Part 48

1.3K 26 3
                                    

DIA melihat suami dan orang-orang suruhannya masuk ke dalam rumah banglo itu. Tanpa berlengah dia terus berlari berhati-hati ke arah pintu utama rumah itu.

'Fuhh, sempat,' monolognya setelah sempat masuk ke dalam rumah itu sebelum pintu tertutup. Matanya meliar melihat sekeliling. Rumah itu nampak bersih dan kemas seperti rumah banglo biasa. Telinganya mendengar sayup-sayup suara dari hujung rumah itu. Dia menapak berhati-hati. Tidak mahu kehadirannya disedari sesiapa. Dia bersembunyi di sebalik dinding dan mengintai sedikit.

Dia melihat Ben dan Ken antara bodyguard suaminya yang turut ada di situ. Begitu juga dengan Sam. Salah seorang dari mereka memusing lampu dan terdapat pintu yang terbuka. Pintu rahsia? Iman Aulia menekup mulut terkejut.

Dia melihat mereka masuk ke dalam pintu tersebut. Kemudian pintu itu tertutup semula.

Iman Aulia menoleh kiri kanan depan belakang. Line clear! Dia menghampiri pintu tersebut. Dia bercekak pinggang. Berfikir sama ada mahu masuk atau pun tidak. Dia takut jika prasangkanya betul. Dia takut jika suaminya melakukan perkara yang tidak baik dan melanggar undang-undang. Dia meraup muka. Haihh

'You can do it, Iman! Kau kena pastikan dengan mata kepala kau sendiri apa aktiviti suami kau kat dalam sana! Lebih elok dari kau berprasangka buruk terhadap suami kau! Okay, kau boleh! Fighting!' monolognya lantas memusing lampu tersebut. Dia terpaksa berjengket memandangkan lampu itu lebih tinggi darinya.

'Haisy, siaplah yang letak lampu ni tinggi macam ni?' fikirnya. Kemudian pintu rahsia itu terbuka. Dia lihat terdapat tangga. Hmm basement?

Encik Kasanova & Cik SweetheartWhere stories live. Discover now