Part 37

1.3K 26 0
                                    

"Adik, sini kejap," gamit Puan Sarimah.

Iman Aulia yang sedang mengemas ruang tamu selepas doa selamat tadi menghentikan kerjanya. Dia berjalan perlahan menuju ke arah ibunya di sofa.

"Iman okay? Ibu tengok Iman senyap je dari tadi. Muka pun nampak pucat. Iman tak sihat ke?" ujar Puan Sarimah risau.

"Iman okay je ibu. Mungkin penat sikit," sangkalnya. Memang dari siang tadi dia rasa tidak sedap badan.

"Bibir tu kenapa? Luka tu," Puan Sarimah mahu menyentuh bibir anaknya itu.

"Ib.. ibu, tak ada apa-apa. Iman tergigit je tadi," bohong Iman Aulia.

"Haih.. macam-macam la adik ni. Dah, pergi masuk bilik. Rehat. Kesian anak ibu ni buat kerja dari siang tadi. Mesti penat," ujar Puan Sarimah seraya mengelus pipi anaknya.

Mendengarkan itu tidak semena-mena air matanya mengalir.

"La, kenapa adik menangis pulak ni? Adik ada sakit kat mana-mana? Bagitahu ibu," pujuk Puan Sarimah. Tangannya memeluk bahu anaknya itu.

Iman Aulia hanya menggeleng kepala.

"Iman just rindu ibu," senyuman diberikan kepada ibunya.

"Kalau Iman nak tidur dengan ibu malam ni boleh?" pintanya.

"Eh, mana boleh. Adik kan dah ada suami. Nanti apa pulak kata suami adik tu."

"Malam ni je ibu. Esok kita dah balik kan? Please, ibu," rayunya. Air matanya setia mengalir.

"Adik, jangan macam ni. Nanti balik KL adik ajak AQil datang rumah, bermalam kat rumah. Okay?"

Akhirnya Iman Aulia hanya mengangguk lemah.

"Eh, AQil mana? Ibu tak nampak dia dari tadi," soal Puan Sarimah. Matanya memerhati ke segenap ruang tamu. Ramai tetamu yang sudah pulang. Hanya segelintir yang duduk di luar sambil berbual-bual.

Iman Aulia angkat bahu. Tadi terakhir kali dia nampak suaminya itu sedang berbual dengan Makcik Suhaibah dan seorang gadis. Biarlah, malas dia mahu ambil tahu tentang suaminya itu. Hatinya sakit. Hatinya tawar.

Dia teringat kejadian sebentar tadi. Ketika dia mahu keluar dari rumah untuk memanggil Aiman, dia terserempak dengan Makcik Suhaibah di pintu masuk.

Flashback.

"Kau isteri AQil kan?" tanpa salam tiba-tiba Iman Aulia disapa. Hm! Sudah dia tahu gerangan yang menyapanya. Makcik Suhaibah!

"Iye betul makcik," jawab Iman Aulia sopan.

"Aku nak tanya, berapa lama dah kau kahwin dengan AQil?" tanyanya sombong.

"Dah 2 bulan, makcik. Kenapa?" jawabnya.

"Dah 2 bulan tapi tak ada berisi lagi ke? Ke kau ni ada masalah kesuburan ni? Mandul mungkin?" tebak wanita berusia itu selamba.

"Kenapa makcik cakap macam tu? Rezeki anak semua tu di tangan Tuhan. Kita siapa nak pertikaikan," ujar Iman Aulia berani. Geram pulak dia tengok perempuan tua ni. Kang melawan, kata kita kurang ajar pulak. Dia tu siapa nak kata dia mandul? Kurang ajar betul mulut! Busuk! Bau longkang!

"Memanglah. Cuba kau tengok sana. Kalau AQil kahwin dengan anak aku mesti sebulan lebih dah mengandung anak aku tu," kata wanita itu tidak bertapis.

Iman Aulia melihat ke arah yang ditunjuk wanita itu. Jelas di kornea matanya suaminya itu sedang berborak dengan seorang perempuan di bawah khemah. Siap tertawa bersama lagi. Iman Aulia mengetap bibir. Dia teringat kata-kata suaminya siang tadi yang suaminya tidak rapat dengan anak wanita berusia itu.

Encik Kasanova & Cik SweetheartWhere stories live. Discover now