Part 45

1.3K 32 3
                                    

"Iman? Mannequin ni nak letak mana?" tanya Kak Lia.

"Akak display depan sana. Senang sikit customer nampak," jawabnya. Dia melihat para pekerjanya yang sedang sibuk melakukan tugas. Ada yang memakaikan baju pada mannequin, ada yang mengeluarkan pakaian baru dari kotak yang baru sahaja tiba dari kilang, ada yang menggantung pelbagai jenis pakaian dan ada juga yang meng'iron' baju menggunakan seterika wap ataupun stand steamer.

'Hmm perfect,' fikirnya. Dia menyambung kerjanya mengira stok yang sampai di kaunter.

"Selamat datang," ujar salah seorang pekerjanya. 'Greeting' setiap kali ada customer yang datang ke butik mereka.

"Hmm biasa je butik ni," ujar satu suara.

"Makk.. apa cakap macam tu? Tak baiklah," sampuk satu suara pula.

"Puan dan cik nak cari baju apa? Saya boleh bantu," tanya staff di situ ramah.

"Hmm.. aku nak tengok-tengok dulu. Macam tak cantik je baju-baju kat sini," jawab suara itu angkuh.

"Mak.. kan Mariam dah cakap mak tak payah ikut. Tapi mak yang nak ikut jugak tadi kan?"

"Hisy, kamu dah dapat gajikan? Apa salahnya belanja mak baju ke apa. Tak luaklah duit kamu tu kalau belanja mak," ujar satu suara yang agak berusia.

Kening Iman Aulia bertaut. 'Siapa pulak yang datang sini bawak mulut macam longkang ni? Siap gaduh anak-beranak kat sini pulak dah kenapa?' fikirnya. Dia mengangkat wajah melihat gerangan pelanggan yang berada di pintu butiknya. Matanya mengecil melihat orang-orang yang ada nun di sana.

'Aik? Macamku kenal. Tu bukan si Meriam eh salah, Mariam dengan mak dia ke?' monolognya.

Seperti sedar diri mereka diperhatikan, anak-beranak itu memandang ke arah Iman Aulia. Membulat mata orang tua itu.

'Oh jeng! Ini tidak bagus. Malas betul aku nak bersilat dengan orang tua tu la! Huh!'

Dengan langkah angkuhnya, Makcik Suhaibah menghampiri Iman Aulia. Jelas bibirnya tersenyum sinis.

"Eh, Iman. Kau buat apa kat sini? Kerja sini ke?" Makcik Suhaibah senyum mengejek.

"Puan, ini.."

"Lin, its okay. Biar saya handle," Iman Aulia berkata kepada staffnya. Staffnya itu mengangguk dan berlalu dengan wajah risau.

"Ye puan? Boleh saya bantu?" ujar Iman Aulia penuh profesional. Konon. Hikhik

"Tak sangka suami kaya, ada syarikat besar tapi isteri jadi kuli je? Hahaha," makcik Suhaibah gelak kuat.

"Mak.." Mariam menarik tangan ibunya. Namun ditepis.

"Memang betullah kau ni tak layak dengan AQil tu. Tengok anak aku, habis belajar terus dapat jadi accountant kat syarikat besar. Hah, tu baru layak dengan AQil tu. Bukan kuli macam kau," hambur makcik Suhaibah.

"Mak, apa ni? Mak tahu tak Kak Iman ni.."

"Ish! Kamu diam Mariam! Mak tak habis cakap lagi," cantas Makcik Suhaibah kuat.

Mariam terkesima dan tertunduk malu dengan kelakuan emaknya itu.

Iman Aulia hanya tersenyum bersahaja. Nak tergelak pun ada melihat provokasi perempuan tua itu. Kalau sebelum ini dia akan ambil hati. Namun kini, dia malas mahu ambil pusing. Biar orang tua itu memalukan dirinya sendiri di hadapan orang lain.

Pekerja-pekerjanya yang lain memandang sesama sendiri. Terkejut barang kali dengan kedatangan orang tua yang tidak dikenali yang tiada angin tiada ribut merendahkan majikan mereka.

"Kau tahu tak anak aku dengan AQil bercinta?" katanya tiba-tiba.

"Mak?! Sejak bil.."

"Aku cakap diam, Mariam!" tengking makcik Suhaibah.

Encik Kasanova & Cik SweetheartWhere stories live. Discover now