Part 12

1.6K 38 0
                                    

"Baik abang bagitahu kawan abang yang mana yang murah hati sangat belanja tiket wayang?" sesampainya di rumah, Iman Aulia menanyakan soalan kepada abangnya.

"Err.. err.. eh ye ibu, abang datang ni. Ha jap baby, ibu panggil tu," dalih Afiq Afwan.

"Tak payah nak mengelat eh abang. Mana ada ibu panggil. Better you tell me before adik merajuk setahun dengan abang," desak Iman. Nak mengelat pulak. Agak-agak la, ingat aku tak tahu. Dasar kentang!

"Hehehe... Ermmm abang bagitahu tapi janji jangan marah tau," jawab Afiq hati-hati.

"Tak janji," jawab Iman.

"Ala babyy,"

" Better you tell me abang!"

"OK fine! Aqil," Afiq terpaksa jujur. Aqil yang memberinya tiket itu. Aqil tahu Iman Aulia sangat sibuk dengan kerjanya sehingga membawa pulang kerjanya ke rumah. Time weekend pun masih bekerja. Macam mana Aqil tahu? Adalah, dia mempunyai cara tersendiri untuk mengetahui perihal gadis itu.

(Yela tu Aqil, macam tak tahu je kau stalk si Iman tu. Hohoho - Author)

Jadi dia sengaja menyuruh Afiq membawa Iman menghilangkan stress. Nak mengajak Iman sendiri confirm gadis idamannya itu tidak mahu. Ha see, Aqil sangat mengambil berat tentang Iman Aulia. Iman saja yang keras kepala.

'Aku dah agak dah!' Dahinya yang berdenyut diurut. Matanya tajam menjeling abangnya. Kakinya mundar-mandir di ruang tamu rumahnya itu. Balaaa balaaa

"Adik, relax la. Cuba duduk dulu," naik rimas dia tengok adiknya mundar-mandir begitu.

"Abang suruh adik relax? Cuba abang tengok apa yang kawan baik abang tu dah buat!" Iman menunjukkan komen Aqil Darwisy di instagramnya.

Afiq Afwan melihat komen rakannya.

"Wohoho berani mati member aku ni," Afiq terkekeh lucu.

"How dare you laugh at this, abang! Not funny la abang!" ujar Iman geram.

"Ni boleh menyusahkan adik tau. Abang kan tahu dia tu siapa," sambungnya lagi. Aqil Darwisy tu kan orang terkenal dan berpengaruh kat Malaysia ni. Mestilah berita tentang jejaka itu akan viral. Lagi-lagi kisah hubungan cinta lelaki itu. Confirm la akan kecoh.

"Ala adik, biarlah. Nanti lama-lama gossip ni hilanglah. Biasalah netizen-netizen tu, mula-mula je bercakap. Nanti hilanglah."

"Biar abang cakap? Seriously?"

"Yelah, kalau tak hilang senang je, adik kahwin je la dengan Aqil tu," ujar Afiq senang.

"Wait, what?? Hell no! No way!" Kahwin? Aku tak salah dengar ke ni? Memang tak lah! Dengan mamat kasanova tu? Eii mintak simpang laa.. Merana aku nanti.

" Apa bising-bising ni, adik abang?" tiba-tiba suara Puan Sarimah kedengaran. Dilihatnya anak-anaknya itu seperti bergaduh. Anak lelakinya yang santai duduk di sofa manakala anak perempuannya itu berdiri dengan muka merah padam seperti menahan marah.

"Ibu tanyalah anak lelaki kesayangan ibu ni?" balas Iman Aulia.

"Abang buat apa kat adik hm?" dipandang anak lelaki satu-satunya itu. Anak-anaknya itu dihampiri. Walaupun Iman Aulia hanya anak susuannya namun kasih sayang kepada anak-anaknya itu diberi sama rata. Tidak berat sebelah.

"Haihh tak ada apa ibu," dalih Afiq Afwan.

"Seriously abang!" Iman Aulia menjegilkan mata bulatnya. Ikutkan hatinya mahu dilepuk saja abangnya itu. Nasib kau abang. Dadar kentang!

"Haihh.. Ni ha, si Aqil ada bagitahu abang, dia nak melamar adik jadi isteri dia," jawab Afiq. Ha kan senang, terus terang je.

"What the.. He what??" Iman menjerit. Sumpah terkejut. Lain jawapan yang ingin dia dengar, lain pulak jadinya.

"Oh yeke? Alhamdulillah. Bila dia nak datang meminang tu?" tanya Puan  Sarimah.

