Part 56

1.5K 41 1
                                    

"Kenapa buat sayang macam niii?? Huwaaaa!!!"

AQil Darwisy terkedu.

Ah sudahh.. apa pula kesalahan yang dia lakukan kali ini sehingga isterinya menangis sebegitu rupa? Dia gelabah.

"Allah.. S.. Sayang, Bie ada salah apa-apa ke? Bie minta maaf okay. Stop crying, please.." Namun makin kuat pula isterinya menangis.

"Sayang.. Shhh... I'm sorry, i'm sorry," dia mengelus kepala isterinya.

"Bie masak tak sedap ke sayang? Masin ke? Bie masak lagi untuk sayang, okay? Sayang tunggu jap," dia garu kepala lalu bangun dari kerusi yang didudukinya. Namun pergerakannya terhenti apabila isterinya menarik hujung bajunya. Dia memandang ke bawah. Muka isterinya yang memerah, matanya yang basah sedang mendongak memandangnya.

"Sayangg.. kenapa ni? Bie masak tak sedap ke sampai sayang menangis? Hm? Tell me?" AQil Darwisy menekup kedua pipi isterinya. Kedua ibu jarinya menghapus air mata isterinya yang mengalir.

Iman Aulia memeluk pinggang suaminya dan menekup wajahnya diperut suaminya seraya menggeleng.

"Dah tu? Sayang ada sakit kat mana-mana? Kita pergi hospital?" AQil Darwisy mengelus kepala isterinya.

Iman Aulia menggeleng lagi bersama sedu-sedannya.

"Then kenapa sayang nangis?" tanyanya lagi.

"Why? Kenapa Bie buat semua ni?" tanya Iman Aulia teresak.

"Sayang.. Bie buat apa? Bie ada buat salah ke? Then Bie minta maaf, okay? Bie tak perasan Bie ada lukakan hati sayang.."

"Kenapa Bie buat sayang ni macam isteri tak guna? Isteri yang jahat, berdosa, isteri derhaka? Hiks.. kenapa?"

"Ya Allah, sayangg.. Kenapa cakap macam tu? Siapa yang kata sayang macam tu? You're the best wife in the world tau? You know that, right?"

"Habis tu kenapa sorok benda ni dari sayang? Bie kawan abang yang selalu hantar makanan tiap hari tu kan? Everytime sayang bangun, mesti rasa hangat dekat sebelah katil sayang. Macam ada orang baring kat sebelah. I thought it was my illusions. In fact, you always here with me. But sayang ingat Bie dah tinggalkan sayang sebab Bie marah sayang, dah bosan dengan sayang. Sayang dah fikir buruk pasal Bie. Huarghhh!!! Kenapa buat sayang macam ni??" Iman Aulia meraung lagi. Sungguh dia amat kesal kerana bersangka buruk kepada suaminya itu selama ini.

AQil Darwisy urut dahi. Hailaa.. Salahnya juga kerana melakukan perkara itu senyap-senyap sehingga isterinya berfikir yang bukan-bukan.

"Baby, look," AQil Darwisy memegang kedua pipi isterinya.

"You're my precious wife, beautiful, and kind. You're such wonderful women that I've ever met. Sayang bukan isteri derhaka or whatsoever perkara buruk yang sayang fikir tu. Jangan sesekali cakap macam tu. Sayang isteri Bie. Bie lelaki bertuah sebab dapat sayang. I'm sorry, baby. Bie punca sayang fikir yang bukan-bukan. Salah Bie. Tak sepatutnya Bie tinggal sayang kat sini lagi-lagi dengan situasi sayang sekarang ni. I'm sorry. Please, jangan cakap macam tu lagi, okay?" AQil Darwisy menunduk separas dengan isterinya itu.

"Cepat, janji dengan Bie?"

Iman Aulia teresak sambil mengangguk.

"Good girl," AQil Darwisy mencium hidung isterinya seraya memeluk isterinya itu. Namun makin kuat pula isterinya itu menangis. Hailaa

"Ya Allah, kenapa ni?" tiba-tiba Puan Sarimah muncul di pintu dapur.

Terkejut AQil Darwisy melihat ibu mertuanya muncul di dapur itu.

"Kenapa ni Qil? Ibu dengar si Iman ni meraung dari tadi,"Puan Sarimah melihat anak perempuannya yang sedang memeluk menantunya. Suara raungan anaknya sudah tidak kedengaran namun sedu-sedan anaknya masih bersisa.

Encik Kasanova & Cik SweetheartWhere stories live. Discover now