Part 15

1.6K 36 0
                                    

''Ibu..''

''Ye sayang..'' ujar Puan Sarimah yang sedang memotong sayur.

''Buat apa tu?''

''Ibu tengah tanam pokok ni. Tak nampak ke?''

''Erk.. Amboi ibu, dah pandai loyer buruk dah sekarang. Siapa yang ajar ni ha?'' Iman Aulia menyepetkan matanya.

''Ibu belajar dari adik la. Siapa lagi?'' kata Puan Sarimah seraya tertawa. Sengaja mengusik anaknya itu.

''Eh eh, kita pulak kena,'' Iman Aulia menjeling manja. Matanya melirik Bik Santi yang sedang mengacau lauk di atas dapur itu. Apa lagi? Mengusik time! Hihihihi

''Bik Santi, ngapain!!'' sergah Iman Aulia.

''Ihh ihh.. Anu anu.. lagi ngeliat supir Pak Halim,'' latahnya. Senduk ditangan tergawang-gawang di udara.

Iman Aulia yang mendengar tergelak kuat.

''Haa kantoi.. Kantoi skodeng Abang Sudirman kat sebelah kan?? Hahahah..''

''Ihhh apaan neng.. Enggak kokk...'' nafi Bik Santi malu-malu. Bukan Iman Aulia tidak tahu yang pembantu rumahnya itu selalu mengintip pemandu Uncle Halim, jiran di sebelah. Namun wanita yang berusia dalam 40-an itu tidak pernah menyapa jejaka berketurunan Jawa yang berkerja di sebelah rumahnya itu. Malu konon, malu tapi mahu. Hihihi

''Iyelah tu bik. Nak saya bagitahu Abang Sudirman?'' usik Iman Aulia. Sengaja mahu melihat muka merah Bik Santi.

''Enggak usah neng.. Malu ahh..''

''Nak malu apa bik? Bibik single, Abang Sudirman single. Hah, sesuai sangat tu,'' ujar Iman Aulia. Tidak habis lagi mengusik.

''Nak tak bik?'' seraya mencucuk pinggang Bik Santi.

''Eh iya aku mahu. Aku cinta padamu, Mas Sudir!'' latah Bik Santi lagi.

''Hahahaha..'' Iman ketawa terbahak-bahak. Hampir terguling dia di situ.

Puan Sarimah tertawa kecil sambil menggeleng kepala. Anaknya itu memang begitu, selalu mengusik pembantu rumahnya itu. Haila Iman..

''Iman, sudahlah tu. Nanti kang tak siap Bik Santi nak masak lunch. Kalau kamu nak tolong tak apa la jugak.''

''Hahaha,'' Iman Aulia menghabiskan sisa tawanya.

''Ala ibu ni, kalau adik yang masak nanti tujuh hari tujuh malam ibu tak boleh tidur sebab teringat-ingat masakan adik yang sedap tu. Hihihi..'' gurau Iman Aulia. Dia bukan tidak tahu memasak tapi sengaja tidak mahu memasak di rumahnya itu. Dia mahu merasa masakan ibunya itu. Dia kan ada cafe, mestilah dia tahu memasak. En? En?

''Banyaklah kamu ni. Nanti dah kahwin jangan malas-malas masuk dapur. Kesian Aqil tu nanti. Tak pasal-pasal asyik makan luar je,'' nasihat ibunya. Puan Sarimah sudah tahu mengenai kejadian kemarin. Iman Aulia sudah menceritakannya. Walaupun anaknya itu membantah keras, namun dia sebagai ibu tidak mampu melakukan apa-apa. Hal ini kerana anak lelakinya, Afiq Afwan nekad ingin menyatukan Iman Aulia dan Aqil Darwisy. Bergaduh besar juga kedua anaknya itu. Dia hanya menasihati anak perempuannya itu supaya melakukan solat istikharah. Serahkan segalanya kepada yang maha Esa.

Iman Aulia yang mendengar nama lelaki itu mencebik. Menyampah. Biarlah dia makan luar. Restaurant dia kan merata kat Malaysia ni.

''Ha, buat la muka macam cekodok tu. Kang Aqil pun tak nak dengan kamu. Biar jadi andartu,'' usik Puan Sarimah.

''Ibu ni, tak baik tau cakap macam tu. Kalau Aqil tak nak, adik carik la lelaki lain,'' balasnya. Dia teringat dengan lelaki yang bernama Zafran Qaider yang ditemuinya kemarin. Eii.. creepy. Memang taklah aku nak lelaki playboy macam tu. Selepas pulang kemarin, Iman Aulia mencari tahu siapa CEO ZQ Holdings itu. Bukan playboy sebarang playboy, ni playboy yang, entah.. Taip sahaja nama lelaki itu, bersepah maklumat mengenainya. Yang penting semua berita yang tidak menyenangkan. Kalau nak dibandingkan dengan Aqil Darwisy memang macam langit dengan bumi. Aqil Darwisy pula businessman yang terkenal dengan sikap dermawannya dan disanjung ramai. Si Zafran Qaider itu pula famous dengan skandalnya. Bagaimanalah Dato' Zain, bapa kepada Zafran Qaider itu boleh memberi kepercayaan kepada anaknya itu dalam mengurus syarikatnya. 

