BAB 01

1.1K 23 2
                                    

Raisya menguap lagi. Matanya sedaya upaya ditahan agar tidak terpejam. Mengantuk yang amat sangat dirasakan pada saat ini.

Tak guna kau Ngah! Tak pasal-pasal semalam aku tak dapat tidur. Kau tunggulah balik nanti. Getus hatinya.

Setelah sedaya upaya mengerahkan seluruh tenaganya untuk menahan rasa mengantuknya, akhirnya Raisya tewas. Mata Raisya terpejam jua.

BAM!!!

"Raisya Hazeeqa binti Amir!"

Bergema nama Raisya di seluruh ruangan itu. Automatik mata Raisya terbuka semula. Dengan tubuhnya sekali bergerak balas terhadap panggilan itu. Segera dia berdiri tegak sambil pandang ke hadapan.

"Saya hadir, cikgu!" Kata Raisya dengan mata yang mamai dan separa sedar. Otaknya ligat cuba memproses keadaan. Yang pasti sekarang seluruh kelas sedang tertawa.

Yup! Raisya sangat pasti itu adalah kerana dirinya. Sengihan ditayang.

"Sejak bila pula saya ambil attendance?" Soal Izzul dengan riak datar.

Raisya menunduk. Siapa je yang tak malu bila kena marah dalam kelas? Tapi, hairan. Otaknya tak fikir sangat pasal tu. Yang pasti, sekarang dia sangat ingin tidur.

"Siapa benarkan awak tidur dalam kelas saya? Dah berpuluh kali saya pesan, saya tak suka ada pelajar yang tak fokus dalam kelas. Awak tahu tak ini tahun terakhir awak di sekolah, tak lama lagi akan ambil peperiksaan SPM Awak faham tak apa yang saya cakap ni?" Ujar Izzul panjang lebar.

Sungguh, dia sangat geram akan pelajarnya yang seorang ini. Masuk hari ini, sudah 5 kali Raisya tertidur semasa kelas Matematik. Bukan sahaja Matematik, malah semasa subjek yang lain juga seperti ini.

Bukan dia sorang je yang risau, cikgu-cikgu lain pun risau juga. Kalau teruslah dia macam ni, apa nak jadi dengan result dia nanti. Gumam Izzul dalam hati.

Izzul berkerut dahi. Diam pulak budak ni. Selalunya, kalau tak membalas, tak sah kehidupan dia.

"Raisya," Seru Izzul.

Raisya masih diam. Tidak membalas, mahupun bereaksi terhadap panggilan Izzul. Tiba-tiba tubuhnya agak kurang seimbang dan hampir jatuh.

Nasib baik dia cepat sedar akan perilakunya yang sedang tidur sambil berdiri. Apa yang Izzul katakan tadi langsung tidak didengarinya. Wajah Izzul dipandang.

"Ya, cikgu?" Soal Raisya sedikit mamai.

Izzul tidak dapat lagi membendung amarahnya. Nafas panjang ditarik lalu dilepaskan. Raisya dipandang.

"Saya nak awak bawa kerusi awak ni ke luar kelas dan berdiri atas kerusi sampai habis masa saya. Sekarang!" Marah Izzul. Terkocoh-kocoh Raisya keluar dari kelas akibat terkejut akan jerkahan Izzul.

Raisya mencebik bibir. Dengan seluruh rasa rela dan redha dalam hati yang murni dan tulis, dia pun berdiri di atas kerusi. Betul-betul bersebelahan dengan pintu masuk kelasnya.

Raisya mencebik bibir. Mulutnya terkumat-kamit memaki hamun Cikgu Izzul-nya itu.

Ingat aku heran sangat? Bersyukur lagi ada. Tak payahlah aku menghadap muka kau dengan subjek kau sekali. Lagi bagus!

🌹🌹🌹

Raisya mengatur langkah sambil menggalas beg sekolahnya. Mulutnya menguap beberapa kali. Sampai ke tengah hari rasa mengantuknya tidak hilang-hilang.

