Part 17

1.5K 40 3
                                    

"Sam, cari tahu location Puan Muda, now!" Aqil Darwisy mengarah orang bawahannya. Amboi, belum apa-apa dah panggil Puan Muda. Kerlasss kau Aqil. Huhu

"Baik Tuan Muda," patuh Sam atau Samuel, PA nya.

Keluar dari rumah itu, dia lihat kereta Iman Aulia tiada di garaj. Tahulah dia gadis kesayangannya itu sudah tiada di rumahnya. Dia mengeluh. Berharap Iman Aulia baik-baik saja.

"Tuan muda, saya dah dapat location Puan Muda," ujar Sam.

"Ben sempat mengekori Puan Muda ketika Puan Muda keluar tadi," sambungnya lagi. Ben adalah bodyguardnya yang disuruh untuk mengekori Iman Aulia. Jadi segala gerak-geri Iman Aulia dia tahu. Bukan apa, dia risau akan keselamatan gadis itu.

"Bagus, jom!" arahnya seraya masuk ke dalam keretanya. Beberapa saat kemudian, kereta yang dipandu oleh PA nya keluar dari perkarangan rumah itu diikuti beberapa kereta hitam milik bodyguardnya. Well, businessmen kan, pasti ramai musuh. Sebab itu untuk menjaga keselamatannya dia perlu mengupah ramai bodyguard.

Tasik dihadapannya dipandang kosong. Sudah 2 jam dia duduk dikerusi yang tersedia di kawasan tasik itu. Entah bagaimana dia boleh sampai di Taman Tasik Titiwangsa itu pun dia tidak tahu. Sedar-sedar dia sudah berada di situ. Dia mengeluh. Fikirannya kosong sekosong hatinya. Matanya sembab kerana tidak berhenti menangis.

"Kalau aku tahu kau menyusahkan macam ni, aku dah suruh ibu tinggalkan kau kat rumah anak yatim tu. Dasar anak pungut!"

Kata-kata abangnya terngiang-ngiang ditelinganya. Terasa pilu hatinya. Air matanya diseka untuk kesekian kalinya. Mungkin memang salahnya sehingga menyebabkan syarikat Zafran membatalkan kerjasama dengan syarikat abangnya. Kalaulah dia tidak bertindak melulu hari tu mungkin syarikat abangnya tidak akan menghadapi masalah seperti ini. Namun begitu, dia agak terkilan dengan kata-kata abangnya tadi. Tidak mengapalah, mungkin memang dia pembawa masalah dalam keluarganya. Siapalah dia di dalam keluarga itu, hanya anak susuan Puan Sarimah dan hanya menumpang kasih sayang keluarga itu. Mungkin, sudah saatnya dia keluar dari keluarga itu dan hidup sendiri. Memikirkan itu air matanya merembes lagi.

''Ibu.. abang... Betul ke adik ni menyusahkan family ibu dan abang? Betul ke adik ni beban dalam keluarga ni?'' ucapnya. Lututnya dipeluk ke dada.

''Ayah.. kenapa ayah tinggalkan adik? Kalau ayah ada mesti ayah dah pelangkung abang tu kan?'' dia tergelak hiba. Dia teringat arwah Encik Sulaiman yang terlalu sayang dengannya. Arwah seorang yang sangat baik dan penyayang. Dialah yang selalu ada dengan Iman Aulia dan memberi kata-kata semangat ketika dia dibuli di sekolah dek kerana rupa parasnya yang unik dan berbeza dengan rakan-rakan kelasnya yang lain. Dia langsung tidak mengenali ibu bapa kandungnya kerana mereka sudah tiada sejak dia masih bayi lagi. Jadi dia melihat Encik Sulaiman dan Puan Sarimah sebagai figura yang sangat sempurna sebagai ibu dan bapanya.

''Ayah selalu backup adik bila abang kacau adik. Sekarang ni siapa yang nak backup adik bila abang marah adik macam sekarang ni? Kenapa ayah tinggalkan adik? Kenapa ayah tak bawak adik sekali?'' tangisannya semakin kuat. Dia memang rapat dengan arwah Encik Sulaiman sehinggakan dia demam panas berhari-hari selepas arwah kembali ke rahmatullah. Ketika itu dia masih di tingkatan 4. Dia merasakan belum cukup puas dia merasakan kasih sayang ayahnya itu.

''Abang dah benci adik sekarang ni. Mungkin ibu pun sama. Sekarang ni siapa yang nak sayang adik? Siapa yang nak jaga adik?'' dia merasakan dia betul-betul sebatang kara ketika ini. Dia memang terlihat kuat di luar tapi sangat rapuh di dalam apatah lagi jika berkait dengan keluarganya itu. Dia sudah menganggap keluarganya itu segala-galanya dalam hidupnya. Musnah keluarganya, musnahlah hidupnya. Keluarga itu merupakan tempat untuk dia berteduh, bermanja, menumpang kasih dan tempat paling selamat untuknya. Namun entah mengapa kini dia merasakan mungkin sudah tidak lagi. Entahlah.

Encik Kasanova & Cik SweetheartWhere stories live. Discover now