Part 52

1.3K 28 0
                                    

"ADIK, jom makan?" ajak Puan Sarimah di muka pintu bilik anak perempuannya.

Diam.

"Adik?" Puan Sarimah menghampiri anaknya yang duduk kaku di birai katil.

"Adik? Dengar tak ibu panggil?" Puan Sarimah menyentuh bahu anaknya.

"Adik.. Ya Allah.. kenapa ni?" dia duduk di sebelah anaknya lantas memeluk anaknya itu. Keadaan anaknya agak tidak terurus. Air mata membasahi wajah anaknya itu.

"Hiks.. hiks.. ibu..." tangis Iman Aulia.

"Kenapa ni? Hm?"

"A.. AQil dah tak nak adik ke bu? Kenapa dia tinggalkan adik?" sedu Iman Aulia.

"Di.. dia tak happy ke hidup dengan adik? Dia dah tak sayang adik? Dia nak ceraikan adik ke bu? I.. Iman i.. isteri yang jahat ke bu? Sebab Iman tak layan dia ke bu? Dia dah bosan dengan adik ke bu?" tanyanya bertalu-talu berserta tangisan.

"Shh.. Adik.. kenapa cakap macam tu? Tak baik cakap macam tu, sayang. AQil tetap sayang adik. Dia takkan buat macam tu kat adik," Puan Sarimah mengelus rambut lurus anaknya.

"T.. tapi kenapa dia tak ada kat sini bu? Kat sisi Iman? Lama adik tunggu dia. Kenapa dia tak datang?" dia meleraikan pelukan ibunya. Sedih sungguh hatinya. Dia ada appointment dengan doktor pun suaminya itu tiada di sisi. Tidak seperti wanita hamil yang lain. Masing-masing bersama pasangan mereka.

"AQil just nak adik duduk dengan ibu sementara. Dia nak adik rest. Adik sendiri yang kata nak balik rumah ibu. Adik rindu ibu, betul tak? Kenapa? Adik tak nak duduk dengan ibu?" tanya Puan Sarimah menyeka air mata anak perempuannya.

"B.. bukan macam tu. Adik.."

"Adik rindu AQil?" cantas Puan Sarimah.

Iman Aulia terdiam.

"Adik.. kalau rindu cakap rindu. Kalau sayang cakap sayang. Apa yang terbuku dalam hati tu, adik kena luahkan. Kalau ada masalah, luahkan. Jangan pendam. Kalau adik nak apa-apa, bagitahu. Kalau adik pendam sorang-sorang, macam mana orang lain nak tahu? Hm?"

Iman Aulia diam mendengar kata-kata ibunya. Dia sedar dia melayan suaminya acuh tak acuh. Melakukan 'silent treatment' kepada suaminya itu. Namun, sepanjang dia tinggal bersama suaminya, suaminya tetap bersabar dengannya dan melayannya dengan baik. Segala keperluannya disediakan secukupnya oleh suaminya sendiri tanpa diminta atau disuruh. Dia juga tahu suaminya lelah dan penat dengan kerjanya di pejabat. Pulang ke rumah pula, suaminya harus melayannya, memenuhi kebutuhannya. Dia pula hanya mendiamkan diri seperti tiada apa yang berlaku. Tidak menjaga makan minum suaminya dan tidak menjalankan tugas sebagai seorang isteri.

Iman Aulia mengetap bibir memikirkan layanannya kepada suaminya. Sungguh, dia seperti isteri yang tidak berguna.

"Ibu.. Adik salahh.. A.. adik takut. Adik takut.." tangisnya lagi.

"Shh.. tak apa, adik sedar kesilapan adik kan? Tak apa sayang, adik belajar dari kesilapan. AQil pun dah belajar dari kesilapan. Manusia ni memang tak lepas dari kesilapan, yang penting masing-masing sedar dan cuba untuk memperbaiki kekurangan masing-masing. Adik kena doa banyak-banyak, semoga rumahtangga adik baik-baik sahaja. Memang, kita tak tahu apa yang akan jadi kelak tapi, adik kena ingat. Doa merupakan senjata orang Mukmin. Ingat tu," Puan Sarimah menggosok belakang badan anaknya.

Iman Aulia diam mendengar nasihat ibunya.

"AQil mesti marah dengan adik kan, bu? Adik sembunyikan pasal baby. Mesti dia tak nak adik dah. Baby, macam mana dengan baby? Takkan nanti dia tak ada papa, bu?"

"Adik.. No, sayang. Baby akan okay. Dia mesti ada papa and mama. Trust me," Puan Sarimah menggenggam kedua tangan anaknya.

"R.. really? T.. tapi abang kata adik kena stay dengan ibu forever," jawab Iman Aulia tersedu.

Encik Kasanova & Cik SweetheartWhere stories live. Discover now