Part 24

1.9K 35 3
                                    

''Akak, Iman balik dulu tau. AQil dah tunggu tu. Assalamu'alaikum,'' ujar Iman Aulia kepada Kak Lia.

''Okay, baik-baik balik tu. Wa'alaikumussalam.''

''Assalamu'alaikum, hai abang, awal lagi ni. Kenapa ambik Iman awal sangat?'' tegur Iman Aulia setelah masuk ke dalam perut kereta AQil Darwisy. Tangan suaminya dicapai dan dicium.

''Hm,'' jawabnya pendek. Salam dijawab di dalam hati.

Iman Aulia melihat suaminya pelik.

Setelah isterinya itu memakai seatbelt, dia terus memecut meninggalkan butik itu.

''Ab.. abang...'' panggil Iman Aulia. Suaminya itu dipandang. Tangannya memegang erat seatbeltnya. Kecut perutnya apabila AQil memandu laju. Entah apa yang merasuki lelaki itu sehingga memandu seperti itu.

''Abang, please slow. Iman takut..'' rayu Iman Aulia. Namun tidak didengari oleh AQil Darwisy. Wajahnya beku. Iman Aulia takut. Kenapa? Apa yang terjadi sehingga suaminya itu berkelakuan seperti itu?

"Abang.."

Iman Aulia hanya memejamkan mata sambil beristighfar di dalam hati sehingga tiba di rumah mereka. Tangannya laju membuka pintu kereta. Kakinya yang menggigil itu melangkah masuk ke dalam rumah mewah itu.

AQil Darwisy laju mengikut langkah isterinya itu.

''Iman!'' jerit AQil Darwisy. Suaranya bergema di dalam ruangan rumah itu.

Iman cuak. Langkahnya laju menuju tangga.

''Iman Aulia!'' laung AQil Darwisy apabila melihat gadis itu terkocoh-kocoh berlari. Ingin lari daripadanya.

'No! Ibu, tolong Iman,' kakinya laju menaiki tangga.

Sampai sahaja kakinya ditangga yang terakhir, pergelangan tangannya direntap kuat. Belakang badannya terhentak ke dinding tapi tidak terlalu kuat.

"I panggil you kan tadi Iman?"

''Abang.. please,'' wajah lelaki itu dipandang takut. Menggigil tubuh kecilnya.

"Ab.. abang.."

''I pesan apa kat you pagi tadi Iman Aulia?!'' Herdik AQil Darwisy. Tangannya memegang erat kedua pergelangan tangan Iman Aulia. Wajah takut isterinya itu dipandang tajam. Hampir jatuh jantungnya apabila Ben memaklumkan kejadian Iman Aulia hampir dilanggar sebuah kereta. Sekali lagi. Untuk kedua kalinya. Dan kali ini, isterinya itu tidak memaklumkan keberadaannya. Isterinya itu sangat degil.

''Abang, please.. Sakit. Lepas, please,'' rayu Iman Aulia sedaya upaya mahu melepaskan tangannya dari pegangan suaminya itu. Dia tahu, pergelangannya itu akan lebam nanti.

''Kenapa you degil sangat Iman? I told you many times, Iman Aulia! Tapi you.. tak pernah dengar," suara Aqil Darwisy semakin perlahan.

''Hiks.. Hiks.. sorry.. I'm sorry,'' teresak dia. Dia tahu punca suaminya bertindak seperti ini. Ya, dia terlupa untuk memberitahunya jika dia mahu pergi ke mana-mana. Dia juga hampir dilanggar untuk kedua kalinya. Hal itu lagi menambah amarah suaminya itu.

Melihat tangisan isterinya itu menyentak tangkai hatinya. Isterinya itu menangis lagi disebabkan dia. Badan AQil Darwisy melorot ke bawah. Pergelangan tangan Iman Aulia masih dipegangnya.

Encik Kasanova & Cik SweetheartWhere stories live. Discover now