"Let see... Aktiviti pertama bila sampai, ice-breaking, bentuk kumpulan, pasang khemah, solat, dengar ceramah. Esok pagi pulak, senam pagi, memasak dengan api, hiking dan mandi air terjun!" Suara Riana meninggi saat membaca perkataan air terjun di lembaran jadual tersebut.
"Asal kau jerit kat telinga aku?!" bentak Raisya.
"Kita pergi air terjun esok!" kata Riana teruja.
"Memang pun. Kau tak baca ke semalam?"
"Tak, malas-- Eh, kenapa ada nama yang agak familiar kat sini? Ezmeer Huzair? Bukan nama abang kau ke tu?" soal Riana sambil menunjukkan senarai nama pengiring pada Raisya.
"Macam tak biasa je kau nie. Along kan, memang suka aktiviti macam nie. Lagipun, dia memang selalu jadi facilitator untuk aktiviti sekolah kita." kata Raisya.
"Betul juga-- Weyh, laki kau naik kereta sama dengan kita ke?" bisik Riana.
Raisya menggulingkam biji matanya. "Manalah aku tahu. Suka hati dialah nak buat apa pun! Ada aku kisah? Bukan aku nie mak dia ke tok wan dia ke moyang dia ke."
"Tanya je. Itu pun nak marah." balas Riana dengan cebikan di bibir.
Raisya membuang wajah ke tingkap. Malas nak pandang Riana yang asyik cakap pasal Izzul. Izzul itu, Izzul ini. Macamlah Izzul tu bagus sangat!
Smartphone dikeluarkan dan headphone disarung(?) ke kepala. Lagu Memoria oleh kumpulan GFriend dimainkan. Cap yang dipakai ditarik menutupi wajah dan mata dipejam rapat. Tidur lagi bagus!
"Sya, bangun. Kita dah sampai dekat R&R."
Raisya menggeliat kecil sambil mulut menguap. Mata digosok sebelum topi yang menutupi wajahnya dibetulkan.
"Dah sampai?" soal Raisya mamai. Pandangan dibuang ke luar tingkap.
"Belum lagi. Kita singgah R&R kejap." balas Izzul.
Kejap. Izzul?
Raisya segera menghalakan pandangannya ke kanan. Bulat matanya melihat Izzul sedang duduk di sebelahnya sambil memandangnya dengan senyuman di bibir.
"Aduh!" adu Raisya. Belakang kepalanya digosok. Pedih weyh! Pehal? Tenjat punya pasal, sampai terhantuk kepala kat tingkap.
"Sya? Sya okey tak? Dah kenapa hantuk kepala kat cermin tu?" soal Izzul. Pelik-pelik je perangai Raisya nie.
"Cikgulah! Cikgu buat apa kat sini? Kalau orang tengok macam mana? Haish!" dengus Raisya. Buat terkejut je mamat nie! Nasib baik terhantuk kepala je, kalau dengan van sekali terbalik acane? Tak ke naya namanya?
Izzul membuang pandangan ke sekeliling sebelum memandang Raisya semula.
"Tak ada orang pun. Kita berdua je kat sini." kata Izzul selamba tanpa riak.
"Hah?! Mana semua orang? Cikgu buat apa kat saya? Cikgu buat apa kat sini?!" soal Raisya bertubi-tubi. Matanya mencerlung pada Izzul sambil tangan memeluk tubuhnya sendiri.
Izzul mencebik bibir. Tak habis-habislah Raisya Hazeeqa nie. Luku pala kang!
"Mana adalah! Abang nak buat apa je dekat Sya? Suka fikir buruk pasal abang." balas Izzul. Pipi Raisya dicuit. Dicubit, sebenarnya. Laju tangan Raisya mencubit lengan kekar milik Izzul Syahmi.
"Sakitlah! Habis tu, mana semua orang? Cikgu jangan macam-macam dengan saya." kata Raisya. Jarinya lurus menunjuk ke arah Izzul. 1 cm lagi nak kena kat hidung mancung dia.
YOU ARE READING
〔SU〕Hatiku Milikmu
RomanceApa perasaan kau bila kena kahwin dengan orang yang kau benci? Dah lah tu, dalam keadaan yang teramatlah sangat memalukan pulak? Lebih haru lagi, bila kau kena kahwin dengan tunang kepada kakak kandung kau sendiri? "You made my heart skipped a beat...