Part 30

1.7K 30 0
                                    

"Sayang? Beg laptop abang dah letak dalam kereta dah?" tanya AQil Darwisy.

Iman Aulia menjeling suaminya.

"Iman tak bawak. Abang ni nak pergi bercuti atau nak buat kerja kat kampung tu?" Iman Aulia bercekak pinggang. Orang balik kampung nak pergi bercuti, rehatkan badan dan minda tapi suaminya itu asyik fikir kerja, kerja, kerja! Dia pun bekerja juga tapi tak ada la workaholic macam suaminya itu.

"Ala sayang ni. Okay, okay. Abang tak bawak laptop tu," AQil Darwisy terpaksa mengalah. Biasalah, CEO, banyak tanggungjawab. Kadang time orang bercuti, dia pula bekerja. Kerjanya tidak habis-habis. Tak apa la, smartphonenya kan ada. Apedehal. Nanti dia sorok-sorok la buat kerja. Hihih

"Kalau abang buat kerja nanti siap lah!" ugut Iman Aulia. Jari telunjuknya diluruskan ke arah suaminya, tanda amaran.

"Iye sayang.." AQil Darwisy tersengih. Tangan isterinya dikucup. Elleh, macam la dia nak dengar. Huhu

"Okay, jom gerak. Papa, mama dan ibu nak gerak asing ke abang?" tanya Iman Aulia. Tangannya mencapai seatbelt.

"Haah, papa mama sekali dengan kak Qila. Ibu pulak dengan Pak Hadi," jawab AQil Darwisy.  Keretanya keluar dari perkarangan banglonya diikuti sebuah kereta dipandu bodyguardnya. Kali ini dia tidak membawa ramai bodyguard. Hanya dua orang sahaja yang mengikutinya. Ingin privasi katanya.

"Laa kenapa ibu tak ikut kita je?" tanyanya seperti tidak puas hati. Kenapa pula ibunya mahu dihantar Pak Hadi, driver keluarga Iman Aulia. Sedangkan ibunya boleh sahaja mengikut mereka. Musykil betul!

"Ibu kata Pak Hadi pun nak join kita bercuti kat kampung tu. Bukan selalu," AQil Darwisy menepuk-nepuk peha isterinya itu. Menenangkannya. Tangannya mengelus peha isterinya. Iman Aulia hanya membiarkan. Sudah biasa. Suaminya itu selalu memandu sebelah tangan, sebelah tangan lagi berada dipehanya.

"Hmm okaylah kalau macam tu," Iman Aulia menepis prasangka buruknya.

"Sayang janganlah fikir bukan-bukan," wajah isterinya dipandang sekilas. Tangannya mengelus kepala isterinya kemudian kembali semula ke peha isterinya. Tempat favoritenya apabila memandu.

"Mana ada. Iman saja tanya," balas Iman Aulia.

"Ni, kita ada nak stop mana-mana ke bang? Nak berkumpul dengan papa and mama ke, ibu ke?" sambung Iman Aulia.

"Tak de sayang. Kita terus jumpa kat kampung je nanti. Bukan jauh sangat kampung abang tu. Tapi nanti kalau sayang nak stop kat RnR bagitahu abang," pesan suaminya.

"Okayy.." Iman Aulia mengeluarkan Iphone miliknya. Dia melihat tangan suaminya dipehanya. Tiba-tiba dia mendapat satu idea bernas. Camera Iphonenya dibuka.

Cklik!

Dia mengambil tangannya dan suaminya. Kemudian dia membuka apps Instagram dan mengepost gambar itu di IG nya dengan caption:

 Kemudian dia membuka apps Instagram dan mengepost gambar itu di IG nya dengan caption:

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Encik Kasanova & Cik SweetheartWhere stories live. Discover now