Part 58

1.5K 36 0
                                    

"BIE?" dia mencari kelibat suaminya di ruang tamu.

"Bie?" panggilnya agak kuat. Ke mana pula suaminya itu?

"Yes baby? Sini.." sahut suaminya.

Iman Aulia mengikut suara suaminya. Kakinya melangkah perlahan menuju ke dapur. Memandangkan hanya menunggu masa saja untuk bersalin, pergerakannya agak terhad.

"Bie buat apa?" Iman Aulia memeluk suaminya yang memakai apron tanpa baju itu dari belakang.

"Masak untuk isteri tercinta," AQil Darwisy memusing badannya sedikit lantas mengecup dahi isterinya.

"For me?"

"Yup, untuk mak buyung ni la. semalam kata teringin nak makan spaghetti bolognese. Siap dah tu haa.." pipi gebu isterinya pula menjadi sasaran. Geram dia melihat pipi isterinya itu.

"Kenapa sayang turun ni? Hm?" dia menarik kerusi dan menyuruh isterinya duduk.

"Sayang bosanlah baring kat katil je," adu isterinya itu.

"Kan kaki sayang sakit. Kang malam-malam tak boleh tidur, macam malam tadi," AQil Darwisy melutut di hadapan isterinya lalu menarik perlahan kaki isterinya. Tangannya mengurut-urut kaki isterinya yang sedikit bengkak. Kasihan dia melihat isterinya itu.

"Sekarang okay dah. Tak sakit sangat. Kan Bie yang selalu urut kaki sayang. Thanks Bie, and I'm sorry," ujarnya menghentikan urutan suaminya di kakinya. Rasa bersalah kerana suaminyalah yang selalu terjaga di tengah malam untuk mengurut kakinya.

"Sokay sayang.. Bie kan suami sayang. I'll do anything for you. Lagi pun sayang yang dah susah payah mengandungkan anak kita. Thanks baby. And I'm sorry kalau Bie tak dapat nak tolong sayang."

"No... You're the best husband in this universe. Thanks dah tolong sayang," Iman Aulia memeluk suaminya itu.

"No worries, wifey. Can I get my reward for last night?" pelukan mereka terlerai.

"Bieee.."

"Cepatlah sayang..." dia memuncungkan bibirnya.

"Mengadalah dia ni. Buat kerja tak ikhlas," rajuk isterinya.

"Bukan tak ikhlas sayang. Tapi sebagai hadiah. Nanti lagi semangat Bie nak jaga sayang malam-malam," AQil Darwisy tersengih nakal menampakkan gigi putihnya yang tersusun cantik.

"Iyelah tu. Alasan."

"Mana ada sayang. Cepatlah..."

Iman Aulia memicingkan matanya. Gatal sungguh suaminya itu.

"Sikit je tau?"

"Yeee.. Cepatlah baby.." gesa suaminya yang memejamkan mata itu tidak sabar.

Iman Aulia mendekatkan wajah mereka. Matanya tertutup.

AQil Darwisy membuka sebelah matanya. Dia melihat wajah comel isterinya yang sedang memuncungkan bibirnya. So adorable! Tawanya ditahan melihat isterinya yang menurut sahaja kemahuannya sejak akhir-akhir ini. Dia sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan anugerah yang terindah itu. Terima kasih, Ya Allah. Terima kasih kerana mengurniakan bidadari syurga yang terbaik untuknya. Semoga keluarga kecilnya akan diberi kebahagiaan dan keharmonian oleh yang Maha Esa. Sentiasa utuh walau apa jua badai yang menimpa. Aamiin..

Tangannya mengelus bibir isterinya.

Iman Aulia membuka kedua matanya.

"Ap..."

"Shh.." AQil Darwisy meletakkan jari telunjuk di bibir isterinya. Dia mencantumkan dahi mereka.

"Thanks sayang.. Terima kasih dah jadi isteri dan pengarang jantung Bie. Sentiasa sabar dengan Bie selama ni.."

Encik Kasanova & Cik SweetheartWhere stories live. Discover now