Part 9

1.5K 39 0
                                    

Dia menyambung semula kerjanya yang tertangguh sehinggalah waktu pulang. Tepat pukul 6 petang dia mengemas kertas-kertas dan kain-kain yang bertaburan dimejanya. Alhamdulillah, kerjanya hampir 60% sudah siap. Itu pun kalau tiada tempahan baru lagi.

Handbagnya di ambil lalu keluar dari pejabatnya. Pekerja-pekerjanya sudah ada yang pulang, ada juga yang sedang berura-ura hendak pulang. Butiknya hanya beroperasi dari pukul 9 pagi sehingga pukul 6 petang sahaja. Cafenya pula dibuka sehingga pukul 8 malam.

"Sweetheart," keluar sahaja dari butiknya, suara serak-serak basah kedengaran. Badannya terasa kejung. Tidak perlu menoleh kerana dia tahu siapa. Hanya lelaki itu yang memanggilnya dengan gelaran itu. Entah kenapa panggilan yang pada awalnya membuat dadanya berdegup kencang dan seperti ada rama-rama yang berterbangan diperutnya, kini seperti angin lalu. Kosong.

Tanpa menoleh dia terus melangkah laju kearah keretanya yang diparking di depan cafenya.

"Sweetheart! Iman! Iman Aulia!" panggil Aqil lagi. Kakinya panjang mengejar gadis itu. Iman pula bo layan je.

Apakan daya, Iman tu dah la kecik molek. Memang senang la si Aqil ni nak kejar Iman tu. Mana taknya, Iman tinggi hanya 156cm, manakala Aqil 186cm. Ko ghase? Ala, Iman tu mana la pendek, just Aqil tu je yang terlebih tinggi macam galah. En en?

"Iman, heyy," Aqil menutup kembali pintu kereta Iman, menghalang gadis itu dari masuk ke dalam keretanya.

"Haisyy.. You nak apa ni?" dengus Iman. Ha Iman ni memang gini. Kalau dia marah maka keluar la panggilan 'I' and 'you' nya.

"Sweetheart, saya panggil awak tadi," ujar Aqil lembut.

Adeshh.. Keluar dah suara lembut dia tuu.. Iman, no Iman, you need to be strong! Jangan cair!

Dia menarik tudung bawalnya kebelakang sedikit. Terasa rimas.

"Oh ea? Entah, I tak dengar kut," jawab Iman malas.

"Tepi la, I nak baliklah," sambungnya lagi.

"Sweetheart, hey kenapa ni?" wajahnya ditundukkan untuk menyamai ketinggian gadis itu.

"Don't call me that!" nadanya naik seoktaf.

Aqil terkelu. Belum pernah dia melihat gadis itu marah sebegitu.Mata gadis itu merah berkaca, begitu juga pipi dan hidungnya. Seperti ingin menangis.

"Awak, kenapa ni? Look at me. Saya baru balik dari outstation selama 3 minggu. Did I do something hm? Tell me please. Ok, I'm sorry sebab saya tak pernah contact awak selama 3 minggu ni but I have my own reason. Hm, sweetheart?" pujuk Aqil lembut. Aisehh Aqil ni, jangan buat author dup dap dup boleh tak? Huhuk

"Outstation huh?" Iman Aulia tarik senyum sinis. Outstation sangat la kan? Ke berjoli dengan perempuan lain. Hahaha wow! Outstation! Tapi dalam hati je la.

"Did look like I care? You tak perlu pun inform I, you buat apa or pergi mana. Because we're nothing! Move!" ujarnya tegas.

"I said move!" lebih keras.

"Cik Iman, ada apa-apa masalah ke?" tiba-tiba satu suara menyapa.

"Oh Haris, eh no, tak ada apa-apa," senyuman cuba diukir.

Haris mendekat. Dipandang lelaki kacak, tinggi lampai di sebelah majikannya.

"Emm Cik Iman kenal ke dengan lelaki ni?" tanya Haris.