"Kesian orang tu kena denda berdiri atas kerusi."

Raisya menjeling Rayyan yang begitu galak mentertawakan dirinya.

"Kau diamlah!" Tempelak Raisya. Rayyan masih saja galak mentertawakan dirinya.

Raisya menayang wajah cemberut.

"Buruknya muka kau macam tu!" Ejek Rayyan lagi sambil ketawa berdekah.

"Okey lah! Aku pergi dulu. Nak balik dah. Bye, monkey!" Laung Rayyan sebelum meninggalkan Raisya di situ.

Raisya hanya menghantar Rayyan dengan pandangan tajam. Nak je dia sembelih manusia bernama Rayyan Iyyaz tu. Perangai serupa natang tul!

"Yow, bruh!" Sapa seseorang sambil menepuk kuat bahunya.

Ni lagi sekor. Aku sembelih juga buat raya korban ni. Gumam Raisya dalam hati. Dia menjeling pada gerangan yang menyapanya tadi.

"Tak guna punya kawan! Tadi masa aku kena denda dengan si galah tu kau buat macam aku ni stranger, kan? Kawan neraka betullah!" Tempelak Raisya.

Riana tayang sengih. "Rileklah! Itulah gunanya kawan. Kalau tak menyusahkan kawan sendiri, bukan kawan namanya tu."

Raisya sudah memandang rakan baiknya itu dengan pandangan tajam. Nasib baik kawan kalau tidak dah lama kena pelangkung dengan aku. Tutur hatinya.

"Oh ya, esok aku nak pergi Melaka dah. Kau tak nak kirim apa-apa?" soal Raisya pula.

"Boleh juga. Kalau kau jumpa mamat handsome kat sana jangan lupa kirim salam. Lagi bagus kalau kau bagi sekali nombor aku. Jangan lupa suruh dia follow Instagram. Suruh dia like sekali." ujar Riana selamba.

Raisya sudah menjulingkan mata ke atas. "Tak ada masa aku nak promote kau bagai. Kalau dah gatal sangat, pergi kahwin terus. Tu si Rayyan tu, dari dulu dia suka kau. Baik kau balas je lah cinta dia yang bertepuk sebelah tangan tu."

"Excuse me? Muka tak siap macam tu kau nak padankan dengan aku yang lawa lagikan cun nie? Tolong jangan jatuhkan standard Riana Zehra , Raisya Hazeeqa." Angkuh sungguh bunyi kata-kata yang keluar dari mulut Riana Zehra itu.

"Standardlah sangat! Rayyan yang sikit punya handsome tu kau kata muka tak siap? Habis tu, yang macam mana kau nak kata handsome?" Raisya sudah menggelengkan kepala melihat karenah rakan baiknya.

"Setakat nie, cuma habang Kim Myungsoo saja yang menduduki takhta hatiku yang tertinggi. Setakat muka selipar jepun si Rayyan tu, tak inginlah aku."

Hon! Hon! Hon!

Dua pasang mata itu menoleh serentak ke arah sebuah Mercedes yang meng-hon ke arah mereka.

"Tu abang ipar kau dah bising tu." Kata Riana sambil menjuihkan bibir ke arah pemandu Mercedes tersebut. Raisya sudah mendengus. Dia menjeling sekilas pada Mercedes itu.

"Kau balik dengan dia hari ni?" Soal Riana.

"Iye~ Malaslah nak balik dengan dia. Menyakitkan hati aku je." Balas Raisya.

"Pergi je lah. Abang ipar kau juga."

"Yelah tu. Aku pergi dulu."

💎💎💎💎💎

New storyyy gaisss!!!

Mula" sis nk buat sekuel dr story MLYW mengisahkan psl anak dia, Izzrar but then no idea masuk bila guna nama tu so here it is . Enjoy !

Vote and comments...

〔SU〕Hatiku MilikmuWhere stories live. Discover now