Iman Aulia yang mendengar terngadah. Biar betul ibu dia ni.

"Dia kata dalam masa terdekat ni. Lagi awal lagi bagus," jawab Afiq.

"Baguslah tu. Tak sabar nak dapat menantu. Nak harapkan kamu Afiq? Entah bila la ibu nak dapat menantu," kata Puan Sarimah.

"Ala ibu, abang nak adik kahwin dulu. Lepas tu baru turn abang," Afiq sengih.

"Cop cop cop! Ibu, adik kat sini lagi tau. Takkan ibu tak nak dengar pendapat adik?" kakinya dihentak manja. Yela, yang nak dipinang tu aku. Takkan lah pendapatnya tak penting. Eii benci tahu tak? Nak menangislah macam ni! Huh!

"Ala dik, nak tunggu persetujuan adik? Sampai tahun depan tak settle," kata Afiq.

"Abang, you shut up," ugut Iman. Afiq pula membuat signal tutup mulut di bibirnya. Hahaha

Iman Aulia mendekati ibunya yang duduk di sofa itu. Tempat kosong disebelah ibunya diambil.

"Ibu~ Adik tak nak kahwin. Please ibu," rayu Iman Aulia. Tangan ibunya dicapai.

"Adik, adikkan dah besar. Dah masuk 24 tahun pun. Dah sesuai untuk berumah tangga. Aqil tu kan baik orangnya. Ibu kenal dengan Aqil tu. Ibu yakin dia mampu jaga adik," ujar Puan Sarimah pula.

"No, adik tak nak. Ibu tak tahu perangai dia yang sebenar. Perempuan keliling pinggang. Hari ni perempuan lain, esok lusa perempuan lain. Tak nak la adik dengan lelaki macam tu!"

"Memandai je baby ni. Mana adik tahu perempuan tu semua makwe Aqil? Ada dia cakap macam tu? Mana la tahu perempuan-perempuan tu just kawan dia je ke or client dia ke," ujar Afiq.

"Hisy, adik tahulah! Adik yang nampak dengan mata kepala adik sendiri. Takkan adik nak tipu pulak!"

"Yela tu. Ada adik tanya sendiri kat Aqil siapa perempuan-perempuan tu? Takkan? Ni buat assumption sendiri. Kalau tak betul jatuh fitnah tau," balas Afiq lagi.

"Isy, yang abang nak backup mamat tu dah kenapa? Sekarang ni siapa adik abang? Iman ni ke or si Aqil tu?" Iman Aulia menjeling tajam abangnya.

"Abang just cakap je kan. Tak baik tuduh orang membuta tuli. Aqil tu dah kira baik nak dengan adik ni tau. Aqil tu kalau ikutkan senang je kalau nak mana-mana perempuan. Petik jari je berbaris perempuan nak dengan dia."

"Petiklah. Tapi adik bukan antara perempuan yang berbaris tu," balas Iman Aulia degil.

"Huh! Susah nak bercakap dengan adik ni. Keras kepala. Batu pun tak keras macam kepala adik tu. Cuba bagi Aqil tu peluang untuk jelaskan apa yang berlaku. Ni tak, asyik nak lari je dari masalah. Kalau macam tu bilanya nak selesai," bebel Afiq. Lantas kakinya dibawa mendaki tangga. Malas nak bertekak dengan adiknya itu.

Iman mencebik. Menyampah. Backup sangatlah kawan dia tu. Huh!

"Adik, cuba dengar cakap abang tu. Bagi peluang dekat Aqil," ujar Puan  Sarimah lembut.

"Tapi ibu,"

"Adik fikir balik apa yang abang cakap tadi. Adik kenalkan abang tu macam mana. Bukan senang abang tu nak lepaskan adik dekat lelaki sembarangan. So ibu tahu abang percaya dengan Aqil and ibu pun percaya Aqil mampu jaga adik. Adik bagi Aqil peluang ok? Dengar penjelasan dia. Lepas tu terserah dekat adik sama ada nak terima Aqil tu atau tidak. Ibu takkan halang. Ok?"

Iman Aulia berfikir sejenak.

"OK fine. Tapi adik tak janji dapat terima pinangan Aqil tu," putus Iman.

"Ye sayang. Up to you," badan anaknya itu dirangkul sayang.

Haaa apa yang akan terjadi lepas ni? Nak ke Iman terima lamaran Aqil? Ataupun ada orang ketiga yang akan mengganggu hubungan mereka? Hikhik

Nantikann~

Encik Kasanova & Cik SweetheartWhere stories live. Discover now