Part 32

1.4K 30 0
                                    

Matanya yang masih terasa berat dipejam celikkan beberapa kali. Tangannya meraba-raba meja kecil di sebelah katil untuk mencari smartphonenya. Pukul 5.30 petang. Tangannya meraup wajah untuk menghilangkan ngantuk. Tubuh isterinya di sebelah dicari namun tidak kelihatan. Matanya menyorot ke arah jendela.

"Sayang?" dia memanggil isterinya yang berdiri berpeluk tubuh di tepi jendela itu.

Senyap.

Isterinya itu seakan-akan berada di dunianya sendiri. Dia turun dari katil dan melangkah ke arah isterinya.

"Sayang? Mengelamun apa tu?" pinggang isterinya dipeluk dan mendaratkan dagunya di bahu isterinya.

Iman Aulia tersentak.

"Terkejut ke? Sorry.." ujar AQil Darwisy seraya mencium leher dan bahu isterinya itu. Wangi.

"Kenapa tak kejut abang? Abang tak solat lagi ni," sambungnya lagi. Namun isterinya itu sekadar berdiam diri.

"Sayang.. kenapa diam je ni?" tanya AQil Darwisy. Tubuh isterinya dipusing menghadapnya.

"Hei, kenapa ni? Sayang ada apa-apa masalah ke? Pandang abang sini," dagu isterinya ditolak ke atas sedikit apabila isterinya sekadar menunduk.

"Sayang.. sayang marah abang ke? Abang buat salah apa?" kenal benar dia dengan ekpresi wajah isterinya itu. Wajahnya merah, dahinya berkerut, bibirnya cemberut dan tangannya berpeluk tubuh. Begitulah wajah isterinya apabila marah, tersangat comel.

"Abang tak tahu atau buat-buat tak tahu?" tanya Iman Aulia akhirnya.

"Laa.. abang tak tahu, sebab tu abang tanya. Okay, okay.. Tell me, abang salah apa?" haihh bingung dibuatnya.

Iman Aulia mendengus.

"Siapa yang ajak Afiq Afwan datang sini?" tanya Iman Aulia. Matanya memandang tajam suaminya. Sakit betul hatinya apabila melihat abangnya turut berada di kampung suaminya itu.

Niatnya tadi selepas bangun dari tidur dia mahu berjumpa dengan ibu dan mamanya. Namun buka pintu bilik saja, terpampang wajah abangnya yang sedang duduk santai di sofa. Terkejut bukan kepalang dia. Siapa yang mengajak lelaki itu ke rumah opah?

Bising jugalah tadi apabila Iman Aulia naik berang memarahi abangnya itu. Selamatlah ada ibu dan mamanya yang menenangkannya. Hampir terjadi World War III je tadi. Heh tibehh

"Sayang.. Bukan abang yang ajak dia datang sini," kedua tangan isterinya digenggam.

"Tipu," ujar Iman Aulia sepatah. Tangan suaminya ditepis.

"Ya Allah, betul sayang. Sumpah abang tak tipu. Tadi kita sampai pun abang terkejut dia ada sekali. Percayalah cakap abang," kata AQil Darwisy bersungguh.

"Dah tu kalau bukan abang yang ajak macam mana dia boleh ada kat sini?"

"Laa abang pun tak tahu. Maybe ibu yang ajak ke. Kita mana tahu. Sayang.. janganlah macam ni. Sampai bila sayang nak marah abang sayang tu? Sayang tak nak baik-baik dengan dia ke?" pujuk AQil Darwisy lembut.

"Lepas dia cakap macam-macam dekat Iman ingat senang ke nak maafkan dia?!" Iman Aulia kembali berpeluk tubuh.

"Sayang.." kedua bahu isterinya dielus perlahan. Dia menghela nafas panjang.

"Abang tahu tu. Abang tahu dia dah sakitkan hati sayang tapi sampai bila? Sampai bila sayang nak benci dia? Takkan sebab satu kesalahan, sayang nak lupakan semua kebaikan dia selama ni?"

Kedua tangan suaminya dibahunya ditolak. Dia kembali memusingkan badan menatap ke luar jendela.

"Abang cakap senang la. Abang tak de kat tempat Iman? Abang tahu tak macam mana sakit hati ni bila orang yang paling dekat dengan Iman, paling Iman percaya, hina Iman macam tu. Sampai hati dia cakap Iman macam tu. Sedangkan dia sendiri tahu apa yang Iman dah lalui. Abang faham tak?" bergenang air matanya apabila mengingatkan hinaan Afiq Afwan.

Encik Kasanova & Cik SweetheartWhere stories live. Discover now