Raisya mencucuk-cucukkan garpu pada ayam goreng di dalam pinggannya. Seakan terlihat-lihat wajah bakal abang iparnya di dalam pinggan itu. Sakit betul rasa hatinya apabila mengingatkan insiden semasa makan tadi.
"Eh, Su dengan Raisya pun ada kat sini rupanya."
Raisya mengangkat wajahnya untuk melihat gerangan yang menegur mereka. Seakan hendak jatuh rahangnya melihatkan lelaki itu sudah duduk di sebelah Angahnya.
"Awak buat apa kat sini? Tak sangka boleh jumpa pulak." soal Suraya ramah. Senyuman manis dilemparkan buat tunangnya.
"Saya ada kursus kat sini. Awak pulak? Takkan bawa Raisya makan angin?" soal Izzul pula.
Raisya sudah menarik muka. Langsung tiada riak teruja di wajahnya melihat guru Matematiknya di situ. Jengkel lagi adalah!
"Kebetulan saya ada kerja kat sini dan Raisya pula tinggal sorang kat rumah so, saya bawalah dia sekali. Lagi pun, kat rumah tak ada orang. Mama ikut papa outstation ke Seremban." jelas Suraya.
"By the way, awak dah makan?" soal Suraya.
"Belum lagi. Saya memang tengah lapar nie." Izzul memanggil pelayan untuk membuat pesanan. Tidak sampai 10 minit, makanan yang dipesan sudah terhidang di atas meja.
Raisya sedari tadi mendiamkan diri. Dia hanya menjamah makanannya. Sakit pula hatinya. Asallah mamat nie nak ada kat sini pulak?
Bukannya tidak suka, cuma tidak gemar. Mana tidak, lelaki itu mengajar subjek yang paling Raisya anti. Matematik memang musuh nombor satunya. Matematik tambahan jangan cakaplah.
Kalau dia ada kuasa sakti, sudah lama dia menghilangkan subjek itu dari silibus pembelajaran. Oleh itu, secara tidak langsung guru yang mengajar juga dia tidak gemar. Tup-tup, Cikgu Izzul datang pula ke rumah membawa rombongan meminang untuk Angahnya. Makin stres Raisya dibuatnya.
Kiranya, marahkan nyamuk rumah dirobohkannya. Apa sajalah engkau nie Raisya! Otaknya sudah membuat kesimpulan.
Raisya mencebik. Kau diamlah! Sibuk je! Marah Raisya.
"Adik, lepas makan nie kita check in hotel tau. Lepas tu, Angah nak keluar sebab meeting tiba-tiba. Baru je dapat call tadi." kata Suraya.
Raisya sudah mengerutkan dahinya memandang Angahnya. "Adik sorang-soranglah kalau macam tu. Bosanlah!"
"Angah minta maaflah. Bukannya Angah sengaja. Tiba-tiba dapat call. Macam nie lah. Memandangkan Izzul ada, apa kata adik jalan dengan Abang Izzul? Awak kursus esok, kan?" cadang Suraya pula.
Raisya sudah memandang Angahnya tidak percaya. "Dengan Cikgu Izzul? Adik tak naklah." bantah Raisya.
Bukan Angahnya tidak tahu dia tidak sekepala dengan Cikgu Izzul. Padanya, ada saja yang tidak kena pada Cikgu Izzul. Padahal, guru muda itu bukan main berbudi pekerti orangnya. Tapi, manusia. Kalau dah tak suka, buatlah apa pun, memang tak sukalah jawabnya.
"Kenapa pulak tak nak? Tadi monyok sangat muka tu bila Angah kata ada meeting. Nie tak nak pulak."
Raisya baru hendak membalas, tiba-tiba telefonnya berbunyi. Langsung dia mencapai smartphonenya. Senyuman terus menghiasi bibir.
"Riana kata, dia ada kat sini sebab ikut ayah dia outstation. Nanti adik jumpalah dia. Angah tak payah risaulah. Tak perlu susahkan Cikgu Izzul." ujar Raisya.
"Tak susah pun, Raisya. Apa salahnya?" Izzul cuba bermanis muka pada bakal adik iparnya.
Berbeza pula dengan Raisya. Nak beli jiwa akulah tu. Ingat kau acah baik macam tu, aku nak restu hubungan kau dengan kakak aku? Sorry naik kereta soronglah! Tak ada maknanya! Cemuhnya di dalam hati.
YOU ARE READING
〔SU〕Hatiku Milikmu
RomanceApa perasaan kau bila kena kahwin dengan orang yang kau benci? Dah lah tu, dalam keadaan yang teramatlah sangat memalukan pulak? Lebih haru lagi, bila kau kena kahwin dengan tunang kepada kakak kandung kau sendiri? "You made my heart skipped a beat...