Part 44

1.2K 22 0
                                    

"SAYANG, dah sudah?" tanya AQil Darwisy kepada isterinya. Iphone di tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Dah," jawabnya seraya memandang pelik suaminya. Sepanjang makan tengahari suaminya hanya berbual bersahaja. Tiada topik mengenai Zafran Qaider. Takkan Ken dan Ben tidak memberitahu suaminya? Hmm musykil!

"Ok jom," ajaknya menggapai lembut jari jemari isterinya lalu mengatur langkah ke kaunter untuk membayar bil makanan.

Setelah keluar dari restoran mewah itu, mereka terus masuk ke dalam kereta.

"Sayang, malam ni Bie balik lambat sikit tau. Bie ada kerja sikit kat office tu. Nanti sayang jangan tunggu eh? Terus tidur je," kata AQil Darwisy sambil memandu.

"Lambat sangat ke Bie balik? Hmm sayang sunyi tahu tak duduk rumah tu sorang-sorang," rengek isterinya.

"Ala sayangg.. Sorry la. Bie betul-betul ada kerja. Sorry eh?" tangannya mengusap lembut peha isterinya.

"Bie memang macam tu. Busy je memanjang," bibirnya muncung.

"Alaa hari ni je sayang. Esok lusa Bie janji Bie balik awal, okay?" pujuk AQil Darwisy.

"Hmm iyelah tu," Iman Aulia peluk tubuh.

"Janganlah merajuk sayang. Bie janji esok kita keluar lunch, kita beli aiskrim favorite sayang, nak?"

"Aiskrim?? Yess!! okay, janji tau?" Iman Aulia memeluk lengan suaminya.

"Iye sayanggg.. Bie janji," ujar AQil Darwisy. Dahi isterinya dikecup kasih.

"Emm Bie, nak tanya sikit boleh?" tanya Iman Aulia.

"Nak tanya apa, baby? Sikit je tau, jangan banyak-banyak," gurau suaminya.

"Tch, sikit je la. Tak banyak pun," muncungnya kembali lagi. Heheh

"Okay okay, tanya la sayangku intan payung mutiara hatiku," usik AQil Darwisy.

Iman Aulia tergelak kecil.

"Hmm Ben atau Ken tak cakap apa-apa dekat Bie hari ni?" tanyanya hati-hati.

"Hmm? Tak de apa pun. Kenapa? Ada terjadi apa-apa ke hari ni?" AQil memandang isterinya sekilas sebelum fokus memandu.

"Eh, tak de. Tak de apa. Just tanya je. Hehehe.."

"Nak tanya tu je?" ujar AQil Darwisy.

"Haa ha'ah, tu je la. Hihihi.." Iman Aulia pamer gigi putihnya yang tersusun cantik.

"Apa la sayang ni," ujar AQil Darwisy kembali focus memandu. Sesekali senyuman sinis terbit dibibir merahnya.

"TUAN MUDA?" ketiga-tiga bodyguardnya menunduk hormat.

"Hmm.." dia mengangkat tangannya lantas ketiga-tiga mereka kembali berdiri tegak.

"Dia ada kat dalam. Tadi dia cuba nak larikan diri tapi kami berjaya tangkap dia," lapor bodyguardnya.

"Hmm bagus," dia memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar. Kaki panjangnya melangkah masuk ke dalam rumah dua tingkat itu, diiringi oleh orang suruhannya. Penampilannya yang simple hanya mengenakan kemeja putih yang disinsing ke bahagian lengan dan seluar slack yang membaluti kaki panjangnya masih menampakkan kekacakan dan auranya.

Bodyguardnya memusingkan lampu di dinding kemudian sebuah pintu tiba-tiba terbuka. Ruangan rahsia. Kakinya melangkah menuruni tangga mengikuti langkah para bodyguardnya.

Sampai sahaja disatu ruangan yang seakan penjara, salah seorang bodyguardnya membuka rantai besi besar yang bermangga. Pintu besi dibuka. Mereka masuk ke dalamnya.

Encik Kasanova & Cik SweetheartWhere stories live. Discover now