Part 49

1.3K 32 3
                                    

Perutnya yang berbunyi dia usap. Sudah lebih sebulan kehidupannya seakan tahanan. Dia hanya diberi air secukupnya dan hanya mengharapkan belas kasih Siti yang menyeludup makanan. Itu pun hanya roti atau biskut. Kadang-kadang ada juga nasi dan lauk sedikit.

Orang gajinya itu takut dengan majikannya. Marah sungguh suaminya sehingga melarang orang gajinya memberinya makanan. Air matanya mengalir lagi. Setiap malam tidurnya tidak lena membayangkan makanan yang sedap-sedap. Orang mengandung, mestilah mengidam macam-macam. Namun dia terpaksa menahannya. Sedih sungguh hatinya. Namun salahnya juga kerana tidak memberitahu berita kehamilannya kepada suaminya. Bagaimana mahu memberitahu jika suaminya tidak pernah menjenguknya. Bila ditanya kepada Siti di mana AQil Darwisy? Siti hanya mampu menggeleng. Mungkin suaminya sibuk dengan bisnesnya.

"Anak mama okay tak dalam tu? Mama minta maaf, kalau bukan sebab mama degil, mesti anak mama dapat makan yang sedap-sedap kan?" dia mengusap lembut perutnya yang sedikit membukit. Sepanjang dia dikurung, anak dalam kandungannya itu menjadi temannya untuk berbual. Mahu bermain phone? Suaminya awal-awal sudah merampas Iphonenya. Hanya televisyen yang menemaninya.

Lebih sebulan dia dikurung di dalam bilik itu, dia mula berfikir tentang perkahwinannya. Memori-memori indah bersama suaminya berlegar-legar dimindanya. Tipulah kalau dia kata dia tidak rindu kepada suaminya. Ketika dia berada di rumah ibunya pun dia menangis setiap malam kerana rindu akan suaminya. Tidak boleh tidur tanpa pelukan suaminya. Dia tertidur pun hanya kerana kelelahan.

Dikurung di ruangan itu juga memberi peluang kepadanya untuk bermuhasabah diri. Betapa tidak bersyukur dirinya dengan kemewahan dan kesenangan hidup yang Allah berikan kepadanya. Jika dibandingkan dengan orang-orang di luar sana, berapa ramai orang-orang yang kurang beruntung, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sungguh dia malu kepada Sang Pencipta.

Dia cuba mendekatkan diri kepada sang Pencipta, bermusabah diri betapa kecilnya dirinya di hadapanNya. Dia juga selalu menonton ceramah-ceramah yang disiarkan di televisyen. Banyak ilmu yang dia pelajari.

"Mama rindu grandma. Agak-agak grandma and uncle cari mama tak, baby? Mesti dyorang risau kan? Hmm agak-agak papa pun rindu mama tak? Hmm mungkin tak?" jawabnya sendiri. Bibirnya tersenyum lemah mengenangkan nasibnya. Matanya memandang balkoni. Pintu balkoni juga telah dikunci oleh suaminya. Merepek betul suaminya itu. Ingat dia nak terjun ke apa?

Butik dan cafenya pula bagaimana? Doanya agar Kak Lia dan pekerja-pekerjanya tidak menghadapi sebarang masalah dalam menguruskan perniagaannya itu.

"Mama nak terkencing la baby," dia bangun dari sofa yang didudukinya. Namun dalam beberapa langkah, kepalanya terasa berpinar. Dia mengurut kepalanya. Tangannya tergawang-gawang mencari tempat untuk dicapai.

"Allah!" ucapnya sebelum pandangannya bertukar gelap.

"Puan? Ya Allah, Puan Muda!" Siti yang melihat majikannya terbaring di atas lantai menerpa ke arah tubuh itu. Makanan ditangan diletakkan di atas lantai. Kepala majikannya dipangku.

"Puan! Bangun puan!" dia menepuk-nepuk pipi majikannya itu.

"Tuan! Tuan Muda!" jeritnya.

"Ya Allah, mana Tuan Muda ni?" tadi dia melihat majikannya itu sedang menyiapkan kerjanya di bawah.

"Tuan!!" jeritnya lagi.

AQil Darwisy yang keluar dari lif mendengar jeritan orang gajinya. Dahi AQil Darwisy berkerut melihat pintu biliknya yang dihuni isterinya terbuka luas.

"Siti?" panggilnya.

"Tuan! Ya Allah. Tuan Muda! Cepat tuan! Puan Muda!" raung Siti di dalam bilik itu.

Mendengarkan itu AQil Darwisy bergegas berlari menuju ke arah biliknya. Masuk sahaja ke bilik itu, dia melihat tubuh isterinya terkulai layu di riba orang gajinya. Menggigil satu tubuhnya. Terus dia berlari ke arah isterinya.

Encik Kasanova & Cik SweetheartWhere stories live. Discover now