BAB 13

476 20 0
                                    

"Selamat pagi, Raisya."

Raisya menoleh apabila dia disapa dari belakang. Tanpa rasa ingin membalas sapaan itu, Raisya berpaling semula.

"Sombongnya kakak ipar saya nie. Janganlah macam tu. Kita kan, satu family. Tak bolehlah menyombong macam nie." Ucap Ikmal selamba.

Raisya menggulingkan anak matanya. Dia ingin segera meninggalkan ruang dapur itu. Namun, dihalang oleh Ikmal. Tapi, sempat Raisya tepis.

"Kau dah kenapa nak pegang-pegang aku? Seronok sangat ke buat dosa free pagi-pagi buta nie?" bentak Raisya.

Berasap betul Raisya bila Ikmal merentap pergelangan tangannya tiba-tiba. Izzul yang memang dah sah-sah halal tu pun dia tak bagi nak pegang, inikan pulak Ikmal yang memang tak perlu pakai lampu suluh pun dah tahu bukan mahram dia.

"Sorry, aku tak sengaja. Siapa suruh kau palau aku? Aku cakap elok-elok kan tadi." Kata Ikmal membela dirinya.

"Suka hati akulah nak cakap dengan kau atau tidak. Mulut aku, aku punya sukalah! Apa masalah kau?" balas Raisya.

"Kau nie kan Raisya, dari dulu sampai sekarang asyik nak menyombong je dengan aku. Aku nie sekarang dah dapat pangkat adik ipar kau. Kau patutnya layan aku elok-elok tau."

Raisya tersenyum sinis. "Layan kau elok-elok macam mana eloknya cara kau layan Aimi? Itu yang kau nak cakap?"

"Raisya, berapa kali aku kena bagitahu yang aku tak buat semua tu. Kau percaya sangat apa yang kawan baik kau tu cakap--"

"Sya?"

Suara yang menerpa tiba-tiba menghentikan kata-kata Ikmal. Izzul sudah berdiri di belakangnya memandang Raisya dan Ikmal silih berganti.

"Izz! Good morning!" Sapa Ikmal sekadar berbasa basi.

"Morning! Tengah berbual ke? Maaflah kalau aku mengganggu. Sayang, kenapa tak kejut abang?" Izzul sudah mengubah posisinya ke sebelah Raisya. Selamba pingang ramping gadis itu dirangkul.

Raisya terkejut dengan perlakuan selamba Izzul. Berani mamat nie nak peluk-peluk aku? Nak kena pelangkung nie! Gerutu Raisya di dalam hati.

Eh, jangan! Ikmal tengok tu! Rosak plan nanti. Tegur akalnya.

Raisya baru teringat akan kehadiran Ikmal di situ. Cepat-cepat raut wajahnya dikawal. Bertukar langsung riaknya menjadi smanis lolipop.

"Tadi, Sya tengok abang lena sangat tak sampai hati Sya nak kejut." ujar Raisya lembut. Walhal dalam otaknya sudah ada 147936528 cara untuk membunuh Izzul seketika nanti. Geram betul!

Izzul pula sudah bersorak di dalam hati. Dia tahu Raisya tidak akan berani melakukan sesuatu yang ekstrem di hadapan Ikmal. Ambil kesempatan betul mamat nie!

"Alahai, baiknya dia!" Izzul mencuit manja hidung Raisya. Dia tahu Raisya sangat tidak suka bila ada orang mencuit hidungnya yang comel tu.

Mahu pecah ketawa Izzul apabila mata Raisya membulat namun riaknya dimaniskan serta-merta apabila teringatkan Ikmal yang berada di situ. Comel je budak nie.

"Aduh!" Izzul menyeringai apabila terasa pedih pada belakangnya. Raisya pula masih dengan lakonan hebatnya. Wajahnya serta-merta berubah risau.

"Kenapa abang? Abang sakit ke?" soal Raisya pura-pura prihatin. Padahal memang dia sengaja cubit Izzul. Biar padan dengan muka mamat tu!

Ikmal yang menyampah melihatkan 'kebahagiaan' abang dan kakak iparnya terus bangun dari duduknya dan meninggalkan ruangan dapur itu. Meluat sungguh!

〔SU〕Hatiku MilikmuWhere stories live. Discover now