Part 36

1.4K 25 4
                                    

"B, sini jap," Iman Aulia memanggil suaminya yang sedang menatap Iphonenya itu.

"Ye sayang?" Isterinya itu dihampiri.

"B, cuba tengok ni. Mana satu yang cantik?" tanya Iman Aulia menunjukkan baju kurung dan jubah dikedua tangannya. Ketika itu mereka sedang berada di butik untuk membeli baju untuknya.

"Hmm lets see.." ujar AQil Darwisy berpeluk tubuh. Jarinya menyentuh dagunya. Serius sungguh wajahnya seakan mahu menyelesaikan masalah negara gamaknya. Heh!

Iman Aulia menanti dengan sabar.

"Sayang, sayang pakai mana-mana pun cantik. Sayang pakai la apa-apa pun, you still look perfect, baby," kata AQil Darwisy akhirnya. Tangannya melingkar di pinggang isterinya. Dahi isterinya dikucup lembut.

"Eii B ni, tak membantu langsung," eh stress la tanya orang lelaki ni. Dia menjulingkan matanya ke atas. Eii stress!

"Sayang... Okay okay, jubah ni cantik. Sesuai dengan sayang. Heheh," kalau keluar dengan perempuan gini la jadinya. Beli je la mana-mana pun, sama je. Dua-dua baju en. Tak gitu?

"Betul ni?"

"Iye sayangg.. Dah-dah, pergi bayar cepat. B lapar ni sayangg.." AQil Darwisy membuat muka kasihan. Perutnya dipegang. Perutnya sudah berbunyi kerana dari pagi mereka menyelesaikan urusan untuk doa selamat malam nanti. Sekarang pula sudah waktu lunch.

"Sayang ambik ni," Dia menghulur black cardnya kepada isterinya.

"Eh, tak payah la B. Sayang ada duit sendiri. Duit bulan-bulan B bagi pun tak luak lagi," tolak Iman Aulia. Dia lebih suka menggunakan duitnya sendiri kerana dari kecil dia sudah diajar berdikari.

"Dah, ambik je sayang. Duit sayang tu simpan. Nah," black cardnya dihulurkan lagi.

Mahu tidak mahu dia terpaksa mengambil saja. Kang tak ambil sampai esok tak bayar. Kemudian dia berlalu ke kaunter.

Selesai membuat pembayaran dia mencari kelibat suaminya. Tiada. Mungkin suaminya itu menunggu di luar butik.

Buka sahaja pintu kaca butik, dia melihat suaminya sedang berbual dengan seorang makcik. Rancak benar berborak.

"B?" panggil Iman Aulia.

"Eh, sayang. Sini. Ni kenalkan makcik Suhaibah, jiran opah. Makcik, ni isteri saya, Iman Aulia," suaminya itu memperkenalkan mereka. Iman Aulia menyalam tangan wanita itu.

"La, yeke? Muda betul isteri kamu ni Qil. Umur mesti muda lagi ni," ujar makcik Suhaibah sambil tertawa. Jelas benar ketawa dibuat-buat.

Iman Aulia berkerut.

"Tak ada la muda makcik. Nak masuk 25 dah hujung tahun ni. Boleh jadi mak budak dah," kata AQil Darwisy ramah.

"Oh yeke? Acik ingatkan muda lagi. Yela, kecik je orangnya. Macam budak-budak sekolah. Lain benar dengan anak acik si Mariam tu. Tinggi lampai budaknya, cantik pun cantik," kemudian tertawa lagi.

Iman Aulia kerut dahi.

'So what kalau aku macam budak-budak sekolah? Tahulah aku awet muda! Ini macam ada gajah di sebalik batu je ni. Siap mention anak sekali. Ada yang enggak beres nih,' monolog Iman Aulia.

"Yeke cik? Dah lama saya tak nampak Mariam tu. Mesti dah besar panjang dia ye?" AQil Darwisy pula melayan menyebabkan Iman Aulia memandang tajam suaminya.

"Besar dah anak acik tu. Lagi sebulan habislah belajar kat Shah Alam tu. Tunggu nak graduasi aje tu. Umur pun dah sesuai kahwin. Tu la ramai yang datang masuk meminang anak acik tu. Tapi anak acik tu memilih sikit. Kalau boleh nak orang kuala lumpur sana katanya. Senang kalau nak cari kerja. Nak pulak suami yang kaya, tinggi, putih katanya," Makcik Suhaibah tersenyum bangga. Dalam masa yang sama seperti menyampaikan maksud yang tersirat.

Encik Kasanova & Cik SweetheartWhere stories live. Discover now