"Oh tak, tak kenal pun. Dia saja tanya jalan tadi. Heheh," Iman garu kepala tak gatal.

Aqil pula sentap mendengar jawapan gadis idamannya itu. Matanya memandang Iman Aulia dan lelaki yang bernama Haris itu. Tangannya digenggam erat. Mahu saja dia menumbuk Haris yang tanpa segan silu bergelak ketawa dengan Iman Aulia.Iman Aulia pula senang hati berbual dan senyum dengan lelaki itu. Namun tidak pula dengannya. Bibirnya diketap geram, giginya berlaga menunjukkan dia sangat marah. 'She's mine!' posesif!

"Ok, saya balik dulu. Assalamu'alaikum," ujar Iman Aulia kepada Haris.

Dia terus membuka pintu keretanya dan meloloskan diri ke dalam keretanya. Aqil Darwisy yang berdiri statik di tepi tidak dihiraukan. Namun keluar sahaja dari parking, dia melihat cermin sisi. Dia terkejut. Mata tajam Aqil Darwisy memandangnya seakan-seakan tahu Iman melihatnya dari cermin sisi. Tatapan matanya membuat Iman resah. Takut.

Sudah sebulan lebih Iman Aulia mengelak dari bertemu dengan Aqil Darwisy. Dalam sebulan itu jejaka itu tidak putus-putus ingin bertemu dengannya tapi sentiasa saja gagal. Bukan dia tidak tahu Aqil Darwisy menggunakan abangnya, Afiq Afwan untuk berjumpa dengannya. Tapi dah nama Iman Aulia, pandai la dia mengelat. Abangnya hanya menggeleng kepala dengan sikap adiknya itu. Namun sudah seminggu lelaki itu tidak mengganggunya. Dia berasa sedih. Eh haip, buat apa kau nak rasa sedih ni Iman? Entah-entah dia dah ada perempuan baru. Si cicak kobeng tu kan selalu tukar-tukar perempuan. Baguslah tu dia tak kacau kau. Aman hidup kau en? Ehem. I hope so.

Tok tok tok!

Bunyi ketukan pintu memaksanya mengangkat wajahnya dari timbunan kerja.

"Masuk," arahnya.

"Cik Iman."

Dilihat Irfan, manager cafenya masuk berserta sekeping surat.

"Yes Irfan? Ada apa-apa problem ke?" tanyanya.

"Cik Iman, ni," sambil menghulurkan sampul surat itu kepada Iman Aulia.

"Apa ni?" tanyanya. Lipatan surat dibuka. Isi surat itu dibaca. Kerutan didahinya jelas menunjukkan dia dalam masalah.

"Why? Kenapa Haris resign tiba-tiba?" tanyanya kepada Irfan.

"Saya pun tak tahu Cik Iman. Dia just bagi surat ni kat saya semalam. Lepas tu dia balik macam tu je."

"Seriously? Takkan tiada angin tiada ribut tiba-tiba dia resign. Ada apa-apa masalah kat café tu yang saya tak tahu ke?" kepalanya yang terasa pening sedikit diurut lembut. Haihh masalah masalah

"Tak ada Cik Iman. Sumpah tak ada," jawabnya jujur.

Iman Aulia megeluh.

"Hmm tak apa la kalau macam tu. Nanti awak buat iklan kekosongan jawatan. Kalau boleh ASAP," arahnya.

"Baik Cik Iman," ujar Irfan seraya keluar dari pejabat majikannya.

Iman Aulia mengeluh lagi. Bingung memikirkan punca ketua chefnya itu berhenti.
Smartphonenya diangkat. Nombor Haris dipanggil.

Hmm makcik dia yang angkat. Voice mail. Setelah beberapa percubaan masih voice mail. Dia mengeluh untuk yang sekian kalinya.

Terpaksalah dia mencari ketua chef yang baru. Pening kepalanya.

Jeng jeng jeng~ Rasa-rasanya kenapa Haris resign?

Selamat berpuasa semua~

- Nur-

Encik Kasanova & Cik SweetheartWhere stories live. Discover now