Part 14

1.5K 33 1
                                    

Jam ditangan dipandang. Pukul 7.30p.m.

Ni semua cicak kobeng tu punya pasal. Sebab dia, semua kerjanya tergendala jadi terpaksalah dia kerja overtime. Dia mengangkat punggungnya dari kerusi kerjanya. Cukuplah untuk hari ini. Dia perlu pulang. Ibunya pasti risau. Namun dia perlu mengerjakan ibadah yang satu itu sebelum dia pulang.

Selepas dia memastikan semua lampu dan pintu butiknya dikunci, dia melangkah menuju ke keretanya. Dilihat cafenya ramai dengan pelanggan. Alhamdulillah. Dia tersenyum.

Belum sempat dia membuka pintu kereta, seorang lelaki meghampirinya.

''Hai Cik Iman Aulia, nama saya Haqim, saya diamanahkan oleh Tuan saya untuk mengiringi Cik untuk dinner bersama Tuan,'' ujar lelaki itu.

Iman Aulia kaget. Siapa pulak mamat ni? Dia meneliti lelaki itu. Kalau dilihat dari pemakaiannya, bukan seperti orang biasa-biasa. Tuan? Siapa pulak tuan dia?

''Boleh I tahu siapa Tuan yang you maksudkan tu?'' tanyanya. Dia melihat sekeliling. Kawasan itu sunyi namun masih terang. Dia terpaksa parking keretanya jauh sedikit dari butiknya itu hari ini. Dia mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya lelaki itu berniat buruk terhadapnya.

''Cik kena ikut saya. Nanti cik tahu siapa Tuan saya. Jangan risau, Tuan saya takkan apa-apakan cik. Dia hanya ingin mempelawa cik untuk dinner dengannya.''

''Kenapa pulak I kena ikut you? Sedangkan I tak kenal pun siapa Tuan you tu?'' tanyanya lagi.

''Cik tak kenal dia tapi Tuan saya kenal cik. Jadi, mari cik,'' tangannya menunjuk ke arah kereta BMW yang berkilat itu.

Iman Aulia memandang tajam lelaki itu. Dia berkira-kira mahu mengikut lelaki itu atau tidak. Dia tidak mahu mengikut tetapi dia penasaran siapa gerangan Tuan lelaki itu.

''No, I'll drive my car,'' putusnya. Sebagai langkah berjaga-jaga jadi jika lelaki itu membawanya ke tempat yang pelik, senang untuknya untuk melarikan diri. Lagi pun abangnya boleh mengetahui locationnya jika terjadi sesuatu.

''Baiklah kalau itu keputusan cik. Tapi saya harap cik tidak lari. Kalau tidak saya tidak tahu apa yang akan Tuan saya lakukan terhadap cik dan keluarga cik,'' kata lelaki itu.

Iman Aulia angkat kening sebelah dengan kata-kata seperti amaran itu.

'Well well, siapa pulak Tuan kau ni? Berani betul nak ancam aku,' fikir Iman Aulia. Dia mengeluh. 'This will not end well, fikirnya lagi.

Restaurant mewah di hadapannya dipandang sepi.

'Dalam banyak-banyak restaurant, restaurant ni jugak yang Tuan kau pilih,' omelnya.

''Sini cik,'' ujar lelaki bernama Haqim itu membawanya masuk ke dalam restaurant itu. Lelaki itu membawanya ke satu meja yang diduduki seorang lelaki. Iman tidak dapat melihat wajah lelaki itu kerana lelaki itu membelakanginya.

Dia melangkah mengikuti lelaki bernama Haqim itu.

''Silakan duduk cik,'' ujar Haqim seraya menarik kerusi.

Iman Aulia memandang gerangan lelaki yang duduk di meja itu. Dahinya berkerut.

'Siapa pulak mamat ni?' Iman Aulia memandang tepat lelaki itu.

''Hai Iman Aulia, nice to see you again,'' ujar lelaki itu bersama senyuman lebarnya. Creepy. Lelaki itu bangkit dari duduknya. Tangannya dihulurkan ingin berjabat tangan. Namun dipandang sepi oleh Iman Aulia. Kau gila nak salam? Tak tahu hukum agama ke? Dasar kentang!

''Ops sorry, my bad. Please, have a seat,'' pelawa lelaki itu.

Iman Aulia duduk. Namun otaknya bekerja keras ingin mengingati identiti lelaki di hadapannya itu. Namun kosong. Biasalah Iman, kau mana nak ingat orang-orang yang tak penting ni. Kihkihkih

Encik Kasanova & Cik SweetheartWhere stories live. Discover now