangkat tangan ke arah Sam menandakan 'tidak mengapa'.

"Aku kacau kau? Woww, since when?" tanya AQil Darwisy tanpa gentar. Wajahnya masih dingin.

"Don't bullsh*t me lah, bodoh! Ingat aku tak tahu kau yang bakar gudang aku sebelum ni?!" meja AQil Darwisy ditumbuk. Panas hatinya melihat wajah selamba lelaki di hadapannya itu. Habis gudang dadahnya terbakar yang mengakibatkan kerugian yang sangat besar. Lebih sebulan baru dia tahu dalang disebalik kebakaran itu. Siapa lagi kalau bukan AQil Darwisy.

AQil Darwisy ketawa sinis.

"Kau ada bukti?" tanya AQil Darwisy berani. Kalau dia ada bukti pun si Zafran ni tak boleh buat apa. Nak bagi bukti kat polis, tidak mungkin. Last-last si Zafran ni yang kena cekup. Yela, gudang dadah kut. Kira baiklah AQil Darwisy just bakar. Kalau dia lapor polis, mana tak melingkup jantan ni kat penjara. Tapi tu bukan style AQil Darwisy. Style dia? Slow and steady, dia bagi musuh dia resah dulu.

Encik Kasanova & Cik SweetheartWhere stories live. Discover now