Hmm.. teringat mengenai lelaki gila itu, sudah 2 hari dia tidak melihat atau membaca sebarang gosip mengenai kejadian kemarin. Seolah-olah kejadian itu tidak pernah terjadi. Sedangkan ramai pelanggan yang merakam kejadian itu. Jadi kejadian itu tidak diketahui keluarganya. Dia pun malas ingin bercerita. Tidak penting.

''Iyelah kamu tu,'' kata Puan Sarimah kemudian mengambil smartphonenya yang berdering, notification Whatsapp.

Deringan itu mengejutkan Iman Aulia. Biarlah, malas nak fikir. Mungkin bukan gosip best kut. Tu yang tak viral.

''Ha ni, abang kata dia balik lunch sekali dengan Aqil,'' ujar Puan Sarimah tiba-tiba.

''Aik, kenapa dia ada sekali pulak? Tak ada rumah ke?''

''Eh kamu ni, biarlah. Aqil tu bukan orang lain, bakal menantu ibu. Santi, keluarkan ayam kat peti sejuk tu. Kita masak lauk lain, Aqil tu suka ayam masak merah,'' sengih Puan Sarimah.

''Eii ibu ni. Ni belum jadi menantu. Tunang pun belum dah masakkan makanan favorite dia bagai. Adik ni, siapa nak masakkan lauk favorite adik?''rajuknya lantas keluar dari dapur itu. Dia mengeluh. Bersediakah dia untuk menerima Aqil Darwisy sebagai tunangnya dan bakal suaminya kelak? Dia juga tidak tahu. Dia hanya berserah.

''Merajuk, merajuk. Nanti dah kahwin jangan asyik nak merajuk. Nanti Aqil tu pun malas nak pujuk.''

''Eii benci...'' kedengaran jeritan kecil Iman Aulia.

Puan Sarimah dan Bik Santi ketawa. Tadi sakan sangat mengusik orang. Kan dah terkena balik. Hihihi

''Assalamu'alaikum..''

''Wa'alaikumussalam..'' kedengaran suara Puan Sarimah menjawab salam.

''Ha, Aqil. Masuk-masuk,'' pelawa Puan Sarimah.

''Aik ibu, Aqil je? Abang ni tak suruh masuk?''

''Eh kamu ni bang, jangan nak mengada.''

Afiq Afwan hanya tersengih.

Iman Aulia yang mendengar dari ruang makan hanya buat muka toye. Air fresh orange diletakkan di atas meja. Dilihat 3 sosok yang menghampiri ruang makan itu.

''Mari duduk. Ibu tak masak banyak, yela, si Afiq ni pun bagitahu last minute yang kamu nak datang sekali,'' ujar Puan Sarimah.

''Tak apa ibu, ni kira banyak dah ni ibu masak. Ada lauk favorite Aqil lagi ni,'' ujar Aqil Darwisy sopan. Tangannya mencedok makanan favoritenya itu.

Iman Aulia duduk di sebelah Puan Sarimah. Berhadapan dengan Aqil Darwisy. Dia mencebik.

'Belum apa-apa dah panggil ibu. Menyampah!' rungut Iman. Jejaka di hadapannya itu tidak dipandang. Buat apa nak pandang, menyakitkan hati. Baik pandang makanan depan mata ni, suap dalam mulut menyenangkan hati. Heheh

Abangnya yang senyap itu dipandang sekilas. Kenapa? Abangnya itu seperti menghadapi masalah. Mamat cicak kobeng ni pun senyap tidak mengusiknya. Hairan! Hmm nantilah tanya. Kita makan dulu!

''Ibu, abang tak masuk office balik hari ni. Abang ada kat bilik kerja abang, ada hal kerja nak discuss dengan Aqil,'' selepas makan Afiq mengajak Aqil ke ruang kerjanya.

''Baiklah kalau macam tu. Ha Aqil, ikut abang tu,'' ujar Puan Sarimah seakan mengusir Aqil Darwisy. Mana tidaknya, bakal menantunya itu sibuk ingin membantu mencuci pinggan mangkuk di sinki. Dia tersenyum. Bakal suami contoh ni.

Iman Aulia menjeling. Acah tunjuk rajin depan ibu la tu! Huh!

''Ibu, abang tu macam ada masalah je,'' kata Iman Aulia setelah dua orang jejaka itu naik ke tingkat 2.

''Entahlah adik, masalah pejabat kut,'' tebak ibunya.

''Ni, nanti potong buah ni. Hantar kat ruang kerja abang,'' suruh Puan Sarimah.

''Hmm adik jugak yang kena. Nasib badann'' keluh Iman Aulia.

Puan Sarimah hanya menggeleng. Anaknya itu memang banyak mulut jika disuruh tapi tetap sahaja mengikut suruhannya.

Encik Kasanova & Cik SweetheartWhere stories live. Discover now