Part 11

1.6K 41 0
                                    

OK gaiss.. Siapa yang mengharapkan Aqil yang datang tu sorry la ye. Hohoho (gelak jahat) - Author

“Assalamu’alaikum, bro,” sedang menjamu selera, mereka disapa satu suara.

“Wa’alaikumussalam. Eh Zafran, buat apa kat sini?” soal Afiq Afwan lantas menyalam lelaki yang menyapanya itu.

“Aku saja jalan-jalan teman mama and adik aku. Nak shopping katanya. Entah ke mana dia orang tu menghilang tinggalkan aku sorang-sorang ni,” jawab lelaki itu.

“Oh yeke? Kau dah makan? Kalau belum meh la join ktorang makan,” ajak Afiq Afwan.

Iman Aulia yang sedang melantak eh makan itu hanya melihat dari ekor mata. ‘Siapa-siapa jelah orang yang abang aku ajak ni? Sesuka je ajak. Lantak la, makan lagi best,’ monolognya sendiri.

“Eh boleh ke? Tak kacau date kau ke?” tanya lelaki yang bernama Zafran itu.

“Hahah eh takde la, ni adik aku. Nama dia Iman Aulia,” Afiq memperkenalkan adiknya yang hanya menunduk, busy makan. Haila budak ni, aku ketuk jap lagi kang.

“Iman, kenalkan ni Zafran Qaider, CEO ZQ Holdings,” kata Afiq kepada adiknya. Sengaja menarik perhatian Iman itu dari makanan di hadapannya. Haihh Iman.. Iman.. Kalau dah lapar tu memang tak toleh kiri kanan.

“Oh hai,” jawab Iman Aulia pendek sambil mengangkat tangan kanan seperti menyapa. Muka toye. Dipandang sekilas jejaka itu sebelum menundukkan wajah semula. Malas nak layan, tak berminat. Lantak kau la. Kahkah sadis kau Iman.

Afiq Afwan yang melihat hanya mampu menggigit bibir. Tahu benar dengan sikap adiknya yang malas ambil tahu.

“Err sorry about that. Biasa la, perempuan. Eh duduk la,” jemput Afiq Afwan.

“Oh, ok,” ujar Zafran seakan terkejut. Manakan tidak, leka memandang anak dara orang. Kerusi disebelah Afiq ditarik sebelum duduk. Lantas memesan makanan.


Iman Aulia yang duduk berhadapan dengan dua jejaka itu membuat muka malas. Malas mendengar perbualan dua jejaka itu. Biasa la, pasal bisnes. Errgghh.. Yang dia tahu company abangnya bekerjasama dengan company mamat Zafran. Haa tu je dia tahu. Malas nak ambil tahu.

Iphonenya diambil dan dibuka apps Instagram. Sudah lama tidak mengupdate sebarang gambar di Instagramnya itu. Dia mengupload gambar bersama abangnya di hadapan cermin. Namun wajah mereka tidak kelihatan kerana dihalang oleh Iphonenya. Dengan caption “My date today” berserta emoji ‘peace.’ Dia memakai baggie hoodie berwarna putih, shawl berwarna nude dan dipadankan dengan high waist jeans berwarna senada dengan shawlnya. Tidak lupa juga cap di atas kepalanya. Abangnya pula hanya simple memakai T-shirt berwarna putih dan seluar jeans berwarna hitam. Simple tapi aura berkarisma abangnya itu membuatkan ramai gadis-gadis terpana.

Beberapa saat kemudian, terdengar bunyi notification di Iphonenya menandakan ada yang menge’like’ dan memberi komen digambarnya itu.

169 likes
View all 57 comments
Fatin_dee – OMG boss, swag habiss…
_Aliabatrisyah – untungla ada date.. Kita ni bila lagi? Sobs sobs

Dia tergelak kecil dengan komen pekerja-pekerjanya.

Suasana dimejanya itu terasa sunyi. Apabila Iman mengangkat wajahnya, dia melihat dua jejaka di hadapannya melihat ke arahnya dengan persoalan di wajah mereka.

“Oh, nothing, don’t mind me,” ujarnya.

Zafran yang mendengar gelak kecil gadis itu terpana. Terpana dengan kecomelan dan kecantikan gadis kecil molek itu.

Hmm siapa je yang tak terpikat bila tengok Iman Aulia ni kan? Tengok la abe kita Aqil Darwisy tu. Apa khabar agaknya dia? Huhu

Iman Aulia terus menghadap Iphonenya semula apabila banyak notification yang masuk. Dia tertarik dengan satu komen di gambarnya.

1638 likes
View all 182 comments
TherealAD – Hope you like it, sweetheart.

Jantungnya berdegup kencang. Jarinya sedikit menggeletar apabila menekan nama akaun Instagram itu.

‘Takkanlah,’ fikirnya.

Matanya membuntang melihat gerangan pemilik akaun itu. Siapa lagi kalau bukan Aqil Darwisy. Siapa je yang tak kenal pemilik syarikat terbesar di Asia Tenggara ini. Bukan setakat hotel, katakan apa saja bisnes yang diusahakan oleh jejaka bernama Aqil Darwisy ini. Semua dia sapu. Aqil Darwisy bin Dato’ Khaliq, CEO Kiara Holdings.

Sudah beberapa minggu dia tidak mendengar khabar jejaka itu. Memang la, kau yang tak nak ada kaitan dengan lelaki tu en? Pantang abangnya menyebut nama lelaki itu mula la muka cemberut. Dasar kentang!

‘Oh my God, lelaki ni gila apa komen macam ni? Habis la aku,’ rungut Iman Aulia dalam hati. Dia menekan komen di bawah komen lelaki itu. Dia menepuk dahi. Semua komen seakan terkejut. Yela, CEO hot yang terkenal di Malaysia ini memberi komen di Instagramnya, siapa saja yang tidak terkejut. Tapi ramai juga yang mengucapkan tahniah.

‘Bala, ini semua bala,’ Iman Aulia menggigit bibirnya.

“Adik, adik ok tak ni?” suara Afiq Afwan kedengaran. Risau dia melihat adiknya menepuk dahi sendiri. Kuat pula tu. Wajah adiknya pula kelihatan pucat sedikit.

Iman Aulia yang mendengar terkejut mendengar suara memanggilnya. Dia lihat abangnya yang memandang pelik ke arahnya. Jejaka disebelah abangnya juga begitu.

“Abang, jom balik,” ajak Iman Aulia tergesa-gesa.

“Aik, kenapa pulak? Tak nak shopping? Tadi kata nak shopping,” ujar abangnya pelik.

“Erm tak apa la, tak jadi. Bila-bila nanti adik shopping sendiri,” lantas berdiri dan keluar dari restaurant itu. Rakan abangnya itu langsung tidak dipandang. Sombong? Em, baguslah kalau jejaka itu menganggapnya begitu. Biar jejaka itu tahu dia tidak berminat. Bukan dia tidak perasan mata lelaki bernama Zafran ini asyik memandangnya dari tadi. Dasar kentang! Cungkil biji mata tu baru tahu!

Afiq Afwan memandang pelik adiknya itu. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba nak balik. Jejaka di sebelahnya dipandang.

“Bro, aku balik dulu la ye. Tak tahu la kenapa adik aku tu. Hari ni aku belanja. Bye bro,” lantas berdiri dan bergegas ke kaunter.

“Ok bro, thanks,” Zafran memandang lama kelibat dua beradik itu.

‘Interesting,’ fikirnya.

Ok gaiss, scary. Huhuhu







Encik Kasanova & Cik SweetheartWhere stories live. Discover now